Friday 19 July 2013

Giveaway 10K Followers Mialiana.com


Giveaway 10K Followers Mialiana.com bermula pada hari ini, 7 Julai 2013, iaitu tepat jam 5.45 petang sehingga 11.59 malam 21 Julai 2013. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Terbuka kepada semua blogger yang bermastautin di Malaysia sahaja
  2. Follow blog Mialiana.com, Add  Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  3. Wajib Follow blog, Like Fanpage dan Add Google+ semua sponsor (rujuk senarai sponsor)
  4. Buat entri bertajuk Giveaway 10K Followers Mialiana.com
  5. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  6. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senarai sponsor :
❤ Kerinchi MyKeledek | Fanpage
❤ Alycia | Fanpage
❤ Aida Hanafiah
❤ Amir Rofie | Google+
❤ Chekgu Skolah | Fanpage
❤ Anastasyea | Google+
❤ Sha Dhira | Fanpage
❤ Rafina Mimi | Fanpage
❤ Paly | Fanpage
❤ Dayang Deno | Fanpage
❤ Cikgu Kaca Mata | Fanpage
❤ Ieta | Fanpage
❤ Deq'Nyss | Google+
❤ Keyme Keymo | Google+
❤ Nur Dzafirah | Fanpage

Senarai hadiah yang ditaja bernilai RM 1,474 :
❤ 1 x Jus Delima Pompure bernilai RM 150
❤ 1 x Glutaking bernilai RM 150
❤ 1 x Tropica Bioherb Shampoo Herba bernilai RM 35
❤ 1 x Kain pasang Satin Cotton Vietnam bernilai RM 65
❤ 1 x BB Plus Collagen bernilai RM 180
❤ 3 x tudung DeZahra bernilai RM 75 serta Brooch bernilai RM 6
❤ 1 x Teddy Bear bernilai RM 100
❤ 2 x Bantal Love mialiana.com bernilai RM 35
❤ 1 x Wang Tunai RM 50
❤ 1 x Novel Cintaku Luruh di Oxford bernilai RM 34
❤ 1 x Novel Dia Yang Aku Pilih bernilai RM 22
❤ 1 x Farcheese Powder bernilai RM 25
❤ 3 x Doodle bernilai RM 10
❤ 2 x Multifunctional Buff (Seamless Magic Scarf) bernilai RM 15
❤ 9 x Topup bernilai RM 10
❤ 4 x hadiah misteri bernilai RM50.00

 jom support Mia Liana ya... join Giveaway ini dengan klik banner di atas...

Saturday 6 July 2013

About me... Roslita Thalib

Assalamualaikum, salam sabtu, salam berhujung minggu ;)

Hampir setahun berblogging, baru hari ini  terdetik untuk menceritakan sedikit latar belakang saya, pemilik blog ini iaitu rozeath.blogspot.com 

adakah saya ini insan yang begitu penting sehingga anda diluar sana perlu mengetahui dan mengenali saya?? jawapannya ialah tidak sama sekali. i just want to share with you, who i am because.....

peribahasa melayu mengatakan "tak kenal maka tak cinta". tak gitu??

Mungkin ramai yang sudah mengetahui nama saya sebab kalau saya tinggalkan komen di mana-mana blog pun saya akan tetap gunakan nama penuh saya iaitu roslita...

Nama penuh saya sebenarnya ialah Roslita binti A.Thalib. nama yang singkat dan pendek, tapi penuh dengan makna dan kisahnya yang tersendiri. mudah diingat, tapi mudah juga disalah ertikan... dan mudah untuk ditukar menjadi sebutan yang lain.... Rosli, Rosnita or Rosita. acap kali mendengar orang memanggil saya begitu. tapi saya tak kisah pun. saya memang tak akan toleh dekat orang tu. sebabnya saya akan fikir *dia panggil orang lain tu kot. 




lahir pada 6 april 19xx... dah 22 tahun (boleh agak kan saya lahir tahun berapa), dah besar panjang, dah dewasa, dan dah boleh cari bakal calon menantu untuk mak dan ayah... in sya allah =')

anak sulung daripada 5 bersaudara. 4 perempuan, dan seorang adik lelaki bongsu. yang adik lelaki sorang tu pun alahai baru darjah 2. saya lah abang, saya jugalah kakak... dan saya jugalah yang akan jadi singa di rumah bila semua buat perangai. tak merasa nak jadi adik.

Alhamdulillah, di usia 22 tahun ini sudah memiliki pekerjaan tetap. bekerja sebagai penjawat awam di sebuah kementerian sebagai pegawai khidmat pelanggan. pekerjaan yang mencabar. penuh dengan komitmen dan komited. 1MOCC.... kenal ke idak?? tapi saya takdelah kerja di situ ye. jangan pulak lepas ni call direct line  03-80008000 dan mintak *cik, tolong sambungkan talian dekat cik roslita thalib boleh tak? nak cakap dengan dialah. memang mau kena dashhh dengan orang sana nanti. kerja saya 24 jam. ikut shift. hujung minggu pun bekerja. public holiday pun kerja. jadi jangan fikir kalau kerja kerajaan ni 8-5 je ye. (^_~) amanah dan tanggungjawab kami di sini besar dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk rakyat di luar sana.

walaupun dah bekerja, pelajaran tetap tidak diabaikan. sudah 2 tahun bergelar mahasiswi di Open University Malaysia dalam bidang Bachelor of  Business Administration with Honour. ambil program jarak jauh (pjj). hujung minggu kelas baru diadakan. kalau clash dengan jadual kerja macam mana pula? terpaksa lah saya korbankan tak menghadiri sesi tutorial. kalau tak faham, saya akan rujuk tutor online yang sentiasa ada untuk para pelajar 24 jam sehari. in sya allah 2015 pengajian saya akan tamat. doakan ye semoga saya mampu menggenggam segulung ijazah dengan pointer yang tinggi nanti ;)

itu sahaja yang boleh saya ceritakan setakat ini. panjang kan. maaf ye kalau boring. dah macam karangan SPM pulak gayanya.

kalau ada sesiapa yang nak berhubung dengan saya boleh rujuk alamat email di bawah ni. selamat berblogging. "tunjuk ajarku sifu" buat blogger yang sudah lama dalam bidang ini. :)

roslitathalib@gmail.com or mawar_09@ymail.com

p/s : saya tak ada nama samaran. nak panggil saya Roslita boleh, ros pun ok, ita pun tak ada masalah...


Tuesday 2 July 2013

Running Man datang Malaysia, tapi mampu ke??

Ye, saya akui.... saya memang peminat tegar Running Man. setiap episod mesti tak kan terlepas daripada tontonan saya. buktinya, episod paling terbaru, RM 152 sudah selesai saya tonton pada pagi tadi. hehe

apa yang boleh saya katakan, setiap kali tenguk RM mesti akan ada sahaja scene yang lucu daripada mereka. mesti pecah perut punyalah!

tapi....

untuk menghadiri dan melihat sendiri mereka secara live, tidak kot buat masa sekarang. mungkin anda diluar sana sudah mengetahui bahawa Running Man akan datang ke Malaysia pada 7 september 2013 ini.

poster ini saya ambil daripada websiti abang nara (beautifulnra.com)

running man in malaysia

lihat sahajalah harga tiketnya. paling murah pun rm169.00.

memang betul-betul tak mampu. itupun anda hanya boleh dapat poster RM edisi terhad...

kalau nak jumpa mereka and minta autograf secara dekat, sila bayar RM 689..

haa, mampu ke engkau?? separuh daripada gaji saya setiap bulan tu. huwaaaa :'(

ini senarai yang saya lihat di website abang nara.


Pakej Premium 
Hi5 & Sesi Autograf
Beg Kertas RM edisi terhad
Poster RM edisi terhad
Pakej VIP RM469.00
Beg Kertas RM edisi terhad
Poster RM edisi terhad
Cabutan Bertuah – 20 Peminat berpluang menghadiri Sidang Media
Pakej RM369.00
Beg Kertas RM edisi terhad
Poster RM edisi terhad
Pakej RM269.00
Beg Kertas RM edisi terhad
Poster RM edisi terhad
Pakej RM169
Poster RM edisi terhad


sesiapa yang dapat pergi tu,, memang bestlah kan. nanti post gambar mereka banyak-banyak ye. hehehe



Menghilangkan diri selama seminggu. Apa saja yang saya buat??

Assalamualaikum.

yup! saya memang menghilangkan diri. lari sebentar. tapi bukan lari rumah ye.*mau kena hempuk dengan mak aku nanti. hoho

tapi saya lari daripada kesibukan dunia blog.no update, no bw, no comments...dan yang paling best, no nuffnang and churp2 anymore.

eh jangan salah faham.

nuffnang & churp2 sudah pasti di hati. terpahat dis anubari sejak tahun 2012 lagi. buahaha. maksudnya, tak ada aktiviti menge-check nuffnang & churp2 seperti yang biasa yang saya buat.

biasanya kalau dah telebih kerja lah sangat......

saya akan buat perkara ni:
dua puluh pat jam dok refresh nuff n web burung chomell tu nak tenguk duit ada bertambah ke idak, UV makin naik ke idak. da macam orang desperate pulak. huhu.  macam la hangpa tak pernah buat kan. baik ngaku cepat. muehehe.

erkk,, ada orang yang rindu saya ke? ^_~ buahahah. *ok perasan. dush! (tumbuk muka sendiri)

ok, berbalik kepada cerita di atas. apa je yang saya buat selama seminggu ni tanpa sebarang berita.

1. Busy dengan assignment


nak tepek muka sendiri, kang ada yang muntah hijau pulak. hehe. gambar baby ni lagi comel kan. inilah situasi yang saya hadapi sekarang, sama macam ekspresi baby ni. tengah serabut buat assignment. 3 assignment.

*eleh, sikit je. aku buat 7 assignment tak kecoh pun. yer, memang sikit. student full time mesti akan cakap macam tu. 

tapi berbeza dengan yang buat pjj or part time study. *walawei...3 assignment?? die lorhh. how to finish it lehh. wa busy dengan kerja. belum mau jaga anak lagi. mana ada masa!

hurmmm so?? nilaikan sendiri macam mana tahap kesibukan saya sekarang ni. *macam la kau jaga anak 10 orang kan ros!

2. Part time business

tadi cakap tak ada masa nak buat assignment. busy bagai semua. ni boleh pulak buat part time business?? memang cari nahas budak ni. 

yeah... that's me. kerja lain belum siap, sibuk nak berbisnes bagai. adoss... nak buek macam mano. semua datang pada minggu yang sama. bak kata orang, rezeki jangan ditolak. =')

sebab itulah saya terima offer adik saya untuk jual brooch dekat sekolah dia sempena hari koko. erkk,, tapi bukan saya yang jual yer. adik saya yang tolong. 

alhamduillah, banyak juga hasilnya. penat lelah selama beberapa hari buat itu dan ini. bukan senang woo. mau patah pinggang saya ni duduk lama-lama.

tadaaa, beberapa item yang dijual....





3. Sample Kuih Raya

serius, yang inilah paling banyak menuntut masa tolong mak buat sample kuih raya. then packet kan sebelum diedarkan kepada kawan-kawan. alhamdulillah, berjaya juga upload gambar kuih raya dekat fb tadi. 


kuih kuih... di mana kau kuih! oh yeahhh

pelik? cukup ke tangan saya buat semua ni. memang tak cukup. tapi dicukupkan. haha. 

alhamdulillah, semua dah selesai dan berjalan lancar. assignment masih dalam proses. ada lagi 2 minggu sebelum dihantar. 

yeaa,, minggu ni boleh update blog! 

itu sahaja cerita untuk pagi ni. jangan bosan untuk baca ye :) 

wassalam...