Friday 25 October 2013

Antara Isi Bajet 2014

Tidak berkesempatan untuk menonton secara terus isi pembentangan bajet 2014 yang diumumkan oleh PM pada hari ini. Hanya berkesempatan untuk melihat post yang di update oleh blogger lain. Nasib jugalah ada utusan online.

Antara isi bajet 2014 yang diseneraikan oleh utusan ialah:

1) Subsisdi gula bakal dimansuhkan berkuat kuasa esok.

subsidi gula sebanyak 34 sen akan dimansuhkan oleh kerajaan memandangkan kes diabetes semakin meningkat di negara kita. Saya tidak tahu nak komen apa. Tidak pasti sama ada ianya langkah bijak dalam mengurangkan jumlah pesakit diabestes di negara kita atau pun merupakan satu beban lain yang terpaksa ditanggung oleh rakyat. yang pastinya, harga air di restoran dan kedai makan bakal meningkat secara mendadak selepas ini. Sama-samalah kita nantikan perubahan bijak melalui perlaksanaan ini.

2) Bonus setengah bulan gaji bagi penjawat awam.

Alhamdulillah, saya dapat merasa bonus ini memandangkan bekerja di bawah sektor kerajaan. katanya, pemberian bonus akan diberikan mulai Januari 2014. bonus ialah setengah bulan gaji ataupun minimum RM500. pesara kerajaan juga mendapat manfaat RM250 melalui bajet kali ini. Walaupun bonus tak sebanyak di sektor swasta, at least ada daripada tak ada langsung. Syukur Ya Allah.

3) BR1M dinaikkan kepada RM300 dan RM650

tahun lepas, bujang dapat RM250. bajet 2014, bujang dapat RM300. begitu juga isi rumah. naik daripada
Rm 500 kepada RM650. tapi, tak semua merasa. sebabnya had pendapatan bulanan ialah RM3000. bak kata rakan-rakan saya yang bekeluarga di office, BR1M ni cuma golongan pendapatan rendah dapat. yang kaya memang tak merasa. tapi, golongan yang pendapatan sederhana tak dapat manfaat apa-apa. walhal, gaji mereka setiap bulan tidak cukup menampung perbelanjaan untuk ahli keluarga. walaupun suami isteri bekerja. dengan barang yang semakin meningkat lagi. kesian pula memikirkannya.

4) 223,000 rumah mampu milik bakal dibina mulai tahun hadapan

perkara ini dilaksankan lantaran harga rumah di Malaysia naik mendadak. memang tak mampu nak beli rumah sendiri apatah lagi di Johor Bahru. rata-rata rumah di JB beharga RM250,000 ke atas. sangat mahal sebab JB dekat dengan Singapore (katanyalah). melalui bajet 2014, kerajaan akan laksanakan rumah mampu milik secara berperingkat. rumah PPR (program perumahan rakyat) dijual antara RM30,000 hingga RM35,000 seunit di semenanjung Malaysia. Bagi Sabah dan Sarawak harganya berada dalam lingkungan RM40,500 seunit. Rumah Mesra Rakyat (RMM)  juga diperkenalkan. Dijual antara RM45,000 hingga RM65,000 seunit. 

5) Bantuan yuran taska RM250 sebulan

Ibu bapa yang berpendapatan RM900 dan ke bawah layak, yang menghantar anak ke taska swasta yang berdaftar dengan JKM layak mendapat bantuan RM250 sebulan untuk membayar yuran taska.

6) GST akan dilaksanakan mulai 1 April 2015

Cukai barang dan perkhidmatan (GST) bakal dilaksankan pada kadar 6% bagi menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan. Sistem cukai ini lebih adil. menyeluruh dan memberi manfaat kepad semua rakyat, kata PM. bahan makanan asas seperti gula, tepung, beras serta bekalan paip air dikecualikan daripada GST. begitu juga dengan perkhidmatan pengangkutan, tol lebuh raya, pelajaran serta perkhidmatan kesihatan tidak akan dikenakan GST.

7) tindakan sewajarnya jika salah guna subsidi

8) jawatankuasa khas siasat salah laku penjawat awam

9) RM239 juta untuk pembangunan sukan


berita lanjut boleh layari utusan online. banyak info yang boleh kita baca termasuk intipati bajet 2014. Tema Bajet 2014 ialah "MEMPERTEGUH KETAHANAN EKONOMI, MEMPERKASA TRANSFORMASI DAN MELAKSANA JANJI"

jom kongsikan pendapat anda...



1 comment:

budakbandunglaici said...

kena kurangkan minum air manis la.. lagi pun semua makanan yg guna gula mesti kena tempias naikkan harga lepas ni.