Saturday, 12 October 2013

Disapa Amoi untuk buat Kutipan Derma

Blur kejap... tak tahu nak letak tajuk apa dalam entry kali ini. puas memikirkannya... at last, tajuk kemudian, isi  dahulukan....

Semalam ke Jusco Bukit Indah, Johor selepas balik dari tempat kerja. biasalah orang perempuan kan... suka sangat window shopping. padahal ke situ semata-mata nak pergi Daiso! haha. kalau borong sampai rm100.00 takpelah jugak. rasa macam boleh dimaafkan sebab bukan dekat dari rumah aku ke Bukit Indah. ini tak, aku cuma beli kain felt 2 helai bersamaan RM10.00. membazir minyak betul! erkk.. salah membazir gas sebab member pakai NGV. hihi

da puas meronda satu jusco, ehh tetibe perut ni lapar. apa lagi, misi seterusnya ialah menyerbu food court jusco untuk mengisi perut. aku order mee bandung and member pulak makan chicken chop. masa suapan pertama, eh boleh pulak ada seorang amoi ni tegur kitorang. aku tersangatlah pelik. hoho. nak kata member sekolah dulu, bukan. sebab aku memang cam lagi muka-muka kawan cina aku.

selepas perkenalkan diri, amoi tu cakap dia sukarelawan dari pusat kebajikan xxx dekat pulau pinang. datang jb sebab nak cari derma untuk pusat kebajikan mereka lah. amoi tu sorang, tak ada orang lain teman dia. belum habis mukadimah amoi tu, tetibe guard jusco datang kat meja kitorang and tanya amoi tu apa yang dibuat. guard tu suruh dia beredar and tak benarkan dia jalankan aktiviti haram dia kat jusco. fuhhh.... masa tu aku tersangatlah lega. terima kasih abag guard sebab tolong "halaukan" orang tu. huhu.

aku bukannya apa. aku tak adalah kejam sangat or tidak berperi kemanusiaan. tapi kes macam ni da banyak sangat berlaku. sampai kadang-kadang aku sendiri tak boleh peracaya. dah banyak kali terkena dengan orang-orang minta derma untuk pertubuhan mereka. mula-mula aku tak tahu, aku pun bagi jelah duit kat mereka-mereka tu. sebab aku ni jenis baik hati and lembut sangat. tak sampai hati kalau tak hulur seringgit dua.

tapi,,, bila kes macam ni da banyak sangat terjadi kat aku.. aku mulalah buat penyiasatan terperinci. aku ada terbaca satu post dekat Facebook hari tu. katanya, kalau ada orang yang minta sumbangan daripada kita untuk pertubuhan kebajikan mereka, orang tersebut kena lampirakn surat kebenaran daripada pihak polis untuk meminta derma dan surat daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat. kalau tak ada dua tu, maknanya dia membuat kutipan secara haram lah.

sila layari laman web jkm untuk maklumat lanjut http://www.kpwkm.gov.my/faq

aku percaya orang Malaysia memang tersangatlah baik hati sampai bagi je duit kat mereka tu. kalau tujuan dan duit yang diterima itu disalurkan kepada tempat yang betul, aku sangatlah tak kisah nak hulurkan. tapi takut, duit tu dibawa ke tempat lain dan dipakai untuk kegunaan sendiri. huhu.

so, sebelum nak bagi duit kat orang macam ni, alangkah baiknya jika kita berfikir dua kali. bukan tak boleh menderma. dalam Islam pun, kita sangat digalakkan untuk bersedekah. tapi kalau nak bersedekah pun ragu-ragu, kan tak best. duit habis, pahala pun tak dapat sebab kita tak ikhlas. kalau betul nak bersedekah, pergi sendiri ke Pusat-pusat kebajikan tu secara langsung and bagi direct kat pengurusan dia. barulah puas hati :) tak ke gitu...

actually, entry ini ada sambungannya. dua cerita dalam satu tempat yang sama. kejap lagi update.

No comments: