Tuesday, 11 June 2013

Wanita Pontianak Memang Betul Wujud

Macam-macam perkara aneh dan pelik berlaku di sekeliling kita. Sama ada kita sedar ataupun tidak. Kalau nak cerita pasal hantu, memang semua akan cabut lari. Lebih-lebih lagi kalau cerita pasal cik pon aka pontianak.

Tapi kalau pontianak tu cantik macam Kristen Stewart dalam Twilight mesti ramai yang suka dan tak takut lah pulak. hehe.  Agak-agak kalau benda ni jadi kenyataan kita takut ke tak ye? 

Sebabnya ada seorang wanita berasal dari Wikes Barre, Pennyslvania, Amerika Syarikat ni suka minum darah manusia sejak umur belasan tahun lagi. huhu. dah macam pontianak betul lah pulak.

Siapa orangnya? 

Foto

Julia Caples, 45

Dia percaya kalau setiap kali minum darah dia akan kekal muda dan bertenaga. erkk tak ke pelik. walhal dalam darah tu tak ada zat apa pun yang boleh kekalkan kecantikan seseorang. 


    Foto

Julia bersama Alexi (anaknya) dan Donald (bekas suami)

Walaupun dia seorang peminum darah, tetapi julia merupakan seorang ibu yang penyayang dan sangat menjaga kebajikan anaknya. Harap lepas ni dia akan berhenti daripada melakukan perkara yang tak membawa faedah langsung kepada dirinya. tak pasal-pasal anak cabut lari bila dapat tahu maknya seorang pontianak. heh gurau je.

Nak tenguk video dia hisap darah betul-betul? sila buka you tube sendiri dan search ini

http://www.youtube.com/watch?v=1ynIEMINBjc

tak sanggup nak post di sini. huhu. menggerunkan dan menggelikan. 

Sumber artikel dan gambar : harian metro. untuk info lebih lanjut boleh klik link di bawah ye

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Wanitapontianak/Article





6 comments:

Anonymous said...

Darah siapelah agaknye die minum yea?
Seram pulak klu knal ngan org camni... (^_^)

Syamimi Saad said...

geli betul.. kut minum air sirap pun dah sedap..

Shaiful Zaidi said...

drakula kut...

roslita thalib said...

@giorgio: hehe entahla. memang seram pun. hihi

@mimie: itula pasainya. macam mana la dia boleh minum. kita tenguk darah pun dah geli. huhu

@shaiful: drakula jadi-jadian. hehe

bicara mak dara said...

ada juga org mcm tu... huhu menggerunkannn

roslita thalib said...

@MD: macam-macam dah zaman sekarang ni. semua pelik-pelik belaka. harap orang malaysia tak adalah yg tiru ye :D