Wednesday 31 December 2014

Hikmah di sebalik banjir 2014

Nukilan daripada seorang sahabat
Yang pasti dapat membuka mata dan minda kita...

Di sebalik titis-titis hujan yang jatuh,
Allah membawa bahasa cintaNya kepada manusia

Allah tidak zalim,
Malah Allah kasih...

Lihatlah dengan hatimu...

Andai  air bah ini tidak menjadi tragedi,
Pasti konsert-konsert ambang tahun baru galak diadakan...
Betapa rami anak-anak luar nikah akan dialhirkan...

Lihatlah lagi...
Allah memberi kita ruang untuk bersedekah, menghulur bantuan

Lihatlah lagi...
Masjid-masjid diwarnai dengan bacaan yassin,tahlil dan solat hajat.
Jika tidak kerana air bah, barangkali jemaah hanya datang untuk bersolat sahaja.

Lihatlah lagi kasih Allah...
Semua para pemimpin turun padang buat kerja dari mereka duduk sahaja

Lihatlah lagi...
Dana kerajaan dapat disalurkan kepada jalan yang betul.
Andai bah ini tidak hadir, mungkin juga rasuah melata sana sini

Allah memelihara Malaysia dengan kasihNya...
Ini ujian...
Ujian yang pastinya tidak lama
Ujian untuk menyatukan seluruh insan...
Agar kita kembali bersyukur dengan rahmatNya

"Kadangkala Allah beri musibah untuk elakkan musibah yang lebih besar..."
Allahuakbar



Tuesday 30 December 2014

Apa itu Calon Simpanan / Simpanan Lantikan

Keputusan temuduga SPA dan keluar. Tapi status yang ditunjukkan adalah sebagai calon simpanan atau simpanan lantikan sahaja. "Eh, berjaya ke tak ni?" Mungkin ada di antara kita yang musykil dengan status tersebut. Di sini saya lampirkan beberapa Q & A yang boleh membantu anda.

Q: Apakah yang dimaksudkan dengan calon simpanan/ simpanan lantikan?

  A: Calon simpanan ini adalah mereka yang tidak gagal dalam temuduga tetapi masih juga belum       berjaya dilantik ke jawatan tetap. Boleh dianggap, sebelah kaki dah melangkah untuk mendapatkan     pekerjaan di sektor awam. 

Q: Adakah saya dikira berjaya jika mendapat status sebagai calon simpanan ini?

  A: Calon simpanan ini akan diserap ke dalam sektor awam sekiranya terdapat calon yang telah berjaya di dalam temuduga, tetapi menolak jawatan yang ditawarkan. Maksudnya, orang tersebut tak nak bekerja dalam sektor kerajaan walaupun dia dah berjaya temuduga.

Jadi, jawatankuasa pemilihan akan memilih calon simpanan yang ada untuk menggantikan tempat mereka yang telah menolak jawatan tersebut. Jika, calon simpanan pertama pun menolak juga, calon simpanan kedua akan dipilih.

Ada juga kes lain lain di mana calon simpanan ini akan diserap masuk ke dalam perkhidmatan awam. Contohnya: Terdapat keperluan kakitangan yang segera atau kekosongan jawatan oleh sektor awam, maka calon simpanan akan dipanggil untuk bekerja. Kes lain, jika ada permohonan dari Jabatan/Kementerian untuk pengisian jawatan maka SPA akan mengisi kekosongan tersebut dengan calon simpanan. 

Q: Berapa lama tempoh calon simpanan perlu menunggu keputusan sama ada dilantik atau tidak?

  A: Transformasi sebelum ini menyatakan bahawa mulai 1 Jun 2012 tempoh sah laku calon simpanan bukan lagi setahun, tetapi sehinggan calon dilantik tetap. Namun, transformasi tersebut telah dipinda pada Mesyuarat Bil. 23/2014 (2673) yang diadakan pada 20 Jun 2012 yang menyatakan bahawa calon simpanan akan dilantik tetap mengikut keperluan semasa dan tempoh had masa yang ditetapkan iaitu selama 2 tahun. Contoh, bagi status calon simpanan yang diluluskan pada 01/06/2014-30/06/2014, tempoh sah laku akan tamat pada 29/12/2016. 

Q: Berapa cepat / lama calon simpanan akan diserap ke sektor awam?

  A: Ada calon yang menunggu hanya sebulan sudah dipanggil untuk melapor diri bagi lantikan           tetap tersebut. Ada juga selepas 3 bulan baru dipanggil untuk melaporkan diri. Dan ada juga yang memang tak dapat walaupun dah lebih setahun menjadi calon simpanan. Semuanya bergantung kepada Rezeki.

Q: Bolehkah calon simpanan memohon pekerjaan lain di sektor awam, SPA?

  A: Boleh, dan tiada masalah. Sementara menunggu keputusan tersebut, adalah lebih baik jika calon simpanan mencari peluang pekerjaan lain.Anda boleh menghadiri mana-mana temuduga yang diadakan oleh sektor awam mahupun swasta. Hal ini kerana peratusan peluang untuk diterima masuk ke sektor awam adalah rendah. Kadang kala, jika rezeki menyebelahi, anda akan mendapat jawatan lain di sektor awam. Kemaskini borang permohoanan SPA semula jika perlu. 

Usah risau atau kecewa jika anda mendapat status sebagai Calon Simpanan. Itu juga merupakan satu kejayaan buat anda. Jika ada rezeki, sudah tentu anda akan dipanggil untuk melapor diri di Jabatan/ Kementerian dalam Malaysia. Jika tidak, bermakna ianya bukan rezeki anda.  Sebaiknya, result 'calon simpanan' tersebut anda simpan baik-baik untuk rujukan pada masa akan datang. Sebabnya, anda boleh gunakan keputusan tersebut sekiranya dipanggil dalam interview lain. Masukkan result dalam fail untuk tatapan panel penemuduga. Mana tahu, ianaya mampu mempengaruhi panel dan boleh menolong anda untuk mendapatkan jawatan tersebut  ^__^




Monday 27 October 2014

DO's and DO'nt Semasa Temuduga




Thursday 24 April 2014

Panduan Menghadiri Temuduga

Apa itu Temuduga

Temuduga merupakan satu sesi penilaian yang dijalankan oleh panel penemuduga untuk memilih calon yang terbaik bagi tujuan lantikan ke sesuatu jawatan.

Aspek yang dilihat oleh Panel

Antara aspek yang perlu diberi penekanan adalah seperti berikut:


  • Sahsiah diri
  • Kelayakan
  • Pengetahuan am dan hal ehwal jabatan
  • Pengalaman kerja
  • Kebolehan memimpin
  • Bidang tugas jabatan
  • Kebolehan berkomunikasi dengan baik
  • Kesesuaian untuk menjawat sesuatu jawatan atau jawatan yang lebih tinggi

Sebelum Temuduga:

Persiapan Minda

  • Buat rujukan dan kajian melalui laman web dan bahan-bahan rujukan mengenai jawatan yang dipohon
  • Kemas kini pengetahuan mengenai Jabatan dan pengetahuan am semasa
  • Dapatkan khidmat nasihat dan panduan daripada keluarga, rakan dan mereka yang berpengalaman serta berpengetahuan
  • Berkeyakinan dan tidak gemuruh
  • Buat latihan temuduga (mock interview) bersama keluarga dan rakan jika perlu
  • Dapatkan maklumat awal mengenai lokasi dan tempat temuduga
  • Anggap temuduga adalah satu proses biasa dan perlu dilalui oleh semua individu
  • Berdoa untuk kejayaan

Persiapan Fizikal   



Kekemasan untuk lelaki:
  • Berambut pendek dan kemas 
  • Bertali leher dengan warna dan corak yang sesuai 
  • Baju berlengan panjang dan bewarna lembut. Contoh: Putih, biru muda, cream
  • Berseluar gelap dan memakai tali pinggang yang sesuai
  • Berkasut kulit seerta memakai stoking bewarna gelap
  • Memakai tanda nama
Kekemasan untuk wanita:                
  • Berpakaian sopan serta tidak menjolok mata
  • Menggunakan make-up yang sesuai serta tidak berlebihan
  • Berkasut tutup penuh (court shoes)
  • Memakai tanda nama

Persiapan Dokumen

Pastikan dokumen-dokumen berikut dibawa, disusun dengan kemas dan teratur sebaik-baiknya di dalam folder lut sinar (transparent).


  • Surat panggilan temuduga
  • Kad pengenalan
  • Sijil-sijil kelayakan akademik (SPM dan ke atas)
  • Siji;-sijil kemahiran
  • Sijil-Sijil kursus
  • Sijil atau surat penghargaan
  • Dokumen sokongan lain jika ada

Pada Hari Temuduga

  • Datang awal seeloknya sejam sebelum temuduga
  • Dapatkan nombor giliran temuduga
  • Duduk dengan tenang dan matikan telefon bimbit

Semasa Temuduga:
  • Beri salam kepada ahli panel temuduga
  • Guna panggilan yang betul kepada ahli panel. Contoh Dato', Datin, Tuan, Puan
  • Serahkan dokumen kepada panel temuduga dengan sopan dan tertib
  • Duduk selepas diarahkan
  • Dengar dengan teliti setiap soalan yang diajukan 
  • Ucap terima kasih kepada panel apabila selesai


Monday 21 April 2014

Back to normal

Rasanya dah terlalu lama tak menconteng di blog sendiri. Bak kata kawan karib saya , Busy mengalahkan pak menteri! kiki

How's life?

So far so good. Baru habis exam Semester Januari 2014. fuhhh...
Bertarung, berperang selama lebih 2 minggu. Super tired. Ditambah dengan kerja shift yang tak menentu. Kadang-kadang rasa macam nak give up je   T___T
Tapi memandangkan saya ada baki 1 tahun sahaja lagi untuk habiskan study, terpaksa kuatkan dan tabahkan diri. Nasib lah still duduk rumah mak ayah. Almost everything bergantung dan berharap pada mereka. Nak pergi kerja pun ayah yang hantarkan...
Kalau duduk sendiri, memang tak terurus lah jawabnya. Masak pun tak pandai! *krik krik krik...*

How's blog?

Haha soalan wajib pada diri sendiri. biasanya kalau dah tak update berbulan-bulan, UV memang jatuh. But Alhamdulillah, 3 bulan yang lepas UV tersangatlah tinggi. *walaupun tak update blog*
terkejut juga bila tenguk. Rasa macam tak percaya. First time kot dapat UV cecah 200 sehari :')

Ada baki kira-kira 3 minggu sahaja lagi sebelum Semester Mei 2014 bermula. Rasa macam baru je habis exam. dah nak masuk sem baru. cepatnya lah...



Sunday 2 March 2014

Contoh Resume Ringkas dan Padat

Sebenarnya tiada format rasmi menulis resume. Ianya bergantung kepada kreativiti masing-masing. Tetapi, maklumat yang lengkap dan tepat perlu diberikan semasa menulis resume. Jangan tipu panel penemuduga ya ;)

Resume boleh ditulis dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris. Ringkaskan kepada 2 muka surat sahaja.

Butiran yang perlu ada semasa meulis resume:

1) Maklumat Peribadi
2) Maklumat Kerjaya (Bagi yang pernah bekerja)
3) Maklumat Pendidikan (Tertinggi dan ke bawah)
4) Kemahiran
5) Kekuatan Peribadi
6) Sumbangan & Pencapaian (optional)
7) Objektif & matlamat (optional)
8) Rujukan (optional)

contoh resume Bahasa Melayu




 Nota tambahan:
Bagi Fresh graduate:

  1. Kalau tak pernah bekerja, maklumat kerjaya tak perlu ditulis.
  2.  Kerja part time walaupun 1 bulan dikira sebagai pengalaman kerja :) tulis je apa-apa kerja yang pernah dilakukan sekalipun.
  3.  Sumbangan & pencapaian semasa di Institusi pengajian boleh juga diberikan, bergantung pada kerja yang dipohon. Kalau rasa tak sesuai, jangan letak.
    Contoh:
  • Mewakili IPT menyertai Sukan Malaysia (SUKMA) dalam acara Badminton, tempat ke-2
  • Menyertai Pertandingan Inovasi anjuran IPT
  • Pengerusi Majlis Perwakilan Pelajar.
  • Menyertai misi bantuan kemasyarakatan di Kemboja dan sebagainya.


Contoh lain bagi Objektif dan Matlamat Kerjaya (apa yang anda ingin capai dan laksanakan):

  • berhasrat meningkatkan mutu dan kualiti jabatan melalui prestasi kerja yang unggul.
  • membina kerjaya cemerlang yang dapat menyumbang kepada pembangunan ekonomi, masyarakat dan negara.
  • melaksanakan tugas yang diberikan dengan cekap, cepat, amanah serta bertanggungjawab dalam semua tindakan yang dilakukan.

Semoga bermanfaat ^.^


Anda mungkin meminati:

Friday 10 January 2014

Jawatan Kosong Kementerian Pendidikan Malaysia 2014: Penolong Pengarah Matrikulasi



Permohonan dibuka kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) iaitu guru yang sudah berkhidmat sekurang-kurangnya tiga tahun untuk berkhidmat sebagai Penolong Pengarah gred jawatan DG 44dan gred DG 41.
Bidang pengkhususan (opsyen) dan kepakaran diperlukan adalah seperti berikut:
1.Biologi
2.Fizik
3.Matematik
4.Perakaunan
5.Ekonomi
6.Kejuruteraan (Awam, Elektrik & Elektronik)
7.Bahasa Inggeris
8.Sains Sukan
9.Pengurusan Perniagaan
Permohonan boleh dikemukakan melalui ketua jabatan dengan menyertakan resume dan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) tiga tahun berturut-turut kepada Pengarah Bahagian Matrikulasi.
Sila hubungi, En. Mustafa Kamil Bin Sulaiman- 03-88844008 atau
En. Mohd Amin Bin Osman-  03-88844105.
TARIKH TUTUP permohonan pada 15 Januari 2014.

nota tambahan: copy & paste daripada portal moe bagi mengelakkan kekeliruan
maklumat lanjut boleh layari laman web di SINI


Jawatan Kosong SPA 2014: Pembantu Pegawai Latihan Vokasional Gred J17 (Jahitan)

7 kekosongan bagi jawatan Pembantu Pegawai Latihan Vokasional Gred J17.
Tarikh tutup permohonan ialah pada 13 Januari 2014 (Isnin) jam 11.59 malam.

Permohonan secara online di website SPA http://www.spa.gov.my
Boleh check maklumat jawatan dan syarat lantikan di SINI
Pastikan anda memenuhi semua syarat yang ditetapkan bagi melayakkan anda di panggil interview ok :)


Good Luck & All the best 



Wednesday 8 January 2014

Jawatan kosong SPA 2014: Pembantu Pendaftaran Gred KP17



Tarikh tutup pendaftaran adalah pada 20/01/2014 (Isnin) sebelum jam 11.59 malam.
Untuk memohon boleh layari laman web SPA dan masukkan maklumat seperti yang dikehendaki


Anda juga mungkin meminati:


Tuesday 7 January 2014

Pengalaman Interview SPA: Pembantu Pendaftaran KP17


Saya mendapat tiga interview daripada SPA dalam tahun yang sama (2012). Interview yang terakhir ialah Pembantu Pendaftaran Gred KP17. Pengalaman temuduga yang lain anda boleh baca di SINI dan SINI. Alhadulillah, tahun 2012 yang lalu rezeki saya murah melalui pelbagai temuduga dan tawaran pekerjaan.

Saya akan kongsikan sedikit panduan dan tips yang saya perolehi semasa di temuduga untuk membantu anda diluar sana. Ini merupakan pengalaman saya semata-mata.  Jadi semua yang saya gariskan di sini tidak akan keluar bulat-bulat. Hal ini kerana soalan-soalan yang diberikan berbeza bagi setiap individu. Tambahan pula saya bukanlah salah seorang daripada panel penemuduga :)

Biasanya panel penemuduga terdiri daripada 2-3 orang. Bergantung kepada organisasi dan keperluan sesebuah jawatan. Masa saya di temuduga terdapat 2 orang panel (lelaki). Seorang daripada pihak SPA dan seorang lagi merupakan Pengarah JPN (Negeri mana saya dah tak ingat).

Berikut merupakan panduan temuduga Pembantu Pendaftaran Gred KP17:

1. Perkenalkan diri anda
Hal ini merupakan salah satu soalan wajib yang akan ditanya oleh panel bagi semua jawatan. Jika panel menggunakan bahasa inggeris ketika meminta anda memperkenalkan diri, maka anda WAJIB menggunakan bahasa inggeris juga. Sebelum menghadiri temeduga anda boleh membuat satu teks ringkas dalam kedua-dua bahasa agar anda tidak menggelabah dan tergaru-garu di hadapan panel. Antara butiran yang perlu anda ceritakan ialah nama penuh, umur, sedikit latar belakang keluarga, pendidikan, pengalaman kerja, sumbangan dan pencapaian dalam organisasi, masyarakat mahupun negara, sijil-sijil yang anda perolehi dan falsafah hidup anda. Lebih kurang dalam 3-5 minit.

2. Butiran mengenai jawatan yang dipohon
Soalan kedua WAJIB. Antara soalan yang akan ditanya ialah nama jawatan yang dipohon, gaji, tangga gaji, gaji minimum dan maksimum, pergerakan gaji tahunan dan elaun-elaun.

3. Kenapa ingin bekerja dalam sektor awam
Tidak semua calon akan ditanya soalan ini. Tapi bedasarkan pengalaman saya menghadiri 3 temuduga, soalan ini seperti pekara ketiga WAJIB yang ditanya.Hal ini kerana dalam ketiga-tiga jawatan yang saya hadiri, saya mendapat soalan ini. Jika anda ditanya mengenai ini, sediakan jawapan yang bernas, jitu, padat, mantap, dan terbaik. Yakinkan panel bahawa anda layak untuk menjawat jawatan ini.

4. Sedia maklum dengan tugas-tugas Pembantu Pendaftaran KP17
Antara tugasnya ialah memproses Kad Pengenalan, Sijil Kelahiran, Sijil Kematian, Sijil Kewarganegaraan, Anak Angkat, Perkahwinan dan Perceraian. Pastikan anda tahu secara detail perkhidmatan yang disediakan. Maklumat lanjut boleh layari  http://www.jpn.gov.my/

5. Mengetahui Latar Belakang JPN
 Buat rujukan mengenai moto, slogan, visi, misi, fungsi asas bahagian, struktur organisasi, dan sejarah penubuhan.

6. Menteri JPN dan menteri-menteri yang lain
Menteri yang menerajui JPN adalah YAB Menteri Dalam Negeri kerana JPN merupakan salah sebuah jabatan di bawah Kementerian Dalam Negeri. Pastikan juga anda tahu 5 (sekurang-kurangnya) menteri-menteri lain di Malaysia dan peranannya. Walaupun tak ditanya, at least anda prepare something

7. Pekhidmatan terkini di JPN
Buat research dengan melayari portal JPN untuk mengetahui jenis-jenis perkhidmatan yang disediakan oleh JPN bagi memeudahkan orang ramai seperti MyKad, MyPR, MyKas, MyKid, MyEG, MyGov dan lain-lain lagi.

8. Isu-isu semasa dalam negara
Pastikan anda tahu tentang berita semasa yang berkaitan dengan JPN seperti pendatang tanpa izin, kad pengenalan palsu, dan sebagainya. Berikan pendapat anda dan apa sahaja langkah yang telah diambil oleh kerajaan dalam mengatasi masalah tersebut.

9. Soalan Bonus (Bahagian mana yang anda mahu ditempatkan)
Sekiranya berjaya dalam temuduga ini, bahagian mana anda ingin ditempatkan. Sedia maklum bahawa JPN ada 6 bahagian kesemuanya. Rujuk panduan NO 4. Kenapa dan mengapa. Nyatakan secara detail. Tambat hati panel dengan jawapan bernas anda.

10. Soalan Bonus (Kenapa anda yang patut dipilih)
Panel suka melihat keyakinan dan kesungguhan calon. Nah, salah satunya adalah dengan bertanya kenapa anda layak dan patut dipilih dalam jawatan ini. Hal ini kerana calon terdiri daripada semua peringkat dan golongan. Daripada umur 18 tahun sehinggalah 40-an. Daripada sijil SPM sehinggalah Ijazah. Di sini anda perlu mencertikan kelebihan yang terdapat dalam diri anda berbanding orang lain. Sebagai contohnya, sebelum ini anda pernah dikontrak menjawat jawatan yang sama (Pembantu Pendaftaran KP17). Tapi disebakan kontrak anda sudah tamat, maka anda terpaksa mencari pekerjaan yang lain. Di sini panel mengetahui bahawa calon sudah mempunyai pengalaman kerja jawatan yang sama. Kebarangkalian anda untuk dipilih adalah amat tinggi. Atau pun anda pernah ditemuduga jawatan yang sama tetapi tidak berjaya, ceritakan juga.

Itu sahaja yang dapat saya kongsikan. Mudah-mudahan panduan ini dapat memberikan sedikit  idea dan gambaran kepada anda dalam membuat persediaan sebelum menghadiri proses temuduga. Syabas dan tahniah saya ucapkan kerana sebelah kaki anda sudah melangkah ke gerbang pekerjaan. Anda hanya perlu sebelah kaki lagi (proses temuduga) untuk melayakkan diri anda menjawat jawatan ini. Selamat menduduki temuduga dan semoga berjaya.

"Kejayaan tidak datang bergolek jika anda tidak berusaha"



Anda mungkin meminati:

Saturday 4 January 2014

Ranking alexa malaysia tidak dipaparkan-minta bantuan daripada blogger terkenal HH :)

Hampir kesemua blogger tahu apa itu ranking Alexa. kecuali newbie macam saya nilah. 
eh eh newbie ke kalau dah setahun lebih berblogging... tett

Pada mulanya saya buat tak kisah je pasal ranking Alexa ni. yelah. niat asal berblog pun saja suka-suka membusykan diri yang sememangnya dah busy. Tapi lama kelamaan bila tenguk semua blogger dok update pasal ranking Alexa mereka, saya pun jadi curious. 

"ranking blog aku berapa ye?"
daripada perasaan ingin tahu tersebut maka saya gagahkan diri juga buka web Alexa dan check ranking blog. mak oiiii. banyak betul nombor. berjuta-juta tuuuu


anda perasan tak? global rank ada. tapi rank in Malaysia hampeh tarak. dah macam-macam cara buat. semalaman godeh google cari informasi yang boleh dijadikan panduan, tapi tak jumpa. sedih rasanya. at last pukul 1 pagi semalam saya give up, buka facebook dan terus mesej HH. 



Alhamdulillah, selepas HH terangkan secara detail baru saya mengapa dan kenapa. tak adalah risau macam semalam. HH sangat membantu. 
Terima kasih. tunjuk ajarku sifu :) hehe

oh ye HH ada buat panduan baru untuk bolehkan blog dapat ranking Alexa
Terfamous sekejap. hihi. klik SINI untuk membaca dengan lebih lanjut.




Friday 3 January 2014

Hari Jumaat 2014

Assalamualaikum...
Bismillahirrohmanirrohim allahumma solli ala sayyidina muhammad wa alihi wa sallim

Sedikit perkongsian daripada Dr Hamid Arshat yang saya dapat daripada FB beliau. 
Hari ini merupakan jumaat pertama dalam tahun 2014.

Hari jumaat 2014

4/4/2014 Jumaat
6/6/2014 Jumaat
8/8/2014 Jumaat
10/10/2014 Jumaat
12/12/2014 Jumaat

SubhanALLAH

Yang singkat itu: "waktu"

Yang menipu itu: "dunia"

Yang dekat itu: "kematian"

Yang besar itu: "hawa nafsu"

Yang berat itu: "amanah"

Yang sulit itu: "ikhlas"

Yang mudah itu: "berbuat dosa"

Yang susah itu: "sabar"

Yang sering lupa itu: "bersyukur"

Yang membakar amal itu: "mengumpat"

Yang mendorong ke neraka itu: "lidah"

Yang berharga itu: "iman"

Yang mententeramkan hati itu: "teman sejati"

Yang ditunggu Allah S.w.t itu: "taubat"

(Imam Al Ghazali)

"Sesungguhnya orang yang paling berjaya ialah orang yang hari ini lebih baik daripada semalam 
dan orang yang gagal ialah orang yang lebih teruk daripada semalam, 
manakala orang yang terpedaya adalah orang yang hari ini sama dengan hari semalam"
-Hadis riwayat Bukahri & Muslim-


Radiusite JB Outlet Launching (4.1.2014)


Bermula daripada Facebook dan website akhirnya mereka berjaya buka butik sendiri. Salute dengan semangat usahawan wanita di bawah ini.  Sikit-sikit lama-lama jadi bukit :)

 Alhamdulillah...
Murah rezeki mereka. Dah buka satu butik lagi di Johor Bahru.
Yang paling happy mestilah orang-orang Johor. 

Walaupun tak pernah shopping dekat radiusite, tapi tetap happy. yeahhhh!


Mana tau lepas ni mengidam nak pakai shawl mahal dan cantik kan. Boleh terus pergi Radiusite yang 30 minit dari rumah. dan yang paling best adalah, butik radiustite sebelah-sebelah je dengan Cala Qisya.


erkkk,, sila sediakan cash yang banyak okehh!




Kalau ghasa-ghasa nak dapatkan free shawl, boleh lah datang awal-awal. tapi saran saya baik tak payah kot. hehe. confirm ramai yang dah beratur dari pukul 9 pagi lagi since mereka buka pukul 10.

So ladies...
tak kan jumpa anda di sana sebab saya patah kaki nak pergi opening Radiusite. hihi.
 Masa Launching Cala Qisya pun nasib baik ada hamba Allah yang sudi teman saya dan jadi driver the whole day :)




Assalamualaikum 2014

30 Safar 1435H

Permulaan tahun baru yang pastinya penuh dengan harapan, cita-cita, azam dan semangat yang baru.
Assalamualaikum 2014...

Alhamdulillah...
Masih diberikan umur yang panjang, kesihatan yang baik, rezeki yang halal, dan yang paling penting masih diberikan kesempatan untuk terus bertaubat dan beribadat kepada Sang Pencipta.

"Sesungguhnya orang yang paling berjaya ialah orang yang hari ini lebih baik daripada semalam 
dan orang yang gagal ialah orang yang lebih teruk daripada semalam, 
manakala orang yang terpedaya adalah orang yang hari ini sama dengan hari semalam"
-Hadis riwayat Bukahri & Muslim-

Semoga kita tergolong dalam kalangan orang yang sentiasa ingin berubah dan istiqamah dalam setiap amal perbuatan.
Insya Allah, Aminn

Selamat Tahun Baru 2014 :)