Tuesday 30 April 2013

5 Tips Kekal Sihat & Cergas

Assalamualaikum...

Kadangkala keletihan, kesibukan, stress, dan tekanan emosi menyebabkan kita seringkali mengabaikan tanggungjawab untuk menjaga kesihatan. Walhal, ia merupakan aspek paling penting dalam melakukan aktiviti seharian. Kalau sakit, nak update blog pun malas kan!  hihi.

Tips di bawah ni bukan golongan wanita sahaja boleh amalkan, lelaki pun boleh juga. Tak payah keluar modal pun! Simple. Hanya keluarkan tenaga anda sahaja.

Tip 1 : Banyakkan Minum Air

Kuantiti air yang diperlukan oleh seseorang sebenarnya berbeza-beza mengikut aktiviti yang kita lakukan. Kalau orang yang rajin bersukan mungkin mereka akan minum lebih banyak. Bagi orang dewasa normal, 8 gelas sehari pun dah cukup. Tapi jangan sesekali mencuba perkara ini yer (pergi McD dan minta refill air gas sampai 8 kali sebab nak cukup kan kuota 8 gelas!) mau kejung perut anda nanti. tak pasal2 van ambulans yang datang. muehehe. Sebaik-baiknya minumlah air masak. Kan lagi sihat. Jimat duit dan tenaga.








Tip 2 : Makan Buah-Buahan dan Sayur-Sayuran





Bab ni yang ramai yang tak suka makan kan. Sebab apa? sayur tak sedaplah,pahit,payau,tawar dll (aku pun tak suka juga sebenarnya). Apa yan anda boleh buat ialah cuba masak sayur kegemaran anda. (tak kan semua sayur pun anda tak makan kan). . Sayur dan buah kaya dengan serat dan anti oksidan yang berupaya menyembukan luka dan membaiki sel kulit mati.
                                                                   



  

Tip 3 : Tidur yang Cukup

Tidur yang cukup ialah 8 jam sehari. Tapi saya selalu tidur kurang daripada tu sebab banyak kerja yang perlu disiapkan. Sebab tu kulit muka kusam dan tak berseri je. hehe. Kalau nak kulit cantik berseri-seri, ceria dan segar, tidurlah cukup-cukup ye... Tapi jangan overdose pulak. Bukan tambah sihat, tambah penyakit adalah!







Tip 4 : Bersenam

Siapa suka senam sila angkat jari :P ok, ni aktiviti yang dah lama saya tinggalkan. erkk berbulan jugalah Sebenarnya bersenam boleh membuatkan kita nampak awet muda sebab kulit akan lebih sihat dan halus.  Peluh yang dikeluarkan semasa bersenam dapat membuang toksin dalam badan. Semakin kerap kita bersenam, maka semakin banyak toksin yang akan dikeluarkan.






Tip 5 : Elakkan Merokok
Asap rokok dapat mempercepatkan proses penuaan kerana asap tadi akan menyerap kandungan oksigen pada kulit dan melambatkan pembentukan sel-sel baru. Lama kelamaan muka akan menjadi pucat dan garis halus semakin bertambah.Stop smoking! Selain dapat menyihatkan badan, ianya juga merupakan salah satu langkah berjimat cermat.
                                                                         




Gambar yang diambil semua merupakan sumber daripada google image.


Nak sihat dan berseri-seri sepanjang hari? Jom amalkan tips di atas :)
Semoga bermannfaat...




1 comment:

Munirah Rafiuddin said...

mmg teringin lakukan semua tu tapi kadang2 bab bersenam & tidur tu xmampu nk di capai...busy ngan keje smpi tidur xpernah cukup! bersenam lak setahun ntah brp kali je wat...hehehehehehe

~Admin : QasehMuslimah-Munirah~
http://qasehmuslimah-munirah.blogspot.com