Wednesday 30 January 2013

Suatu Peringatan...

Assalamualaikum dan selamat petang.

Ketika aku menulis entry ini, hatiku berasa sedih dan sebak. aku tidak kenal siapa mereka. aku tidak pernah bersua muka dengan mereka malahan bercakap dengan mereka. malahan aku langsung tidak tahu nama penuh mereka.

yang aku tahu mereka mempunyai teman sejati yang menangisi kepergian mereka. teman yang sentiasa mendoakan mereka. teman yang mengingati saat mereka tiada lagi di sisi. teman yang sama-sama merasai kehilangan mereka. teman yang sentiasa sedar bahawa mereka tidak lagi boleh bersama bergelak ketawa, bercanda mesra.

kerana mereka telah pergi menghadap Sang Pencipta buat selama-lamanya...

tiada yang kebetulan. setiap yang kita lalui sudah dirancang oleh Allah. dan hari ini aku melaluinya.

bulan januari....

hampir setiap hari aku mendengar khabar kematian daripada rakan sahabat yang lain sama ada di facebook mahupun blog. dan hari ini sekali lagi aku terpana saat membaca entry-entry daripada rakan blogger yang baru aku add menjadi follower. mereka menulis entry khas buat sahabat mereka yang baru sahaja pergi menghadap ILLAHI pada bulan ini.

20 januari hingga kini,

sudah lebih daripada 7 berita yang aku dengar ditambah lagi pada hari ini. aku add rakan ini, berita kehilangan ditulis. aku follow rakan yang ini pula, berita yang sama ditulis.

Ya Allah...

adakah ini suatu peringatan bagi diriku agar selalu taat kepada-MU dan menambahkan amal ibadatku kepada-MU.

mereka bertuah kerana di waktu muda yang belum punya banyak dosa sudah dipanggil menghadap-MU.  aku tidak tahu bila saat kematianku akan tiba.

dan aku bersyukur Ya Allah kerana di waktu muda ini dan masih bernyawa pada hari ini  KAU sentiasa mengingatkan aku daripada terus lalai dan hanyut dengan godaan dunia

tiada yang kekal melainkan hari akhirat. semoga roh mereka semua ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. amin

Al-Fatihah buat semua rakan yang telah pergi menghadap Allah S.W.T terlebih dahulu.










Segmen : Jom Blogwalking

Assalamualaikum.

Jom blogwalking!  sambil tu boleh menang hadiah-hadiah yang menarik. terkejut juga bila tenguk sponsor yang begitu ramai. dah follow dan terjah mereka tadi ;) untungnya kalau dapat salah satu daripad hadiah tersebut. aww

nak join juga? klik SINI

syarat-syarat yang bawah ni copy & paste daripada tuan punya blog iaitu cik nabila biela
dah lama follow blog beliau ;) tapi baru je like fanpage nabila tadi. hehe. sorry ye atas keterlewatanku

SYARAT-SYARAT
1) Follow dan like page blog aku*wajib*
2) Like dan follow sponser*wajib*
3) Buat satu entry mengenai segmen ni..dan tampal kuat2 banner kat atas dalam entry dan backlink ke entry aku ni.*link entry letak di komen entry ni sahaja*
4) Follow semua peserta yang join*harus*
5) Segmen tamat pada 10/2/2013
6) Tolong share entry korang dekat FB*nanti lagi ramai yang join kan?*

hadiah memang banyak. antaranya adalh brooch, tudung, shawl, topup (bagi lelaki). ada lagi sebenarnya. kalau nak tau, moh terjah blog nabila biela. 




Monday 28 January 2013

Formula 6M untuk menjadi orang hebat

Formula ini bukanlah daripada saya.

Tetapi merupakan cetusan dan idea daripada pengasas airbone discovery iaitu Tuan Haji Noor Azizan Abdul Majid.

Berkesempatan mendengar ceramah daripada beliau ketika di MINDEF dan saya hanya menyiman nota di handphone untuk rujukan masa hadapan. memang tak kering gusi mendengar celoteh beliau. sangat best dan ada unsur islamik.

dan terfikir alangkah baiknya kalau dapat berkongsi kepada rakan-rakan yang lain juga coz sharing is caring. =)

Semua orang pun mahu menjadi orang yang hebat kan. Jom lihat apakah formula nya


M pertama : MUSYARATAH
berjanji kepada diri sendiri untuk sentiasa mengamalkan amar makruf dan nahi munkar

M kedua : MURAQOBAH
sentiasa berwaspada dan mengawasi segala janji yang telah diucapkan atau dilakukan

M ketiga : MUHASABAH
evaluasi diri sendiri setiap hari. dengan muhasbah kita dapat melihat segala kekurangan dan 
cuba untuk membetulkannya

M keempat : MU'AQOBAH
jika kita membuat kesilapan, jangan pula menghukum atau menyalahkan orang lain.
 ibaratnya seperti baling batu sembunyi tangan. sebaliknya hukumlah diri sendiri. itu yang lebih baik

M kelima : MUJAHADAH
berusaha sekeras yang mungkin untuk menjadi hamba ALLAH S.W.T yang sentiasa bertakwa.

M keenam : MU'ATABAH
mengutuk diri sendiri jika tidak dapat menunaikan dan melakukan janji yang telah diucapkan



Dah lihat formulanya kan. agak-agak kita boleh menjadi orang hebat tak?

INSYA ALLAH boleh. kalau ada kemahuan pasti ada jalan.


Jom sama-sama amalkan supaya kita menjadi orang yang hebat. :)

Renung-renungkan dan selamat beramal (pinjam ayat prof izzy jap) hehe







Jalan-Jalan Terengganu - Part 1

Walaupun dah hampir 3 bulan berlalu, aku nak post juga pasal JJT (jalan-jalan terengganu)

weeheee~ mengada betuls! =P

adakah disebabkan tahun 2013 merupakan tahun melawat terengganu then baru aku nak post? adakah aku sengaja mencipta publisit di sini... jawapannya, tidak sama sekali ok!

tak ada motif apa-apa pun sebenarnya.

dan...

Sila percaya yang bahawasanya ini merupakan first trip aku without family :)

susah juga dapat kebenaran daripada mak dan ayah. bila tanya mak, mak suruh tanya ayah. kalau ayah bagi, baru boleh pergi. see, bukti yang mak dan ayah sayang dan jaga aku baik-baik. bukan mereka mengongkong. tapi lebih kepada menjaga keselamatan anaknya. sekarang kan macam-macam kes berlaku. huhu

nasib ada adik yang study dekat UMT (universiti malaysia terengganu). kalau tak, jangan haraplah aku dapat berkeliaran jauh-jauh. hehe

Part yang paling best adalah, my adik baru dapat lesen. so memang best kalau merayap ke mana-mana sahaja. tapi part yang tak bestnya adalah kakak dia (akulah tu) tak pandai bawa kereta sama sekali. haha. sila gelak ye.

driver and co-driver for 2 days 1 night 
yuni and izat

First place untuk dikunjungi pada hari itu ialah Muzium Terengganu

Jom belajar sejarah :)

FYI, Muzium Terengganu merupakan muzium yang paling besar di Malaysia dengan keluasan 27 hektar. ada 4 blok kesemuanya. dan setiap blok tu ada 3 tingkat. huhu. semput kejap turun naik semua tempat.

Antara galeri yang ada disitu ialah Galeri Islam, Galeri Diraja, Galeri tekstil, Galeri sejarah, Galeri Petroleum, Galeri Ilmu Kejadian, Galeri kraftangan.

Sangat besar ok. tak larat den nak jalan. tapi berkat kesabaran yang tinggi, kami sempat menerjah dan melawat semua tempat walaupun cuaca panas terik pada ketika itu.

Kami tak dibenarkan untuk mengambil sebarang gambar dalam muzium. jadi, gambar yang ada ialah di sekitar muzium sahaja.

main entrance

adik and her friends


in front of Galeri Petroleum


view from upstairs

petunjuk jalan. sangat luas ok!

korek duit syiling dalam beg. kehausan


100 plus or cincau? hehe



jom main pondok-pondok :D

unik

panas-panas pun sanggup juga

ramai juga orang cakap "apa barang pergi bercuti melawat muzium"

but, we had so much fun! serius wehh.

tak ada la teruk sangat melawat muzium. selain dapat jalan-jalan, boleh juga timba ilmu pengetahuan. memang tak bosan kalau dapat tenguk peninggalan zaman dahulu. best best best. macam orang jakun aku dalam muzium tu bila tenguk benda yang tak pernah dilhat sebelum ni.

kalau boleh ambil gambar dalam muzium tu, memang aku lah orang yang paling excited nak tunjuk dekat korang semua. hehe

Ada lagi 3 tempat yang aku pergi. tapi part 2 sambung esok-esok ok. tak larat nak upload pic dengan kelajuan internet yang macam siput. mau pengsan tunggu. xoxo


Thursday 24 January 2013

kenapa orang suka berdiri di satu part sahaja

Assalamualaikum

Di tengah kebosanan yang melanda tahap melebihi 100%, tiba-tiba aku terfikirkan sesuatu (ayat bajet gramatis je) muehehe.

Kenapa orang bila naik bas (pengangkutan awam) suka berdiri di depan daripada di belakang?

sekadar hiasan - google image

bas kan ada 2 part. bahagian depan dan belakang. bila bas tu da penuh, orang suka bekerumun ramai-ramai dekat depan. padahal dekat belakang banyak lagi ruang kosong.

urmm you know what i mean right. kalau tak tahu, sila cuba sendiri pengalaman naik bas dengan penumpang yang sarat. mihmih

Aku merupakan penumpang setia pengangkutan awam ni. ibaratnya aku dengan drebar bas ni memang kamcing abis lah. haha. yelah, nak pergi mana sahaja aku akan naik bas panjang ni. orang tak pandai bawa kereta memang macam ni lah jadinya.

Ada aku kisah walaupun bersusah payah tunggu bas berejam kadang-kadang. yang penting sampai ke destinsai dengan selamat walaupun bengang juga la kalau bas tak ada. lagi-lagi kalau nak cepat. memang @#$%^&* jelah kan.

Berbalik pada cerita di atas. aku pun tak pasti mengapa hal sebegini menjadi trend daripada dulu lagi. aku  ada pengalaman menaiki bas awam selama 11 tahun! boleh masuk malaysian books of record tak? :P

Sebab itulah aku dah masak dengan senario macam ni. cuma tak pasti lah sebab-sebab yang terperinci kenapa orang tak nak berdiri dekat belakang. walaupun penuh, sanggup juga bersesak-sesak di bahagian depan tu. (aku pun 2x5 juga) xoxo.

hurmm musykil kan. semalam baru lepas naik bas dari tempat kerja. perkara yang sama berlaku. bas tu memang penuh. waktu kemuncak orang balik kerja memang begitu lah.

Semua berdiri dekat bahagian depan. bila aku masukkan duit dalam tabung, toleh belakang.. la,, banyak lagi ruang kosong kat belakang tu. kenapa lah orang tak nak berganjak sedikit dan bagi ruang kepada penumpang yang lain. aku pun tak faham.

Daripada memeningkan kepala yang memang tengah berserabut masa tu, aku pun decide diri kat depan tu juga lah. gagaga.

Malas nak berhimpit semata-mata nak pergi belakang.

Ada sesiapa yang menggunakan perkhidmatan bas awam di sini?

Ke aku sorang je penumpang sejati bas awam ni.............! xexe

# Salam Maulidur Rasul buat rakan bloggers semua. mari perbanyakkan selawat kita ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w :)









Tuesday 22 January 2013

Apabila Broadband sampai limit

Sesiapa yang guna berokband sama macam saya sila angkat jari! weehe ~


erkk perkataan berokband macam agak melampau jer kan. hehe.

Sebenarnya tengah malam semalam aku tak ada kerja. bergolek sakan atas katil, and suddenly i feel like... i want to do my assigment! oh yeah. tak pernah-pernah aku buat assigment dengan begitu cepat sekali pada 3 semester yang lain. kakaka

Semangat memang tengah membara time tu. bukak laptop cepat-cepat then terus pasang broadband.

But,,, sayang seribu kali sayang. bila aku tengah syok cari bahan itu dan ini dekat internet, suddenly this message appear right away.



Nampak tak? bagi yang tak nampak tu, dia tulis kat situ yang bahawasanya penggunaan berokband aku dah sampai tahap limit yang dibenarkan setiap bulan iaitu 5GB/mnth. huhu

arghhh...frust kejap. mana taknya, baru excited nak cari bahan untuk buat kerja tapi broadband dah habis limit pula. bukan tak boleh guna langsung, boleh je. tapi ko kena tunggu sampai esok paginya lah baru dia habis download. baik aku terus tidur je kan. huhu

Bukan nak cakap semua broadband dalam malaysia ni tak bagus. eh,, tidak sama sekali. banyak manfaat sebenarnya.

1. broadband boleh dibawa ke mana-mana sahaja sebab mudah alih
2. ringan dan jimat ruang. masuk dalam pocket seluar pun boleh
3. jimat elektrik sebab memang tak payah guna pun. hehe
4. boleh jadi sebagai pendrive time kecemasan

selama ni aku memang puas hati je guna "DIA" melainkan satu masalah di atas. iaitu.... 

limit yang sangat tak mencukupi!

5GB/mth.  memang kejap jela habis kalau aku yang pakai. xoxo. boleh je kalau nak upgrade lebih sikit. tapi duit nak bayar tiap-tiap bulan pun kena upgrade juga lah kan. ayooo. itu macam pulak ka

kadang-kadang kita bukannya perasan pun berapa banyak dah kita guna untuk satu hari tu. 10MB, 500MB, 1 GB?  kalau aku memang tak kuasa lah nak cek 24 jam.

tapi bila kita perlukan di saat-saat genting macam ni lah pula jadinya. kerja semua terbengkalai sebabnya access internet jadi lambat. huhu. sabar jelah kan.



Sunday 20 January 2013

Hijab and such... iconic year giveaway

Assalamualaikum dan selamat malam.

Tinggal beberapa jam sahaja lagi sebelum tirai ahad ditutup... Masih berbaki 3 jam setengah sebelum jarum jam bertukar ke angka 12.

Dan kesempatan ini saya tak akan sia-siakan sepenuhnya sebab giveaway hijab & such akan ditutup pada hari ini (20/01/2013) tepat pukul 11.59 malam. wee... masih ada masa lagi untuk tulis entry. hehe

Banner untuk GA ni sangat colourful. ceria je bila tenguk :)




Blog sudah di follow. facebook page pun saya dah like awal-awal sebelum entry ini ditulis. tak sabar rasanya nak post dekat blogshop hijab & such cepat-cepat. heee. mana tahu boleh menang kan.

Kenapa saya berlumba-lumba dan tekejar-kejar menyiapkan entry walaupun last minute? sebabnya giveaway yang diberi merupakan 3 shawl yang sangat awesome dan cantik. daebak! baru tahu kalau hijab & such ada jual such a beatiful shawl. dah lama tercari-cari shawl macam ni. tapi tak jumpa pun.  sebabnya dah lama tak keluar shopping. haha

3 Pemenang yang bertuah akan dipilih sendiri secara manual oleh owner blog. mesti pemilihannya sangat teliti kan. setiap seorang akan mendapat salah satu shawl seperti di bawah. copy daripada owner blog hijab & such.

Lace shawl.
lace shawl, tudung kenduri

Dwi colour shawl


Half moon double layer


hijab and such, half moon, chiffon, half moon double layer, tudung murah, half moon murah

wah, memang cantik-cantik belaka lah shawl yang ada di blog ni! rambang mata nak pilih. macam nak grab semua je. hihi. 

#harap-harap boleh menang salah satu shawl tu. Amin :)

Tuesday 15 January 2013

Giveaway! (Contest End On My birthday! Haha)

Pink semangnya simbolik dengan kaum hawa. kalau yang betul-betul fanatic lagi la teruk. daripada baju, handbang, purse, tudung, pencil case, semua kaler pink. erkk, ini bukan rekaan. tapi kenyataan daripada rakan aku sendiri. hehe.

Aku wanita dan aku seorang perempuan. tapi PINK colour? ohh no. memang sangat tidak sesuai dengan aku oks. 

sebabnya kulit aku tak berapa nak cerah. bila pakai baju pink nampak macam pelik je aku tenguk. haha. nak kata tak suka PINK, tak juga. fanatic sangat pun tak juga. urmm biasa-biasa jela dalam 40% macam tu je.

tapi my mom, oh yeah! memang peminat setia pink u know. pernah suatu ketika dahulu kain langsir, cadar, dan sarung kusyen kat rumah semua warna ni. arghh. time hari raya pula tu. mak cakap tema untuk tahun tu adalah PINK. urmm iya mak. kami ok ja :) 

Aku tak pernah ada beg, purse, handbag kaler PINK. kalau baju raya adalah dalam sehelai dua. itu pun sebab mak yang tolong belikan. but, last year my lovely mak hadiahkan handbag dan purse kaler PINK. 

apa perasaan anda kalau di tempat aku yang tak berapa nak gemar kaler ni?

mesti rasa macam serba salah je kan nak pakai. kalau simpan je takut mak kecil hati. kalau nak pakai,, alamak pulak. betul tak? tapi kan... yang peliknya. aku langsung terjatuh cinta dengan design and colour beg tu. serius wehh. ya, dulu aku pernah kutuk pink. tak suka segala bagai and bla bla bla. entah la, sejak dapat tu terus pakai ke mana-mana sahaja. hari-hari aku guna. sampai semua benda aku sumbat dalam tu dan akhirnya...

beg tu lunyai di tangan tuannya yang ganas. tali dia putus masa pergi kursus 2 bulan lepas. sob sob sob. sadis betul. 

Last week, buka blog kak syud. (aku memang rajin terjah blog dia pun as a silent reader). 

Then, tetiba nampak kak syud post pasal giveaway ni. bag pulak tu. Polo Benedetti brand lagi! yang bestnya kaler PINK. yahoo, tengah berazam untuk kumpul bag kaler pink banyak-banyak. haha. siapa yang tak nak kan. wee~~

cantik uolss. tak percaya tenguk image kat bawah ni.

http://syud.blogspot.com/2013/01/giveaway-contest-end-on-my-birthday-haha.html




Yang paling bestnya, ada 3 compartment. boleh la aku sumbat macam-macam lepas ni :P 

Kak syud, nak nak bag ni sesangat * macam kak syud kakak aku je kan suka suki minta. hihi. jangan mare ye. sebabnya kan 

1) dah tak ada bag nak bawa pi jalan-jalan ni. sob sob :( 

2) bag sangat cute, colour pun cantik, banyak compartment lagi :)

3) contest end bulan 2, so ada chan nak menang. weehee.

4) erkk saya stay johor juga. so jimat pos laju. muehehe

ok! karangan dah siap :) agak-agak boleh menang tak erkk. kita tunggu dan lihat 10 FEBRUARI 2013 nanti. chao chin chao

Friday 11 January 2013

Hidup perlu ada perancangan

Assalamualaikum dan salam jumaat

Baru hari ini aku berkesempatan untuk menulis entry yang pertama dalam tahun 2013 :) setiap hari buka blog, tapi tenguk dan baca entry rakan blogger yang lain ja. bila nak update blog sendiri pula, rasa macam tak tahu nak tulis apa. hoho. sebabnya kemalasan telah mempengaruhi minda untuk duduk diam sahaja, tak payah buat apa-apa. *pemalas betul.

HAPPY NEW YEAR! selamat datang tahun 2013 dan selamat tinggal 2012. nah bunga api dari encik google.


erkk masih belum terlambat lagi kan nak wish walaupun hari dah 11/01/2013. hehe ala sama ja. 1 juga angkanya. cuma angka 1 tu ada dua (11). so jadi la 11. dah dah. tak payah nak melalut pasal angka dan numbur kat sini. ada perkara yang lebih penting daripada itu.

AZAM  BARU, SEMANGAT BARU adalah perkara yang paling sinonim dengan pergantian tahun. setiap tahun pasti ada sahaja azam atau impian yang dicita-citakan. tak kiralah sama ada tua atau muda, kecil atau besar. saya atau awak, kamu atau dia. semua ada azam masing-masinglah. betul tak. apa azam anda tahun ni? nak beli kereta baru, nak ada rumah sendiri, nak dapat 10 A's dalam SPM atau nak duduk goyang kaki sepanjang tahun? hihi ada ke orang macam tu. kalau ada, sila ubah matlamat anda cepat-cepat ye sebelum terlambat. azam aku tahun ni.....

urmm nak kahwin cepat-cepat. yeaaa! :) haha melawak sungguh. calon pun tak ada, macam mana nak kahwin. berangan je lebih.

Tapi korang dan anda semua perasan tak segala impian, azam dan matlamat yang kita impikan dan cita-citakan tidak akan menjadi kenyataan tanpa adanya perancangan terlebih dahulu. senang cerita, kalau kita tak plan awal-awal, confirm lah semua benda pun tak akan menjadi. ibaratnya macam kita nak pergi barang dapur. mestilah kita dah plan awal-awal,, contoh "ohh aku nak pergi TESCO jelah beli barang-barang dapur. selain jimat duit sebab barang murah, dapat juga menjimatkan tenaga dan masa sebabnya TESCO sebelah rumah aku je" haha. lebih kurang macam tulah. kalau kita tak plan dan fikirkan apa yang kita nak buat mestilah ekau sendiri yang pening akhirnya.


Bulan JANUARI baru 11 hari berlalu. dan kita masih ada 11 bulan lagi untuk menyempurnakan impian untuk tahun ini. tidak salah kan kalau kita rancang dari awal lagi apa yang perlu untuk dilalakukan agar benda yang kita inginkan tercapai juga akhirnya. ini antara contoh azam yang orang selalu nak kan sangat-sangat. :

1) azam nak kurangkan berat badan
- azam yang sangat famous sekali. semua orang nak kurus, cantik dan sihat. tapi benda inilah yang paling sukar dilakukan. arghh. aku sendiri pun susah nak tahan nafsu makan ni. muehehe. tapi kalau dah azam, kena buat juga kan. first, mestilah kena kurangkan kalori dalam hidangan. makan ikut masa. jangan berlapar pula. diet bukan bererti tak makan langsung ye. salah sama sekali. haa, plan lah pergi jogging atau gym dengan kawan-kawan atau family. seminggu dua kali pun dah memadai. sebulan 4 kali. kalau setahun buat, berapa banyak kalori dan lemak yang terbakar. cuba bayangkan kejap. confirm tahun 2014 slim mlim. tapi aku pasti 2015 berat akan makin ber "double"  sebab 2014 pulun makan banyak-banyak. balas dendam sebab 2013 tak dapat makan. buahahaha


2) aku nak kahwin tahun ni
- ehh, bukan aku taw. kawan saya punya kawan yang berazam untuk mendirikan rumah tangga tahun ni. semoga tercapai niatnya itu. kalau anda pun ada niat yang sama, sila plan secara berhemah. duit simpanan mesti mencukupi. kalau boleh elakkan daripada pinjam daripada bank. sebabnya takut tak boleh bayar balik. kalau pun duit tidak cukup untuk buat majlis yang grand, sederhana sahaja lebih baik. yang penting selesaikan benda wajib. dah tahu nak kawin, jangan membazir beli benda yang tak perlu pula. kang ada lepas kahwin makan pasir lak. hehe. gurau je


3) nak semua A dalam exam
- aku pun pernah berazam nak dapat semua A dalam UPSR,PMR,SPM & STPM. tapi itulah. dulu-dulu tak ada kesedaran untuk merancang pembelajaran daripada awal tahun. kan dah terkantoi. huhu. bagi adik-adik yang nak ambil exam besar tahun ni, rancanglah jadual waktu anda sebaik mungkin. maksimumkan masa yang ada untuk menelaah pembelajaran dan membuat nota-nota penting. kalau kita dah plan daripada awal, tak adalah kelang kabut masa hari peperiksaan nanti. STUDY SMART NOT STUDY HARD.


Banyak lagi azam yang tak disebutkan. di atas itu hanya sebahagian daripada contoh umum sahaja. walau apa pun perkara yang ingin kita lakukan, rancanglah sehabis baik dan sebijak yang boleh agar kita tidak menyesal di kemudian hari. kita hanya mampu merancang tetapi ALLAH S.W.T juga yang menentukan segalanya.

salam jumaat daripada saya, roslita :)