Sunday 9 June 2013

Girls,,,you need to read this

Assalamualaikum.

Pernahkah anda terfikir produk kecantikan atau perkhidmatan salon yang selalu digunakan boleh mendatangkan mudarat dan kesan bahaya kepada kulit kita? Saya bukanlah mahu menakutkan anda atau menyuruh anda berhenti daripada menggunakan produk kecantikan. tidak sama sekali.

Tapi, saya ingin mengajak anda untuk lebih berhati-hati dalam memilih produk kecantikan. takut ianya akan membawa bahaya kepada diri dan kesihatan anda sendiri.

Semalam, saya terjumpa satu blog ini. Beliau merupakan blogger popular di Singapore. sungguh terkejut bila melihat kulitnya yang begitu cantik betukar menjadi seperti alien. maaf, bukan niat saya untuk mengutuk beliau. kalau tak percaya, anda boleh lihat di sini. hal ini disebabkan oleh facial yang dilakukannya di sebuah salon.


sebelum melakukan facial
Lancome-Mat-Miracle-24H-Foundation-BO-01-Review,-Swatches,-Photos-8-Shu Uemura Gloss Unlimited

selepas facial

My-Skin-Ravaged-Allergic-Reaction-After-Facial-Experience_day-1-after-facial_COVER-2

gambar ini saya ambil daripada blog beliau sendiri. sungguh kesian bila kulitnya bertukar menjadi sedemikian. sedih juga bila baca kisah yang menimpa dirinya.

untuk maklumat dan kisah yang lebih lanjut, adalah lebih baik anda melawat sendiri blognya di sini. (saya sangat galakkan jika anda membacanya daripada awal hingga akhir)  http://bunbunmakeuptips.com/my-horrific-post-facial-experience-you-need-to-read-this/

jangan terkejut jika melihat gambar yang mampu meloyakan tekak anda. semoga kita dapat mengambil iktibar daripada kejadian yang menimpa beliau.

tak salah kalau mahu cantik. tapi jangan sampai membawa padah. menyesal pun tidak berguna lagi. huhu. lebih-lebih lagi yang berkulit sensitif. lebih baik rujuk doktor dahulu sebelum mengambil apa-apa produk. 






4 comments:

Anonymous said...

Kesiannye die...
Ape boleh buat bnda dh jadikan?

Unknown said...

takutnye kak.. kesian dia ..

bicara mak dara said...

omg... kesian tgk wajah selepas dia buat facial tu.. ni yg takut nak gi buat facial dah ni huhuu

roslita thalib said...

@giorgio: yup menyesal pun tidak berguna lagi. semoga jadi iktibar

@wani: huhu tula memang kesian sangat tenguk perubahan muka dia. tak tahu la sekarang da beransur pulih atau pun belum

@MD: kena lebih berhati-hati la sekarang ni. semoga kat malaysia tak adalah kes seperti itu kan