Thursday 31 October 2013

Menang Segmen Kak Mia

Join segmen Kak Mia di SINI. dan tak sangka boleh menang. Sebab memang susah nak menang kalau dipilih pakai random. tak pernahnya bertuah.


my number,, 47!


blog ini akan menjadi penyeri bloglist kak mia pada bulan november dan disember. ty kak mia :)


p/s: kena rajin update bloglah lepas ni...

Wednesday 30 October 2013

WW #8 : Selca

Morning. mood tak berapa nak baik pagi ni. daripada melayan jiwa yang tengah kacau, baik kita layan kamera. ada juga faedah nya.

#senyumlah kerana senyum itu satu sedekah.
# senyumlah kerana senyum itu boleh membuatkan hati kita lebih tenang.
# senyumlah kerana dengan senyuman boleh kurangkan garis-garis halus n kedekutan. muehehehe
# senyumlah walaupun orang lain tenguk tak comel, tapi aku rasa comel. buahaha. muntah hijau plisss.
   perasan gila iolss.


peace yo :)))




Sunday 27 October 2013

Pening nak buat keputusan #semester january 2014

Pagi ni tak seceria pagi semalam disebabkan pag-pagi lagi dah bergerak ke tempat kerja. berapa banyak pagi dah dalam satu statement... anyway, good morning all :) selamat bermalas-malasan di atas katil. hehe.

breakfast apa pagi ni? mee goreng, nasi goreng, nasi lemak, roti canai, or lontong? sebut pasal makanan je perut aku dah mula menyanyikan lagu pop yeyeh. lapar oii. tak ada benda nak makan pagi ni. memang kena puasa setengah hari la jawabnya.huhu. tak apa ros.. sabaq na. balik kerja nanti kita bedal ayam goreng kfc yang perisa baru tu ea. apa nama dia? crazy cruch ke apa tah.

Actually pagi ni whatssap aku telah digemparkan dengan satu berita yang tak disangka-sangka. #gemparlah sangat. humm tak lain dan tak bukan adalah jadual untuk semester january 2014 telah pun selamat keluar #oum. memandangkan aku rajin sangat nak buka portal oum, jadi tunggu jelah update daripada rakan-rakan lain. nasib jugalah ada rakan-rakan yang prihatin. kalau tak, bersiap sedialah untuk melayangkan RM100 sebab lewat daftar. tak ke naya. dalah gaji pun cukup-cukup makan aje ni.


4 subjek yang agak tough. 2 subjek kena hafal, lagi 2 subjek kena kira-kira. aku tak tick lagi pun sebab tengah confuse. nak ambil 3 subjek je or 4 subjek... huwaa pening.

ramai cakap business law susah. company law adik beradik dengan business law. so lebih kurang susah. dah dua subjek susah. macro macam boleh terima lagi. management accounting tak sure. humm kesimpulannya???

tunggu, fikir, tanya orang, then baru decide... kot.


Saturday 26 October 2013

Selamat berhujung minggu

Pejam celik, dah hari sabtu balik. cepatnya masa berlalu. hujung oktober pun bakal menemui penamatnya pada minggu hadapan. kenapa rasa macam kejap sangat ea??

Biasanya hujung minggu macam ni merupakan sesi bermanja-manjaan bersama ahli keluarga. yelah, dah 5 hari duduk menghadap kerja yang tak ada sudahnya, 2 hari yang tersisa mestilah diluangkan bersama keluarga tercinta mahupun rakan-rakan. ye dak?

Apa plan anda pada hari ini?

1) nak bangun tidur lewat sebab nak balas dendam 5 hari sebelumnya kena bangun awal
2) bersihkan rumah dan persekitarannya. sental sampai berkilat
3) masak yang sedap-sedap dengan mencuba resepi terbaru
4) main game, tonton televisyen dan sambung tidur balik lepas tu
5) tenguk wayang, makan popcorn, jalan-jalan
6) beriadah di pusat rekreasi
7) siapkan homework dan assignment (tapi jarang orang buat kan sebab suka buat last minute.muehehe)
8) aktiviti bermalas-malasan dengan tiada haluan

Plan saya?

niat di hati nak jalan-jalan,
nak tenguk wayang,
nak hunting restoran baru dengan makanan baru,
nak makan ayam goreng,
dan nak lepak di tepi pantai dengan desiran ombak yang membuai (fuhh betul metafora ni)

tapi apakan daya....
semua macam tak kan terlaksana nampaknya sebab tak ada orang nak teman. jalan sorang-sorang macam tak best la. dalah tak pandai drive. adakan kena naik bas awam nanti. malas betul nak bersesak-sesak dengan pelbgai bangsa dalam bas tu.

akhirnya...
plan hari ini hanya duduk di rumah sahaja, siapkan assignment makroekonomi, gaduh dengan adik kejap (gelak jahat), makan apa yang mak masak, tenguk wayang hindustan di TV3, bermalas-malasan dan tidur.

erkkk,,,, seronok ke?? huwaa dah berapa minggu tak dapat keluar mana-mana. asyik terperap dalam office and kat rumah je. sob sob. sedihh betul.

p/s; manfaatkan hujung minggu anda sebaiknya ye. jangan tidur je.... and GOOD MORNING :D

Friday 25 October 2013

Antara Isi Bajet 2014

Tidak berkesempatan untuk menonton secara terus isi pembentangan bajet 2014 yang diumumkan oleh PM pada hari ini. Hanya berkesempatan untuk melihat post yang di update oleh blogger lain. Nasib jugalah ada utusan online.

Antara isi bajet 2014 yang diseneraikan oleh utusan ialah:

1) Subsisdi gula bakal dimansuhkan berkuat kuasa esok.

subsidi gula sebanyak 34 sen akan dimansuhkan oleh kerajaan memandangkan kes diabetes semakin meningkat di negara kita. Saya tidak tahu nak komen apa. Tidak pasti sama ada ianya langkah bijak dalam mengurangkan jumlah pesakit diabestes di negara kita atau pun merupakan satu beban lain yang terpaksa ditanggung oleh rakyat. yang pastinya, harga air di restoran dan kedai makan bakal meningkat secara mendadak selepas ini. Sama-samalah kita nantikan perubahan bijak melalui perlaksanaan ini.

2) Bonus setengah bulan gaji bagi penjawat awam.

Alhamdulillah, saya dapat merasa bonus ini memandangkan bekerja di bawah sektor kerajaan. katanya, pemberian bonus akan diberikan mulai Januari 2014. bonus ialah setengah bulan gaji ataupun minimum RM500. pesara kerajaan juga mendapat manfaat RM250 melalui bajet kali ini. Walaupun bonus tak sebanyak di sektor swasta, at least ada daripada tak ada langsung. Syukur Ya Allah.

3) BR1M dinaikkan kepada RM300 dan RM650

tahun lepas, bujang dapat RM250. bajet 2014, bujang dapat RM300. begitu juga isi rumah. naik daripada
Rm 500 kepada RM650. tapi, tak semua merasa. sebabnya had pendapatan bulanan ialah RM3000. bak kata rakan-rakan saya yang bekeluarga di office, BR1M ni cuma golongan pendapatan rendah dapat. yang kaya memang tak merasa. tapi, golongan yang pendapatan sederhana tak dapat manfaat apa-apa. walhal, gaji mereka setiap bulan tidak cukup menampung perbelanjaan untuk ahli keluarga. walaupun suami isteri bekerja. dengan barang yang semakin meningkat lagi. kesian pula memikirkannya.

4) 223,000 rumah mampu milik bakal dibina mulai tahun hadapan

perkara ini dilaksankan lantaran harga rumah di Malaysia naik mendadak. memang tak mampu nak beli rumah sendiri apatah lagi di Johor Bahru. rata-rata rumah di JB beharga RM250,000 ke atas. sangat mahal sebab JB dekat dengan Singapore (katanyalah). melalui bajet 2014, kerajaan akan laksanakan rumah mampu milik secara berperingkat. rumah PPR (program perumahan rakyat) dijual antara RM30,000 hingga RM35,000 seunit di semenanjung Malaysia. Bagi Sabah dan Sarawak harganya berada dalam lingkungan RM40,500 seunit. Rumah Mesra Rakyat (RMM)  juga diperkenalkan. Dijual antara RM45,000 hingga RM65,000 seunit. 

5) Bantuan yuran taska RM250 sebulan

Ibu bapa yang berpendapatan RM900 dan ke bawah layak, yang menghantar anak ke taska swasta yang berdaftar dengan JKM layak mendapat bantuan RM250 sebulan untuk membayar yuran taska.

6) GST akan dilaksanakan mulai 1 April 2015

Cukai barang dan perkhidmatan (GST) bakal dilaksankan pada kadar 6% bagi menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan. Sistem cukai ini lebih adil. menyeluruh dan memberi manfaat kepad semua rakyat, kata PM. bahan makanan asas seperti gula, tepung, beras serta bekalan paip air dikecualikan daripada GST. begitu juga dengan perkhidmatan pengangkutan, tol lebuh raya, pelajaran serta perkhidmatan kesihatan tidak akan dikenakan GST.

7) tindakan sewajarnya jika salah guna subsidi

8) jawatankuasa khas siasat salah laku penjawat awam

9) RM239 juta untuk pembangunan sukan


berita lanjut boleh layari utusan online. banyak info yang boleh kita baca termasuk intipati bajet 2014. Tema Bajet 2014 ialah "MEMPERTEGUH KETAHANAN EKONOMI, MEMPERKASA TRANSFORMASI DAN MELAKSANA JANJI"

jom kongsikan pendapat anda...



Skop Kerja Pegawai Khidmat Pelanggan

Pegawai Khidmat Pelanggan atau lebih mesra dikenali sebagai Customer Service merupakan jawatan penting dalam sesebuah organisasi mahupun syarikat. Menagapa ianya penting? Hal ini kerana Customer Service merupakan cerminan hadapan atau individu pertama yang akan berurusan dengan para pelanggan sebelum bertemu dengan mana-mana pihak.



Peranan Pegawai Khidmat Pelanggan:

1) mengendalikan dengan cekap semua panggilan telefon.

2) melayani para tetamu atau pelanggan yang ingin berurusan dengan jabatan.

3) memberi penerangan mengenai perkhidmatan yang disediakan oleh jabatan.

4) membantu tetamu atau pelanggan yang menghadapi masalah sehingga isu berbangkit selesai.

5) memaklumkan dari masa ke semasa tentang aduan yang dilaporkan oleh pelanggan.

Terdapat dua bidang tugas utama Pegawai Khidmat Pelanggan. 

Pertama, sebagai petugas telefonis. Kebiasaannya mereka yang ditugaskan di bahagian ini akan menjawab segala pertanyaan dan aduan pelanggan melalui telefon. atau lebih dikenali sebagai petugas dalaman. Contoh mudah ialah MOCC.

Kedua, sebagai petugas kauter. yang ini biasanya kita lihat akan berada di hadapan kaunter jabatan untuk melayani segela pertanyaan yang diajukan oleh pelanggan. dan petugas kaunter lebih bersifat luaran dan perlu menghadapi pelanggan secara face-to-face. 

Nah, nampak mudah bukan kerja Pegawai Khidmat Pelanggan? sebab nya bidang tugas cuma berkisar waktu kita bekerja sahaja. luar waktu bekerja, kita tak perlu fikir tentang kerja-kerja pejabat yang belum disiapkan lagi. 

Tugas Pegawai Khidmat Pelanggan ni bukan kerja mudah. Bukan mudah nak deal dengan orang lain. susah nak agak mood orang macam mana pada waktu itu. selalu kena marah dengan pelanggan walhal sebab salah faham kecil sahaja. kena maki dan caci itu sudah jadi perkara biasa. dan banyak lagi rintangan yang lain. sebab itu bukan calang-calang orang boleh dapat kerja ni. bukan tangkap muat sahaja. ada beberapa stage yang perlu difahami dan dipelajari secara mendalam agar kita tidak terbeban dengan tanggungjawab yang diamanahkan.

Jam kerja Pegawai Khidmat Pelanggan. Pada mulanya saya tak tahu. ingatkan kerja office hour macam biasa. yelah siapa sangka jawatan ni ada shift malam. sejak dipindahkan ke unit kecil daripada MINDEF, tercengang sekejap apabila diberitahu jam kerja saya tak sama dengan jawatan lain. 

Kalau di unit saya ada 5 shift kesemuanya. A, B, C, D dan E.

i) A (7am-1pm)

ii) B (8am-5pm)

iii) C (1pm-7pm)

  iv) D (7pm-12am)

   v) E (12am-7am)

Jadual akan dibuat oleh penyelia dan akan di rotate setiap 2 minggu sekali. Oh btw, kami dapat cuti seminggu sekali sahaja. itupun tak menentu. kadang dapat weekend. kadang dapat weekdays. sebabnya kami kerja 6 jam sehari melainkan kalau kena buat overtime. that's why cuti seminggu sekali sahaja.

Tidak semua jabatan kena kerja shift. kawan saya di Jabatan Latihan Khidmat Negara still bertugas macam biasa. (8 am-5 pm). depends pada unit yang ditempatkan mengikut keperluan.


ramai juga yang pertikaikan. jawatan ni kerja senang je. gaji sama dengan jawatan lain.

tapi tahukah anda banyak yang perlu kami korbankan?? public holiday kena kerja (walaupun gov), kalau ada orang cuti tiba-tiba kami kena ganti (overtime), kalau dipanggil kerja tiba-tiba kami kena datang, tiada masa hujung minggu seperti orang lain, dan kena kerja ikut shift. and kalau macam saya pula kena korbankan masa untuk pergi kelas. kalau kena kerja, terpaksa skip class for that day. sebab itu jangan mudah pertikaikan kerja orang lain jika tak tahu skop kerja yang sebenarnya :)

Kesimpulannya, kerja Pegawai Khidmat Pelanggan ni sebenarnya mudah jika kita pandai adaptasi  dengan masyarkat dan suasana sekeliling :)

p/s: sila baca dari awal hingga akhir jika nak tahu skop sebenar kerja ni. jangan skip ok :P




Thursday 24 October 2013

Susah bila kena mula balik

Sejak mula berkecimpung dalam dunia blog ini, banyak benda baru yang aku pelajari. Belajar menulis, belajar mengenal dunia IT,belajar untuk rajin blogwalking, belajar untuk mempromosikan blog, belajar untuk menarik minat orang baca blog kita, belajar untuk tambah lebih banyak follower, belajar untuk menang hadiah giweaway (i like it and i know u like it too) muehehe dan banyak lagi sebenarnya.

Usia blog aku baru setahun jagung dengan 715 orang follower (terima kasih follower-follower sekalian. uhuk, terharu sebab ada follow blog picisan ini) dan 132 post (sikit sangat jika nak dibandingkan dengan blog lain). kalau aku rajin, memang aku akan selalu update lah. tapi memang jarang orang akan baca apatah lagi tinggalkan komen. *gelak jahat

sejak akhir-akhir ini, aku jarang update entry baru. umm rasanya sejak bulan 7 lagi kot. buka blog pun kadang-kadang. nak update apatah lagi, memang jarang-jarang langsung. walhal, telalu banyak perkara yang bersarang dalam kepala otak yang mahu aku luahkan dan muntahkan.

penanti setia blog ini (yang aku tahu lah) ialah adik aku sendiri. cuma dia satu-satunya yang sangat rajin untuk baca cerita mengarut tah apa-apa yang aku tulis. walaupun dia tak pernah komen, tapi aku tahu setiap kali wifi terpampang depan mata dia, perkara yang tah ke berapa puluh dia akan lakukan adalah buka blog aku, check entry baru, kalau tak ada cepat-cepat cari butang X dekat hujung komputer dan terus tutup. sadisss... but aku sangat hargai usaha adik aku yang sentiasa support kakak dia dalam segenap perkara.

selalu juga dia merungut setiap kali kami chatting dekat FB (nak call mahal sangat. sorang pakai DIGI, sorang lagi pakai CELCOM) *nampak sangat dua-dua kedekut. almaklumlah semua benda mahal kan sekarang. kena berjimat-cermat.  dia merungut sebab aku jarang update entry baru. balik-balik cerita sama. sorry yuni... (ohh, nama adik i Yusnita but kat rumah panggil yuni, glamer gituu) i know, u terlalu obsess dengan cerita i kan. gagaga

sekarang, aku tengah cuba untuk rajinkan dan gagahkan diri ini untuk selalu tulis dan persembahkannya dalam bentuk penulisan blog. aku tidak mahu sia-siakan usaha selama ini untuk ada blog sendiri dengan follower yang sekian banyaknya dengan meninggalkannya begitu sahaja. bukan senang berada dalam industri ini walaupun aku tak sehebat blogger hebat lain yang berada di luar sana.

tapi... bukan senang. dah tinggalkan untuk sekian lama, then baru terhegeh-hegeh nak start balik. perasaan tu macam kau dah jatuh, tiba-tiba kaki terseliuh, lepas tu bangun dan jalan senget-benget. macam entry kali ini yang bengkang-bengkok tiada haluan.

aku kena rajinkan diri balik follow blog orang lain, tinggalkan jejak, tinggalkan komen, join contest and giveaway, dan banyak lagi lah. nampak mudah, tapi sebenarnya susah sebab terlalu banyak komitmen yang perlu aku laksanakan.




Monday 21 October 2013

Aku Jealous...

Aku Jealous...

Ketika aku di First Step Kindegarten,
Ibu bapa yang lain sibuk buat majlis hari jadi untuk anak mereka,
Bukan main meriah dengan kek yang pelbagai bentuk dan perisa,
Tapi aku hanya mampu tenguk majlis orang sahaja,
Tak sampai hati nak suarakan dekat ayah,
Takut ayah sedih.

Aku Jealous...

Masa aku kecil dulu,
Aku cuma dapat rasa naik motorsikal dengan ayah,
Ke mana-mana dengan motorsikal tu,
Ayah tak ada kereta,
Jadi aku hanya mampu pandang kereta orang.

Aku Jealous...

Ketika aku di Sekolah rendah,
Ayah berjaya beli sebuah kereta,
Kami adik beradik gembira bukan main,
Bukan kereta proton mahupun perodua,
Cuma kereta lama zaman 80 an,
Klasik sangat,
Kawan-kawan yang lain kebanyakkan naik kereta model baru,
Mereka suka gelakkan aku,
Mereka suka bandingkan kereta ayah aku dengan ayah dia,
Tapi aku buat tak tahu sahaja.

Aku Jealous...

Ketika budak-budak lain seronok bermain dekat padang,
Aku pula seronok bermain dengan bawang putih, bawang merah, cili padi, cili merah,
Masa tu ayah ada kedai runcit,
Kami anak beranak yang jaga,
Bila aku curi-curi main,
Mak mula keluarkan suara sopranonya,
Bergegar rumah jiran,
Cepat-cepat aku lari balik,
Memang betul kenangan.

Aku Jealous...

Bila cikgu adakan lawatan,
Aku selalu tak pergi,
Kalau dalam JB ok lagi,
Tapi ini luar JB,
Jadi aku hanya mampu tenguk rakan-rakan lain pergi,
Bukan ayah tak bagi pergi,
Tapi aku takut bebankan ayah,
Akhirnya lawatan terakhir di Melaka aku berjaya pergi,
Ayah cakap tahun terakhir di sekolah rendah,
Pergilah,
Aku happy sangat.

Aku Jealous...




Segmen 12 Jam Bloglist #5 Mialiana.com


Pencarian bloglist bagi bulan November dan Disember 2013 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 21 Oktober 2013, iaitu tepat jam 11.30 pagi sehingga 11.30 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #5 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

15 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

Tuesday 15 October 2013

Salam Aidil Adha 2013

Jika Aidil Adha 2012 yang lalu aku terpaksa bekerja. tetapi berbeza pula dengan Aidil Adha kali ini. dapat cuti sampai esok. weiiii... happy bak kau!

Assalamualaikum dan Salam Aidil Adha bagi seluruh umat Islam yang menyambutnya ;)

Haiwan qurban pun sudah selamat ditumbangkan dan disembelih. yang paling suka pastilah kana-kanak sebab over excited nampak lembu yang begitu banyak. berlari ke sana sini. habis satu masjid di pusingnya. aku yang tenguk je pun dah penat. huhu



ok lah, upin ipin pun nak pergi beraya dengan kawan-kawan ni. nanti kita jumpa lagi ye... bubye semua. 


p/s : jadikan masa cuti ni sebagai masa berkualiti untuk keluarga dan rakan-rakan. hati-hati di jalan raya. ingatlah orang yang tersayang <3 :)


Monday 14 October 2013

Puasa Hari Arafah

Assalamualaikum.

Sedang elok orang lain di buai mimpi yang indah, aku masih terjaga sehingga ke saat aku menulis entry ini. Bukan disebabkan mata tidak mahu berkrompomi... tetapi ada tugas yang perlu aku lakasankan.

Hari ini merupakan 14 oktober 2013 bersamaan dengan 9 Zulhijah 1434H. oh iya, hari ni merupakan hari ulang tahun rakan sekolahku yang sedang menuntut ilmu di Jepun. Sannah Helwah aku ucapkan :)

dalam ralit kita memikirkan tugas dan tanggungjawab yang perlu kita selesaikan pada hari ini... mungkin kita terlupa bahawa hari ini merupakan hari arafah.

Hari Arafah merupakan hari pada saaat umat Islam yang sedang mengerjakan haji melaksanakan wukuf di Arafah. dan hari ini, kita sangat digalakkan untuk berpuasa. mungkin ada diantara kamu yang lupa akannya, sama jua seperti diriku.

tetapi...
aku merasa sangat beruntung kerana ada 'insan-insan' di sekelilingku yang sering mengingatkan aku akan hal penting seperti ini. terima kasih kepada kak wardina saffiyyah kerana mengingatkan aku di 'instagram'. terima kasih juga kepada imam muda hassan kerana mengingatkan aku di 'facebook'

dan sekarang...
aku cuba mengingatkan diriku sendiri agar sentiasa peka dengan tarikh-tarikh penting dalam kalendar hijriah.

Hari Arafah datang hanya sekali setahun. antara fadhilat yang bakal kita perolehi jika berpuasa sunat pada hari tersebut ialah akan diampuni dosa setahun yang lepas dan setahun yang akan datang.

Dari Abu Qatadah radhiAllahu 'anhu berkata, Rasulullah sallAllahu 'alaihi wa sallam pernah ditanya tentang puasa hari 'Arafah, kemudian Baginda menjawab:


يُكَفِّرُ السَّنَةَ الْمَاضِيَةَ وَ الْبَاقِيَة

'puasa itu (puasa hari 'Arafah) dapat menebus dosa setahun yang telah berlalu dan setahun yang akan datang."

(HR Muslim)


(petikan ini aku perolehi daripada facebook imam muda hassan)

p/s: jom kita puasa sunat hari arafah :) sempat lagi kalau nak sahur. baru pukul 2.45 am







Saturday 12 October 2013

Disapa Amoi untuk buat Kutipan Derma

Blur kejap... tak tahu nak letak tajuk apa dalam entry kali ini. puas memikirkannya... at last, tajuk kemudian, isi  dahulukan....

Semalam ke Jusco Bukit Indah, Johor selepas balik dari tempat kerja. biasalah orang perempuan kan... suka sangat window shopping. padahal ke situ semata-mata nak pergi Daiso! haha. kalau borong sampai rm100.00 takpelah jugak. rasa macam boleh dimaafkan sebab bukan dekat dari rumah aku ke Bukit Indah. ini tak, aku cuma beli kain felt 2 helai bersamaan RM10.00. membazir minyak betul! erkk.. salah membazir gas sebab member pakai NGV. hihi

da puas meronda satu jusco, ehh tetibe perut ni lapar. apa lagi, misi seterusnya ialah menyerbu food court jusco untuk mengisi perut. aku order mee bandung and member pulak makan chicken chop. masa suapan pertama, eh boleh pulak ada seorang amoi ni tegur kitorang. aku tersangatlah pelik. hoho. nak kata member sekolah dulu, bukan. sebab aku memang cam lagi muka-muka kawan cina aku.

selepas perkenalkan diri, amoi tu cakap dia sukarelawan dari pusat kebajikan xxx dekat pulau pinang. datang jb sebab nak cari derma untuk pusat kebajikan mereka lah. amoi tu sorang, tak ada orang lain teman dia. belum habis mukadimah amoi tu, tetibe guard jusco datang kat meja kitorang and tanya amoi tu apa yang dibuat. guard tu suruh dia beredar and tak benarkan dia jalankan aktiviti haram dia kat jusco. fuhhh.... masa tu aku tersangatlah lega. terima kasih abag guard sebab tolong "halaukan" orang tu. huhu.

aku bukannya apa. aku tak adalah kejam sangat or tidak berperi kemanusiaan. tapi kes macam ni da banyak sangat berlaku. sampai kadang-kadang aku sendiri tak boleh peracaya. dah banyak kali terkena dengan orang-orang minta derma untuk pertubuhan mereka. mula-mula aku tak tahu, aku pun bagi jelah duit kat mereka-mereka tu. sebab aku ni jenis baik hati and lembut sangat. tak sampai hati kalau tak hulur seringgit dua.

tapi,,, bila kes macam ni da banyak sangat terjadi kat aku.. aku mulalah buat penyiasatan terperinci. aku ada terbaca satu post dekat Facebook hari tu. katanya, kalau ada orang yang minta sumbangan daripada kita untuk pertubuhan kebajikan mereka, orang tersebut kena lampirakn surat kebenaran daripada pihak polis untuk meminta derma dan surat daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat. kalau tak ada dua tu, maknanya dia membuat kutipan secara haram lah.

sila layari laman web jkm untuk maklumat lanjut http://www.kpwkm.gov.my/faq

aku percaya orang Malaysia memang tersangatlah baik hati sampai bagi je duit kat mereka tu. kalau tujuan dan duit yang diterima itu disalurkan kepada tempat yang betul, aku sangatlah tak kisah nak hulurkan. tapi takut, duit tu dibawa ke tempat lain dan dipakai untuk kegunaan sendiri. huhu.

so, sebelum nak bagi duit kat orang macam ni, alangkah baiknya jika kita berfikir dua kali. bukan tak boleh menderma. dalam Islam pun, kita sangat digalakkan untuk bersedekah. tapi kalau nak bersedekah pun ragu-ragu, kan tak best. duit habis, pahala pun tak dapat sebab kita tak ikhlas. kalau betul nak bersedekah, pergi sendiri ke Pusat-pusat kebajikan tu secara langsung and bagi direct kat pengurusan dia. barulah puas hati :) tak ke gitu...

actually, entry ini ada sambungannya. dua cerita dalam satu tempat yang sama. kejap lagi update.

Friday 11 October 2013

Google Malaysia kena hack??

Ok, malam ni tetibe mood untuk meng'update' blog datang membuak-buak disebabkan perkara yang tidak disangka-sangka. memang tak sangka betul lah.

google malaysia kena hack..... argghhh!!! macam tak percaya. tapi itulah hakikatnya. geram sekejap.

Aku memang pengguna setia google sejak dahulu kala. rasanya kalau tak pakai google untuk search segala bagai yang dikehendaki memang tak sah. bukannya tak ada search engine lain macam internet explorer, yahoo, firefox and bing. tapi entahlah.... perasaan tu tak sama macam guna google. kiranya google ni memang pakcik terbaik untuk diriku ini lah...

sampai ke saat ini pun google malaysia gagal untuk berfungsi. sob sob sob :'(

haa,, tak percaya? silalah  bukak sendiri. memang akan keluar gambar macam kat bawah ini jelah.


menurut sumber dari seorang rakan, katanya memang dari pagi tadi tak boleh access google.com.my
tak tahulah sebab musababnya kena hack. 

harap-harap bangun esok pagi semua benda dah kembali seperti sedia kala. fuh fuh fuh.