Friday 25 October 2013

Skop Kerja Pegawai Khidmat Pelanggan

Pegawai Khidmat Pelanggan atau lebih mesra dikenali sebagai Customer Service merupakan jawatan penting dalam sesebuah organisasi mahupun syarikat. Menagapa ianya penting? Hal ini kerana Customer Service merupakan cerminan hadapan atau individu pertama yang akan berurusan dengan para pelanggan sebelum bertemu dengan mana-mana pihak.



Peranan Pegawai Khidmat Pelanggan:

1) mengendalikan dengan cekap semua panggilan telefon.

2) melayani para tetamu atau pelanggan yang ingin berurusan dengan jabatan.

3) memberi penerangan mengenai perkhidmatan yang disediakan oleh jabatan.

4) membantu tetamu atau pelanggan yang menghadapi masalah sehingga isu berbangkit selesai.

5) memaklumkan dari masa ke semasa tentang aduan yang dilaporkan oleh pelanggan.

Terdapat dua bidang tugas utama Pegawai Khidmat Pelanggan. 

Pertama, sebagai petugas telefonis. Kebiasaannya mereka yang ditugaskan di bahagian ini akan menjawab segala pertanyaan dan aduan pelanggan melalui telefon. atau lebih dikenali sebagai petugas dalaman. Contoh mudah ialah MOCC.

Kedua, sebagai petugas kauter. yang ini biasanya kita lihat akan berada di hadapan kaunter jabatan untuk melayani segela pertanyaan yang diajukan oleh pelanggan. dan petugas kaunter lebih bersifat luaran dan perlu menghadapi pelanggan secara face-to-face. 

Nah, nampak mudah bukan kerja Pegawai Khidmat Pelanggan? sebab nya bidang tugas cuma berkisar waktu kita bekerja sahaja. luar waktu bekerja, kita tak perlu fikir tentang kerja-kerja pejabat yang belum disiapkan lagi. 

Tugas Pegawai Khidmat Pelanggan ni bukan kerja mudah. Bukan mudah nak deal dengan orang lain. susah nak agak mood orang macam mana pada waktu itu. selalu kena marah dengan pelanggan walhal sebab salah faham kecil sahaja. kena maki dan caci itu sudah jadi perkara biasa. dan banyak lagi rintangan yang lain. sebab itu bukan calang-calang orang boleh dapat kerja ni. bukan tangkap muat sahaja. ada beberapa stage yang perlu difahami dan dipelajari secara mendalam agar kita tidak terbeban dengan tanggungjawab yang diamanahkan.

Jam kerja Pegawai Khidmat Pelanggan. Pada mulanya saya tak tahu. ingatkan kerja office hour macam biasa. yelah siapa sangka jawatan ni ada shift malam. sejak dipindahkan ke unit kecil daripada MINDEF, tercengang sekejap apabila diberitahu jam kerja saya tak sama dengan jawatan lain. 

Kalau di unit saya ada 5 shift kesemuanya. A, B, C, D dan E.

i) A (7am-1pm)

ii) B (8am-5pm)

iii) C (1pm-7pm)

  iv) D (7pm-12am)

   v) E (12am-7am)

Jadual akan dibuat oleh penyelia dan akan di rotate setiap 2 minggu sekali. Oh btw, kami dapat cuti seminggu sekali sahaja. itupun tak menentu. kadang dapat weekend. kadang dapat weekdays. sebabnya kami kerja 6 jam sehari melainkan kalau kena buat overtime. that's why cuti seminggu sekali sahaja.

Tidak semua jabatan kena kerja shift. kawan saya di Jabatan Latihan Khidmat Negara still bertugas macam biasa. (8 am-5 pm). depends pada unit yang ditempatkan mengikut keperluan.


ramai juga yang pertikaikan. jawatan ni kerja senang je. gaji sama dengan jawatan lain.

tapi tahukah anda banyak yang perlu kami korbankan?? public holiday kena kerja (walaupun gov), kalau ada orang cuti tiba-tiba kami kena ganti (overtime), kalau dipanggil kerja tiba-tiba kami kena datang, tiada masa hujung minggu seperti orang lain, dan kena kerja ikut shift. and kalau macam saya pula kena korbankan masa untuk pergi kelas. kalau kena kerja, terpaksa skip class for that day. sebab itu jangan mudah pertikaikan kerja orang lain jika tak tahu skop kerja yang sebenarnya :)

Kesimpulannya, kerja Pegawai Khidmat Pelanggan ni sebenarnya mudah jika kita pandai adaptasi  dengan masyarkat dan suasana sekeliling :)

p/s: sila baca dari awal hingga akhir jika nak tahu skop sebenar kerja ni. jangan skip ok :P




26 comments:

budakbandunglaici said...

BBL pernah kerja jadi chashier kat watsons & mcd. even cashier a part of customer services. kerja shif tu biasalah bagi mereka yg pernah kerja shif

Anonymous said...

mcm keling je karangan ko

mrs eyza said...

saya jugak PKP...org kata ini kerja yg paling tak ada kerja tapi di sebaliknya hanya kita yang tahu...hihi

Unknown said...

AdOoii...ambo sekarang POLIS,tugas Balai...dapat panggilan PKP niey...rasa mcm xnak dah polis nak run gi PKP niey...tapi tgok jalan kerja macam lebih kurang POLIS tugas GD Balai jaa..ada syif ni yg den lemahh niek..mohon pencerahan pleaseee...

Anonymous said...

Terima kasih atas pencerahan yang panjang lebar....saya adalah sorg penyelia (keje bdn beruniform) yang memantau tugas2 PKP ni....bukan mudah nak wat keje PKP ni...korang melawan pelanggan..korang dpt surat tunjuk sebab..korang kena marah..korang angguk jek..tapi PKP ini the best laa..ayat lembut jek...manis jek...hahaha....

roslita thalib said...

mrs eyza: bertugas di unit mana tu? haaa,, tahu tak apa! hanya PKP sahaja yang memahaminya. hehe

roslita thalib said...

hazig: ada juga jabatan yang tak kena shift. ikut tempat awak lapor diri nanti. kalau dapat shift juga, ikut jelah. nak buat macam mana. hehe.

roslita thalib said...

anonymous: terima kasih kerana sudi melawat :)

Calon PKP Bakal Ditemuduga said...

Aku baru je dapat surat temuduga PKP tapi dalam dunia sebenar jarang bergaul atau berjumpa mahupun bercakap dengan orang .. tiba tiba je dapat surat temuduga PKP. Nampak macam mencabar tahap antara hidup dan mati je ni. Ade nasihat atau pandangan and pendapat tak cik Rosita?

roslita thalib said...

Calon PkP: hehe yeke. urmm,, sebelum temuduga, buat persediaan yang lengkap. paling penting, belajar cara berkomunikasi dengan baik. cara menjawab soalan dan cari info berkaitan kerja yang dipohon.

dalam blog saya, ada beberpa panduan temuduga dan pengalaman temuduga PKP. kalau ada masa, cik boleh rujuk untuk memberikan sedikit gambaran :)

Unknown said...

ahhh..saya ada interview pkp 18 dec ni..under DBKL..wish me luck,kalau boleh nak tips2 yg membantu..

mahirah said...

saya dah iv pkp 15hb dis yg lepas. nak tanya dlu awk iv pkp ni brapa lama? mmg dh ada pengalaman keje khidmat pelanggan ke sbelum ni?

Unknown said...

Saya ada interview PKP 11 April ni
..doakn sya brjaya...under suk ..klau blh kongsi la sikit tips2 yg mmbntu..tq :)

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Salam sis... Sy nak tny.. Sy dpt interview pkp di kementerian pelajaran di putrajaya. If dpt kerja pkp , di posting tempat kite interview tersebut ke??

Syafiqah S. Rsli said...

Hakikat setiap pekerjaan hanyalah diketahui oleh orang-orang yang bekerja di setiap bidang pekerjaan tersebut. Bagi saya bila baca deskripsi tugas khidmat pelanggan, orang kata ih mcm senang ja, x prlu buat akaun tue. Angkat call, jwb call, jwb email, trima email tp alahai kdg kala phrase "Customer is always right" (Tmbhan lagi no matter what) memang take a toll on org yg bekerja di dalam sector ini. Jangan kata 10 pelanggan, seorang pelanggan tiba2x complain, dh kena marah, tpi hanya mampu diam membisu, hati menahan sabar, dan sebak walaupun kadang kala ada complain tue lahirnya dari miscommunication sahaja. Kadang kala, tiada siapa yg tahu kecuali yang bekerja dalam perkhidmatan pelanggan, masa dgn untuk diri sendiri dan family dikorbankan.

Syabasss sisss for ur work. Semoga tabah mengharungi cabaran pekerjaan dan hidup.

yanmaneee said...

michael jordan shoes
retro jordans
nike air max 95
christian louboutin shoes
hermes handbags
jordan 11
golden goose sneakers
yeezy shoes
vapormax
air max 270

Kintang kintung said...

Yah..sama jugak aku...tp aku nk aply keje ni sbb nak paksa diri improve social skill...tp tula tatau mcm mane nak aply..bole minta penjelasan ?

roslita thalib said...

@kintang kintung : apply melalui website spa8i
https://putra12.spa.gov.my/spa8new/login.jsp

... said...

TQ 4 sharing

... said...

TQ 4 sharing

jasonbob said...

canada goose
supreme outlet
golden goose
paul george shoes
balenciaga sneakers
jordan 13
bape outlet
stone island jacket
ggdb
curry shoes

Unknown said...

Nak tanya bolih ke pkp ambil EL 2 hari atas alasan masalah famili.

Anonymous said...

mana-mana jabatan terutama gov kalau EL atas alasan masalah famili tidak dibenarkan atau tidak lulus.kecuali atas alasan ada kematian keluarga terdekat.biasa kalau masalah famili lebih baik mohon cuti.

Unknown said...

joy replica bags review replica bags online shopping india replica bags from turkey

Anonymous said...

steph curry shoes
kd shoes
air jordan
yeezy boost 350
off white t shirt