Thursday, 6 June 2013

Pengalaman Interview SPA: Pegawai Khidmat Pelanggan N17


Selepas tidak berjaya dalam interview pertama, saya menerima surat sekali lagi untuk interview jawatan kedua iaitu Pegawai Khidmat Pelanggan. ramai juga yang cakap rezeki saya. tak berjaya, tapi datang surat lagi. hehe

pada mulanya saya agak was-was dan ragu-ragu untuk hadir kerana tak tahu skop kerjanya macam mana. huhu. yelah, biasa kita dengan customer service ni kat pasaraya je kan. tak tahu pula dalam kerajaan pun ada juga. hehe.

interview adalah pada hari selasa bersamaan 14/8/2012. kalau tak salah saya masa itu semua umat islam tengah berpuasa Ramadhan.

interview start pada pukul 8.00 pagi. pukul 7.00 saya dah keluar rumah. ingatkan nak pergi naik bas je. tapi tenguk jam dah 7.25 memang cancel terus dan naik teksi. bekorban sikit padahal time tu tengah papa kedana. nasib juga lah sampai Menara Ansar Johor (tempat di interview) pada pukul 7.45. ingatkan dah lambat. rupanya ramai lagi yang belum hadir.

yang bestnya, saya jadi pemohon pertama untuk di interview. hoho. ketaq lutut kejap. memang seram habis.
pukul 8.10 saya dah dipanggil masuk ke dalam bilik interview.

ada 2 orang penemuduga masa tu. (ikutkan sepatutnya akan ada 3 orang). seorang lelaki dan seorang perempuan. macam biasa lah, sebelum masuk ke dalam bilik pastikan anda ketuk pintu dulu dan bagi salam. jangan main terjah je. kita kena ada budi bahasa ok. kalau tak, memang awal-awal dah kena reject. hehe

duduk dengan sopan, mata tenguk penemuduga dan senyum. senyum itu penting. nak hilangkan takut sebenarnya. seram oiii.

Penemuduga 1 (lelaki):

1. kenalkan diri anda (ceritalah latar belakang diri kita, keluarga, pendidikan, kerjaya, pengalaman kerja,, anugerah yang anda pernah terima dan aktiviti lapang yang anda gemar lakukan). lebih kurang dalam 3-5 minit. dia tanya dalam BM je pun. penat den hafal skrip BI taw! keke. Jika panel menggunakan bahasa inggeris ketika meminta anda memperkenalkan diri, maka anda WAJIB menggunakan bahasa inggeris juga.

2. Kenapa anda mohon jawatan ni (pandai-pandai lah goreng bagi orang tu cair sikit).

3. Kenapa anda rasakan diri anda sesuai dan layak untuk diterima dalam jawatan ini (soalan tak cepumas sangat. tapi terbelit jugak lidah nak jawab. haha)

4. Apa yang anda tahu tentang NKRA, NKEA (ni betul-betul mau pengsan. NKRA memang 100% boleh jawab sebab semalamnya sempat baca. NKEA sorry, fail! tak tau langung. muka da blur time tu. haha. last2 cakap je saya pernah dengar NKEA tapi tak tahu pula apa skop dalam tu. buahaha. muka panel tu da pelik semacam).

5. Apakah itu integriti (please ingat, cari dan hafal. dalam mana2 interview pun dia akan tanya soalan ni sebab kerajaan sangat mementingkan sifat integriti. time tu saya tak tahu. so, main bedal je okehh.)

Penemuduga 2 (perempuan):
1. Apakah jawatan yang anda pohon sekarang, gaji, tangga gaji, gaji maksimum dan pergerakan gaji tahunan (soalan kacang sebab dah hafal. buahaha) ni pun soalan yang selalu ditanya dalam apa-apa skim sekalipun

2. Sebagai seorang penjawat awam, apakah elaun-elaun yang akan anda terima setelah bekerja. (yang ni fail! belum kerja lagi macam mana nak tahu kan. hentam jelah daripada tak jawab langsung)

3. Senaraikan 5 menteri dalam kerajaan kecuali PM dan TPM. (ingat memang ingat. tapi disebabkan nervous, asyik tersasul je. sampai 3 kali ulang dengan gagapnya kat depan orang tu) huhu malu.

4. Apakah peranan dan tanggungjawab anda sebagai seorang penjawat awam. (main jawab je)

itu sahaja soalan yang ditanya dekat saya. memang sekejap sangat. tak sampai 10 minit rasanya. sebab banyak soalan yang ditanya saya tak dapat jawab. huhu.

penemududga tu tanya, awak tahu kan skim PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN ni menyeluruh. jadi awak akan ditempatkan dalam mana-mana kementerian sekalipun. so, awak kena tahu semua isu dalam kerajaan.

dalam surat pun memang ada nayatakan skim ini tak ada kementerian yang spesifik. mana-mana pun dia boleh campak. yang hebatnya ni, saya tak prepare langung pun pasal isu dalam kerajaan. banyak yang saya tak dapat jawab sebenarnya.

at last saya cakap macam ni : tuan, in sya allah kalau saya diterima dalam skim ini saya akan cuba sedaya upaya untuk belajar dan terus belajar. sebab saya memang suka belajar dan mudah utuk menerima ilmu baru. cehh,,,, ayat bajet gramatis gituuu.

memang balik rumah saya cerita dengan mak toksah harap sangat saya dapat jawatan ni sebab tak yakin dapat. semua ditanya pun tka boleh jawab. siapa nak ambil saya kerja dak. hehe

ini panduan dan tips yang saya nak kongsikan sikit.

1. jangan datang lambat jika anda di interview. pastikan datang 10 atau 15 minit awal. orang SPA tak suka dengan alasan yang kita bagi sebenarnya walaupun diaorang tak cakap apa.

2. pastikan semua dokumen lengkap. jangan tertiggal. i/c, surat beranak, sijil berhenti sekolah, resume, sijil-sijil lain yang ada bawak je semua. tak kira tebal mana pun.

3. pakai pakaian yang sopan dan tak menjolok mata (bagi perempuan). pakai baju kurung biasa pun dah ok. pakai kasut bertutup ya. selipar tak diterima. bagi lelaki macam biasalah, long sleeve, tie pun kena pakai dengan kemas

4. jangan tunjuk anda pandai sangat dekat depan panel penemuduga tu. jangan sombong sangat. buat ramah dan senyum. kalau anda tersalah cakap, cepat-cepat minta maaf.

5. budi bahasa itu penting. jangan tunjuk sikap tak baik. simpan dulu untuk beberapa jam ok. hehe

6. untuk skim ini, anda perlu tahu semua selok belok kerajaan. at least, anda tahu sikit daripada tak tahu langsung. baca apa yang perlu, isu-isu semasa dalam kerajaan. siapa PM, TPM dan menteri-menteri nya.

itu je kot yang boleh saya kongsikan. ada satu lagi pengalaman interview yang akan saya cerita untuk next story. untuk jawatan Penolong Pembantu Pendaftaran.

semoga bermanfaat. kalau nak tanya apa-apa, just comment je ok. in sya allah saya akan bantu anda semua.




37 comments:

Syamimi Saad said...

pernah merasa interview SPP tahun 2007. time tu stpm tu x ambik lagi..hehehe.. sungguh kenangan.. =)

roslita thalib said...

@mimie: wah da lama juga yer...la yeke. sayangnya. rezeki ada di mana2 kan :)

Anonymous said...

bagus berkongsi dgn semua ni !

roslita thalib said...

@KA: terima kasih, sharing is caring :)

little geniusq said...

best kan bila dapat interview govtmn ni..saya pun tiap2 tahun dapat 4 hingga 5 interview,hihi...
ni pun baru dapat result intervw ppt n27,jadi calon simpanan, syukur...jemput ke blog saya yer
http://littlegeniusq.blogspot.com

Mazwen said...

Hi, thanks utk post ni coz saya ada interview utk jwtan ni nti. Ni interview kali yg ke-6 lah. Mudah2anlh soalan yg dutanya tu senang nti.

Unknown said...

Assalamualaikum saudari...kebetulan tengah mencari tips temuduga SPA...terjumpa blog ini...menarik...just nak kongsi pengalaman sebab pernah ditemuduga pertama kali pada tahun 2010 untuk jawatan ini pegawai khidmat pelanggan n17 dan Berjaya temuduga serta dapat surat lantikan tetap. tapi mungkin bukan rzeki saya apabila mendapat jawapan layak ke jawatan ini semasa di semester 2. saya terpaksa melepaskan jawatan ini kerana tengah belajar masa tu. minat dengan jawatan ini tapi mungkin bukan rezeki ketika itu, tapi sangat berharap agar suatu hari nanti dapat bertugas dalam perkhidmatan awam. doakan saya ye untuk interview akan dating...

Anonymous said...

Salam. Maaf kerana menggangu. Sy dpt panggilan temuduga utk jawatan ini. Tapi sy taktau apa skop pekerjaan sbg pegawai khidmat pelanggan ini. Boleh cik kongsikan sedikit?

Unknown said...

Hai, skop pekrjaan adik boleh rujuk di laman web SPA :)

Ini skop kerjanya :

Bertanggungjawab dalam mengendalikan dengan cekap dan berkualiti semua panggilan telefon, melayani pelanggan/tetamu yang berurusan dengan jabatan secara tertib dan mesra, memberi penerangan mengenai perkhidmatan yang disediakan oleh agensi, membantu pelanggan/tetamu yang berurusan dengan jabatan sehingga isu berbangkit selesai. Merekod dan memantau aduan perkhidmatan sehingga selesai dan memaklumkan kepada pelanggan/tetamu dari semasa ke semasa perkembangan di atas aduan pelanggan/tetamu.

Unknown said...

Anyway goodluck ya, do your best dan banyak baca tentang isu - isu semasa dan sentiasa berdoa agar dipermudahkan semuanya. goodluck adik :)

Unknown said...

Salam pemilik Blog,18/12/2014 dah nak kena niey...sekarang POLIS ,tpi Gred bawah...xminat kerja polis sekarang,dan minat pada jawatan yang ditawarkan...cuma nak tahu acaner kerja2 yang kena dibuat?

roslita thalib said...

siti naquilah: terima kasih saudari sebab membantu. dah lama tak buka blog sebenarnya ;) insya Allah rezeki di mana2 sahaja. mana tahu lepas ni boleh dapat kerja yang lagi bagus kan.

roslita thalib said...

haziq: maaf ye saya baru buka email :) kerja PKP ni sebenarnya adalah kerja paling senang tapi banyak komitmen.

kalau PKP dalaman kerjanya hanya angkat telefon keluar masuk.

kalau PKP luaran, kerjanya kena berhadapan dengan pelanggan (duduk di kaunter hadapan jabatan)

setiap jabatan lain2 fungsi. ada jabatan yang perlukan PKP bekerja shift. contoh, hari ini kerja dari pukul 7 pagi sampai 1 petang. Esok 1 petang sampai 7 petang. atau pun kerja malam dari 7 petang sampai 7 pagi esoknya. jadual akan disediakan oleh penyelia.

tapi ada juga jabatan yang PKP nya hanya kerja 8 pagi sampai 5 petang. so, setiap jabatan lain2 cara kerja, shift dan sebagainya. depends di mana tempat kita melapor diri nanti. Mostly, under Kementerian Pertahanan memang akan kerja shift.

roslita thalib said...

haziq: setahu saya POLIS senang nak naik pangkat. kalau PKP ni cuma gred N17 je. dan susah/ lambat nak naik pangkat ke N22 dan sebagainya.

akupanda said...

nice sharing....ley byg suasana time hang lam bilik tu...huhu byk gak ko tau sal gov sector ni ek...dasat2

roslita thalib said...

akupanda: terima kasih.

Karim said...

Nkra dan nkea tu ape ye Kak?

amir said...

saya ada pergi interview Pegawai Khidmat Pelanggan n17 baru2 ni, dan saya terkejut kerana calon temuduga hanyalah 2 org sahaja,,ni my first time pergi interview dimana jumlah calon hanya 2 org je..haha....n saya calon no. 2,,,dalam interview tersebut panel bagitahu sy nanti kalu dapat sy akan ditempatkn di Putrajaya sebab dalam surat panggilan temuduga dinyatakan panel penemuduga ialah dari Jabatan Perkhidmatan Awam, (JPA),,,betul ke wahai anda semua////

mahirah said...

saya pun ada gi iv pkp baru2 ni di kuantan. time sy pergi pg tu ada 3 org je calon yg dtg time pg tu. pelik jugak, tgok senarai nama mcm rmai. amir iv kat mana?

Anonymous said...

Hai semua..sy pun ada pegi iv tu..sy calon sabah..result suda ada kn?kamu dpt x?sy pnya result calon simpanan..jom sharing d blog ne..tq miss ros byk bg info..klu x kisah boleh kita btukar num hp..whatsapp..we chat..boleh up to date sharing..tq

Anonymous said...

awak dpt x iv tu?sy pn salah seorang calon simpanan..result da ada kn?awak share la dpt or x?

Fuey said...

Saya pun ada pergi interview jawatan ini dan result keluar pada bulan Jan lalu.Saya dapat calon simpanan.

Anonymous said...

Hi..kamu area mana?kalau dapat apa2 news bagitau ya..sy pun sama macam kmu..simpanan juga..

Fu ey said...

Saya area KK,kalau ada apa-apa saya post sini..

Anonymous said...

hai semua...sy pun ad g interview iv tu di kota bharu....alhamdulilah..sy b'jya dlm iv 2...tp smpai skrg sy msih blom dpt ape2 info..dh dkt sebulan lebih...hope spe2 yg dpt info psl ni..mohon share ye...

Unknown said...

sy pn iv d kt bharu,..wassap sy pls..0173303149 blh share info

Fuey said...

Hi,ada tak sesiapa yg calon simpanan utk jwt pegawai khidmat pelanggan N17 telah dilantik tetap? Sekarang dah ada ranking kan utk calon simpanan dalam portal spa,boleh share tak ranking anda semua?Boleh juga kita tau kan dah sampai ranking mana yg telah diserap. ;-)

Anonymous said...

hi.. saya dulu calon simpanan pkp.. bila buka spa status dah bertukar jadi lantikan tetap. saya dah pon click setuju terima tawaran di web spa... tapi sampai sekarang surat x sampai sampai lagi.... ternanti-nanti jugak nie... harap2 penempatan x jauh laaaa

Fuey said...

Hi,kamu calon mana?masa dpt calon simpanan ranking kamuno berapa ya?

Anonymous said...

Alhamdulillah...dh dpt surat lantikan. Lapor diri ujung bln april. Ade sesapa calon PKP simpanan yg turut dipanggil x?

Anonymous said...

Hi,kamu calon mana?dah dapat penempatan?

Akma said...

Salam. Tahniahh. Boleh kongsikan tak macam mana masa temuduga aritu ? Maksud sy soalan dr penemuduga. Terima kasih :)

Akma said...
This comment has been removed by the author.
yanmaneee said...

nike air max 270
nike air max 95
fila disruptor
christian louboutin shoes
canada goose jacket
hermes belt
adidas nmd r1
ferragamo belt
kd 10
nike shox

Unknown said...

Boleh saya tau apa maksud NKEA & NKA

Unknown said...

Boleh saya tau apa maksud NKEA & NKA

teseauez said...

j9j56z6w42 h8c21t3p06 c2i98i6w87 g0l69l5m10 q5k39o8a41 h9y52r1w72