Friday 31 May 2013

Samsung Digital Camera Giveaway by Nabeel Fikree





Korang tau ke Nabeel Fikree sekarang tengah mencari pemenang untuk Samsung Camera Digital Giveaway dia tu? Kalau korang tak tau, haaa mari sini saya kasi tau. Sebelum tu, saya nak bagitau korang syarat nak join giveaway ni pun senang je.


Giveaway ni dibuat sebagai tanda terima kasih kepada pembaca blog nabeelstories katanye. Saya malas nak cakap panjang lagi, terus je bagi korang baca syaratnya :

  1. Follow blog NabeelStories.com
  2. Buat satu entri bertajuk Samsung Digital Camera Giveaway by Nabeel Fikree
  3. Sila copy code yang telah disediakan dan paste pada ruangan HTML entry
  4. Tinggalkan link penyertaan pada ENTRY INI sahaja

Macam mana? Senang je kan? Saya join ni pun sekadar ingin mencuba nasib. Manalah tau kot2 terpilih dapat jugak posing depan kamera baru hari2. Hehee..


TARIKH TAMAT PENYERTAAN : 20 Jun 2013





Beginikah sikap pemandu pengangkutan awam di Malaysia??


Ada satu pepatah menyebut " kerana nila setitik rosak susu sebelanga"
maksudnya di sini kerana salah seorang, semua orang jadi terpalit dengan kesalahan tersebut.

saya merupakan pengguna setia pengangkutan awam. kalau di johor bahru anda hanya boleh naik bas tambang atau teksi sahajalah. erl, monorail, komuter memang hanya boleh mimpi. hampir setiap hari saya menggunakan pengangkutan awam terutamanya bas tambang.

kalau di Malaysia ni, jadual perjalanan bas memang tak kira masa. ikut suka hati pemandu bas. kadang-kadang saya menunggu hampir 30 minit baru bas tiba. agak leceh. tapi nak buat macam mana. tak ada pilihan. teksi pun bukan murah sekarang ni. tutup pintu sahaja cas RM3.00 dah pun dikenakan.

alangkah baiknya jika bas ada jadual tetap seperti di Jepun.

keselamatan penumpang merupakan keutamaan pemandu. tapi, saya tak rasa pemandu pada zaman sekarang mementingkan keselamatan penumpangnya. sebab apa?

pertama, bawa bas laju-laju macam nak pergi drift. walhal bas tu sarat dengan penumpang. bila pakcik bas brek mengejut, habis jatuh bergolek-golek semua orang. kedua, suka sumbat penumpang ramai-ramai dalam satu bas walaupun dah tak muat.. oh sangat geram bila kena berhimpit dengan lelaki. stress sekejap.

apa yang buat saya lagi geram ialah mengenai kejadian semalam. cerita betul. 100% terjadi betul-betul depan mata saya. ada seorang uncle cina ni baru naik bas. dia OKU. pakai tongkat ketiak (shoulder crutches) macam gambar kat bawah ni kanan and kiri


OKU means orang kurang upaya. adakah pakcik faham bahawasanya mereka harus diberikan perhatian yang lebih?? uncle tu baru nak jejak tangaa yang terakhir untuk turun engkau dah tekan minyak jalan. nasib baik uncle tu tak jatuh. sempat melompat and berdiri kukuh di atas tanah. jika seandainya uncle tu terjatuh and tergolek-golek atas tanah, siapa nak jawab??

menyirap sekejap  tenguk. time tu rasa macam nak berceramah je dengan pakcik bas tentang etika, budaya kerja, budi bahasa, sikap tanggungjawab sebagai seorang pemandu bas awam. rasanya pakcik kena pergi sekolah balik belajar perkara ni semula.


Saya tidaklah menyalahkan atau menganggap semua pemandu pengangkutan awam tidak berhemah. mungkin hanya sebilangan kecil sahaja yang bersikap sedemikian. ada juga yang elok, baik dan patuh arahan keselamatan. tapi, hanya sebilangan kecil sahajalah...
yang lain? hanya pentingkan duit tanpa mementingkan keselamatan penumpang yang dibawa.

alangkah bagusnya jika pemandu pengangkutan awam di Malaysia ini berhemah dan bersopan santun.

sekadar untuk renungan bersama. maaf jika ada menyinggung mana-mana pihak. saya hanya menyuarakan pendapat di atas perkara yang benar terjadi kepada saya selama ini.





Thursday 30 May 2013

Ceritaku yang hampir sama dengan kejadian Baginda Rasulullah...

Assalamualaikum dan selamat petang...

sila abaikan kasut buruk yang dah nak expired tu ye! tumpukan pada kucing comel ini sahaja. muehehe

nak dijadikan cerita semalam lepas balik dari kerja, saya singgah kedai dulu. duduk berbual dengan ayah sebelum tunggu adik datang ambil. bukalah kasut and duduk bersila atas kerusi panjang.

then tiba-tiba datang seekor anak kucing ni berlegar-legar kat kaki saya. tak sampai seminit dia dah bergolek-golek kat atas kasut buruk saya ni. sumpah comel!

saya hanya mampu senyum dan ketawa saja. sebab geli hati. kasut tu macam dah jadi tempat pembaringan yang selesa untuk "dia" pulak kan.


2 minit lepas itu.... tenguk "dia" dah tertidur dengan lenanya kat atas kasut saya



penatnya... orang lalu lalang pun dia tak perasan. 


tak sampai hati nak kejut "dia" bangun. at last saya tingal kasut dekat situ and balik pakai selipar adik. 

masa kejadian ini saya teringat tentang kisah junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W dan kucing yang tertidur di atas jubah baginda (betulkan saya kalau salah). Baginda memotong sedikit belahan lengan bajunya untuk tidak mengganggu tidur kucing tersebut.

menitis air mataku kerana dapat merasai nikmat sebegini. hanya sahaja benda yang tertukar dalam kisahku ialah sepasang kasut cabuk yang sudah tidak cantik bentuknya.... 

Subhanallah





Wednesday 29 May 2013

Wordless Wednesday #6

Maafkan di atas kesibukan bulan ini. nak update entry panjang berjela pun tak sempat... huhu.
unique view tak payah cerita la untuk bulan ini yer.. jatuh merundum. wahahaha. uv selama ni pun bukan banyak mana. kekeke.

jumpa gambar ini di Buku resepi (FB). sangat sedap dan menyelerakan... yummy!!!




kalau ada masa nanti bolah la cuba buat di rumah. 4 langkah mudah je pun!




Wednesday 22 May 2013

Wordless Wednesday # 5


enak di makan begitu sahaja!
lagi-lagi kalau tengah dok menghadap lappy or tv.
memang syiookk habissss.....



kegemaran anda??







Monday 20 May 2013

30 keajaiban selawat

Assalamualaikum :)

I'm back.. ooh yeaahh.. sebelum nak cerita tentang pengalaman 5 hari bekursus di Sg.Petani, alangkah indahnya kita mengetahui 30 keajaiban selawat yang selalu kita ucapkan :)

yang ini ros copy & paste daripada fb. semoga bermanfaat buat semua..

1) Sabda Rasullah SAW : Barangsiapa yang berselawat keatasku sekali, nescaya Allah akan turunkan rahmat keatasnya 10 kali ganda - (HR Muslim.)

2) Allah akan hapuskan dosa2 kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali setiap kali selesai menunaikan solat fardu. 


3) Jodoh ditentukan oleh Allah. Amalkan selawat 100 kali sehari, insya Allah akan dipermudahkan bertemu jodoh sama ada lelaki @ wanita.

4) Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat 7 kali pada air dan minum. Insya Allah, perut yang sakit atau memulas akan sembuh.

5) Sesiapa yang amal membaca selawat 3 kali setiap selepas solat 5 waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah.

6) Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insya Allah akan dikurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.

7) Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali setiap hari, dengan izin Allah dirinya akan lebih dihormati dan dihargai oleh orang lain.

Menurut Sayyid Ahmad Dahlan, sesiapa yang berselawat walau sekali pada malam Jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan Allah seperti yang dihadapi oleh para nabi.

9) Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, Insya Allah akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki, dan sebagainya dalm dirinya.

10) Sesiapa yang amalkan berselawat 1000 kali pada malam Jumaat, Insya Allah akan beroleh kebahagiaan samada di dunia mahupun di akhirat.

11) Amalkan selawat 11 kali tiap kali selesai solat fardu kerana Allah akan mengindahkan akhlaknya menjadi lebih disenangi di kalangan orang lain.

12) Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.

13) Sesiapa yang berselawat tak kiralah banyak mana hitungannya setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaanNya.

14) Amalan berselawat sebanyak yang mungkin setiap hari menjamin keselamatan hidup dan pertolongan Allah, lebih-lebih lagi pada saat kita menghadapi kesukaran hidup.

15) Menurut Syibab Ahmad, sesiapa berselawat 3 kali setiap selesai solat Subuh, Maghrib & Isyak, Allah akan menghindarkannya daripada sebarang bencana.

16) Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali setiap hari, Allah akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah.

17) Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan Allah akan segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNya.

18) Menurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipu daya syaitan yang melalaikan.

19) Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan Allah.

20) Sesiapa yang membaca selawat sebanyak 7 kali selama 7 Jumaat berturut2, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW.

21) Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari.

22) Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepas solat Asar pada hari Jumaat, InsyaAllah akan dihapuskan dosa2 kecil seseorang.

23) Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, Allah akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-sangka baginya.

24) Jiwa yang resah gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana Allah itu Maha Luas rahmatnya.

25) Ulamak berpendapat, sesiapa yang mengamalkan selawat saban hari tak kira berapa hitungannya, insya Allah dihindarkan daripada taun dan wabak penyakit berbahaya yang lain.

26) Membaca selawat 1000 kali selepas solat hajat 2 rakaat mampu menghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan Allah akan hajatnya.

27) Menurut para ulama, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah sebanyak 10 kali setiap selesai solat Maghrib.

28) Para Ulamak berpendapat, Allah akan sempurnakan hajat yang baik dengan sentiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, diikuti dengan usaha yang berterusan.

29) Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadaku sebanyak 100 kali pada hari Jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya - HR Abu Naim.

30) Sabda Nabii SAW: Barangsiapa berselawat kepadaku 10 kali pada waktu pagi dan 10 kali pada waktu petang tiap hari, ia akan beroleh syaafaatku pada hari kiamat - HR Thabrani







Saturday 11 May 2013

Johor Bahru to Sg.Petani 7 jam je??

Assalam....

Alhamdulillah selamat sampai di Sg.Petani pukul 6.30 pagi tadi. sangat awal! orang pun tak ada lagi.

sebenarnya ini kali pertama ros menjejakkan kaki di negeri Kedah. so tak tahu sangat berapa jam sebenarnya dari JB ke Kedah. mengikut perkiraan orang sekeliling, ambil masa dalam 9 or 10 jam.

tapi....

ros sampai sini dalam masa 7 jam je! macam tak percaya je. laju betul drebar bas tu pecut. dahlah dia tak berhenti dekat mana-mana R&R. nasib  juga la dia ada berhenti kat stesen minyak. dapat juga berlari ke toilet. kalau tak mau batu karang lepas balik daripada kursus ni. haha.

semoga semua aktiviti di Kedah ni berjalan dengan lancar dan sempurna. amin. rindu nak blogwalking. tapi terpaksa hadkan selama seminggu. jadual mungkin padat.... kot??

bye bye....

salam!








Friday 10 May 2013

New Blogbuster Campaign!

Assalamualaikum dan Salam Jumaat!

Dari semalam sampai petang ni mengemas tak siap-siap... esok (11/05) sehingga khamis (16/5) akan berada di Sg. Petani, kedah untuk kursus.

yeaahhh,, kursus lagi. memang best kalau pergi kursus sebab tak yah pergi kerja. muehehe. gurauuu. (kalau tak kerja macam mana gaji nak masuk kan). yang tak bestnya adalah time mengemas baju. tak suka packing...!

bila mood malas nak mengemas datang, memang sangat bagus buka laptop, cucuk broadband and blogwalking! sangat ohsemn. rasa macam........ (sila sambungkan sendiri) hihi

lepas tu bukak nuffnang. macam biasa la, nak tenguk UV and mana tau duit dah bertambah ke kan. mau untung boleh cashout terus (harapan) haha

tup2 tenguk proposed blogbuster campaign dah bertambah lagi!
ohh macam tak percaya je. masuk ni, dah 5 kali pihak nuffnang bagi blogbuster campign. tapi tak ada 1 pun yang Ros join. huhu.

keinginan nak mencuba buat video tu ada. tapi tak berkesempatan je sebab kesuntukan masa dan kesibukan yang teramat.

blogbuster terbaru adalah mengenai what is project C?

umm ros pun tak tahu apakah itu project C.bleum habis baca. deadline pada 16 may 2013. tak tahu sempat ke tak nak upload sebab kena kursus selama seminggu di Kedah.




thank you nuffnang sebab selalu invite ros untuk join blogbuster campaigns ni!
patut mencuba satu hari nanti....

salam! nak siap-siap pergi stesen bas.






Thursday 9 May 2013

Mayat di Dalam Kubur


suatu hari nanti.. kita semua akan tidur di sini.. tempat sementara sebelum kiamat.. tempat sementara sebelum ditempatkan di suatu tempat yang kekal, yakni syurga atau neraka.

Tiap-tiap Yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. ketika itu sesiapa Yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka Sesungguhnya ia telah berjaya. dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi Segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang Yang terpedaya.
(Surah Ali Imran 3:185)







# copy & paste daripada facebook :)

semoga bermanfaat







Segmen: Jom blogwalking jom..!

Assalamualaikum... Segmen ke....??? 

 err tak tahu ke berapa yang di join pada bulan mei ini!



Bagus juga paly buat segmen ni.. almaklumlah,, ada orang tu kan baru tukar url blog.... habis lari semua pembaca ku (perasan sangat!) hehe....

jom blogwalking kat blog ni sebab kita dapat tingkatkan followers, naikkan pageviews dan dapat tambah kenalan baru walaupun tak ada hadiah yang super gempak disediakan.

paly buat 3 hari je. tamat pada 12 mei 2013 pada pukul 11.59 malam.

psstttt..... nak camera macam paly juga boleh tak? smart. hehe






Happy Thursday!

Assalamualaikum....

Acha Septriasa cakap berdua denganmu,,, pasti lebih baik..... aku yakin itu!

Tapi Ros rasa bertiga lebih baik kot... ohh yeaahhhh!



Kerja ohh kerja...

Pejabatku Syurgaku!  Happy Thursday :)




Simple Giveaway by Nabeel Fikree



Assalamualaikum.


Terima kasih bebanyak kepada mereka semua yang dah sudi jadi sponsor untuk Simple Giveaway by Nabeel Fikree untuk kali ni. Giveaway kali ni dinamakan sebagai Simple Giveaway sebab hadiahnya simple je. Tak lah banyak mana meletop vavavoom pon hehe. Harap mendapat sambutan dari korang sebab senang je nak join. Guna cara kopi dan pasta je!


Simple Giveaway by Nabeel Fikree


Harap giveaway ni akan mendapat sambutan dari korang. Alang2 kan, bila dah baca tu teruslah join hihi. 


SYARAT-SYARAT :

  1. Follow blog NabeelStories.Com dan jangan lupa follow blog sponsor jugak!
  2. Buat satu entri bertajuk Simple Giveaway by Nabeel Fikree
  3. Sila copy kod yang telah disediakan dan paste pada ruangan HTML entry.
  4. Tinggalkan link pada ENTRY INI sahaja!


NAK TAHU SENARAI HADIAH?
NAK JOIN? JOM KLIK SINI !




Tuesday 7 May 2013

Terima Kasih daun keladi Nabeel Fikree!

Assalam...

guruh, petir berdentam-dentum kat sini (johor bahru). tapi aku tetap gagahkan jua misi mencari dan menjejaki how to redirect old url to a new url...

old url : http://karipapkensar.blogsot.com
new url : http://rozeath.blogspot.com

eceh2..dulu kau juga yang menyibuk nak tukar url segala bagai. sekarang ni rasakan kesusahannya. (memang susah yang amat pun) buahaha. dah kenapa aku gelak sorang2.. erkk???

ok, berbalik pada tajuk di atas... punyalah penat godeh sana sini.. dari satu site ke satu site yang lain. lepas tu bukak search preferences dengan harapan boleh redirect terus ke url baru. tapi hampeh,, tak boleh. pelik jugak kenapa tak boleh kan..



tiba-tiba teingatkan NABEEL. mana tau dia boleh tolong kan... nasib baik ada alamat email kat blog dia. apa lagi, dengan gelojohnya aku anta mesej dekat dia. tup2, tak sampai 10 minit, nabeel da reply balik. cepatnya!!


Nabeel cakap memang tak boleh redirect. so, tak payah susah2 lagi cari kan how to inilah itulah. lega sikit. kalau tak serabut je kepala den ni. xoxo.

kalau anda ada domain sendiri sahaja boleh redirect dari url lama ke url baru. aku ni pakai blogspot.com je. tak yah nak verangan sangat lah nak redirect automatic bagai ni. muehehe.

terima kasih sangat-sangat NABEEL :) salah satu kebaikan blog. boleh jalin silaturrahim walaupun tak pernah jumpa dan saling kenal dalam dunia maya.

blog nabeel sangat kemas, cantik, dan biruuuuuu! my favourite colour tu. tapi purple tetap menjadi pujaan hati. haha


jom terjah blog nabeel! :)


pssttt.. bagi sesiapa yang belum tahu akan kewujudan url baruku,, sila copy & paste, dan tepek kuat2 dalam blog masing2 yer.. hihi. gurau je





Sunday 5 May 2013

Demam Keputusan Tak Rasmi Bermula!

Assalamualaikum...


google image


Hati berdebar-debar sebab tak tahu siapakah yang akan menerajui Malaysia selepas ini. Saya rasa anda pun sama juga kan.... Macam-macam boleh berlaku. Apa yang saya boleh katakan, GE kali ini sangat sengit. Kalau tak, manakan wartawan luar sanggup datang ke Malaysia untuk buat liputan GE kali ini kan...

Memandangkan saya kerja shift malam ni, tak dapat la nak tenguk live undi di tv. Nasib baik jugalah ada live undi kat internet ni. kalau tak, mau menganga mulut tak tahu apa-apa berita. hehe. Sesiapa yang nasib sama macam saya juga, jangan risau boleh check laman di bawah untuk lihat keputusan tak rasmi.

http://live.undi.info/
http://www.myundi.com.my/livestreaming.aspx#myundi

Selamat menonton!

erkk... agak-agak esok dapat cuti umum tak?? hehe

# Ya Allah,,, menangkanlah kebenaran....






Segmen Blogger Paling Cool

Assalamualaikum . Alhamdulillah , semalam berlangsung pencarian sponsor , ramai juga , tapi ninaa terpaksa tapis beberapa orang sebab kalau boleh tak nak banyak syarat sangat kan . So . sementara menunggu Simple Giveaway yang akan tamat pada 18 Mei ini , Ninaa nak buat satu segmen , seminggu sahaja ^^

Syarat-Syaratnya ialah :
  1. Follow Blog Sponsor --> CikAkma , FatinSyaheera , Hidayah , Mimi
  2. Like --> 
  3. Follow Sini -->
  4. Buat satu entry dengan tajuk "Segmen Blogger Paling Cool"
  5. Copy Coding yang telah diberikan dan paste di HTML
  6. Pastekan URL Segmen anda di ruangan komen .
*Kalau tiada Twitter , its ok ^^


Senang je kan syarat nya :) So Hadiah-hadiahnya ialah :

  1. T-Shirt Running Man untuk seorang *saiz M
  2. Topup RM5 untuk 8 orang
  3. Topup RM10 untuk 2 orang
  4. Long Necklace untuk seorang
Lumayan tak hadiah tu ? InsyaAllah , akan ada pertambahan hadiah . Segmen ini tamat pada 11 Mei 2013 . Pemenang akan dimumkan pada hari esoknya . Klik Banner untuk join ^^

Simple Giveaway by Nina & Hani

Assalamualaikum , Alhamdulillah akhirnya terlaksana juga nak adakan Giveaway yang simple tetapi hadiah yang lumayan . Semoga GA ini berjalan dengan lancar dan semua dijemput untuk join . GA kali ini 2 blogger berkolabrasi bersama . Diyana Hani dan Mazelina Zaini .


Syarat-syarat :
  1. Follow Blog Mazelina , Diyana Hani  &  Sponsor (diperiksa)
  2. Buat Entry bertajuk Simple Giveaway By Nina dan Hani
  3. Copy coding entry yang telah disediakan dan pastekan di ruangan HTML & publish
  4. Like -->
  5. Letakkan URL Entry GA di ruangan komen Diyana Hani sahaja*
  6. Like page INI dan like INI jugak!

credit: Kak Mia Liana

Hadiah yang bakal dimenangi ialah :


  1. 3 Top Referral daripada blog MAZELINA & 3 Top Referral dari blog Diyana Hani - TSHIRT Running Man
  2. Seorang Pemenang bertuah dengan blog yang Cantik , Kemas , Menarik akan memenangi 1 Blouse Tribal & 1 Button
  3. 24 Orang Pemenang Cabutan Bertuah akan memenangi Tshirt Running Man
  4. Hadiah Saguhati kepada 4 orang blogger 

Jumlah hadiah : 34 Hadiah ^^

Syarat yang senang kan ? Jom Promote dan menjadi Top Referral . Hadiah tentu akan menjadi milik anda !
Pastekan URL GA hanya di entry Diyana Hani !

Wednesday 1 May 2013

Wordless Wednesday # 4

Assalamualaikum dan selamat hari pekerja!

Pilihan rabu pada kali ini ilah....

Tadaaaaaa~~~~




Birthday cake pada hari lahir yang ke 22 (6 april 2013)

Special cake.... why? bcoz my bestie yang bake this for me and ohhhh sungguh terharu yawww!