Thursday 16 August 2012

5 kemahiran perlu dikuasai ketika memohon kerja

Siswazah peringkat tinggi merupakan aset yang sangat beharga kerana mereka merupakan tonggak dalam memacu kejayaan dan kegemilangan negara. Setiap individu berlumba-lumba untuk mendapatkan segulung ijazah. Hal ini kerana semakin tinggi tahap pendidikan seseorang, maka semakin tinggi jugalah taraf hidupnya.

Namun perkara yang membimbangkan ketika ini ialah ramai siswazah sama ada lulusan dalam negara atau luar negara tidak mendapat pekerjaan sejurus  menamatkan pengajian. Walaupun sudah pelbagai temuduga jawatan yang mereka hadiri tetap sahaja penerimaan mereka ditolak. Walhal sijil-sijil yang dilampirkan sudah cukup membuktikan bahawa mereka mempunyai kredibiliti yang tinggi untuk bekerja. Hal ini sudah tentu memberikan tekanan kepada bakal siswazah pada masa hadapan. Mungkin juga anda pernah merasainya sendiri betapa susah dan payah mencari pekerjaan yang sesuai dengan kelulusan yang dimiliki.

Di manakah silapnya? Mungkin itu yang selalu terlintas di fikiran kita. Lama kelamaan kita juga yang stress untuk mencari kerja.
google image.
Kuncinya hanya satu iaitu "KEMAHIRAN". Adakah kita mempunyai 'kemahiran-kemahiran' yang dicari oleh  para majikan? kita mungkin beranggapan majikan terlalu memilih ketika merekrut pekerja baru. Namun inilah hakikat yang harus ditelan bahawa siswazah yang mempunyai kemahiran 'luar biasa' lebih diutamakan berbanding calon-calon yang lain.

Terdapat pelbagai kemahiran yang perlu dikuasai oleh para siswazah. Tetapi, ini semua bergantung kepada jawatan yang kita pohon. Sebagai contohnya jika kita memohon untuk jawatan tukang kayu, seharusnya kemahiran bertukang perku dikuasai dengan cemerlang. Jangan pula kemahiran bertukang itu dipraktikkan ketika anda memohon jawatan eksekutif pentadbiran. Sememangnya tidak relevan. Kemahiran yang kita perolehi biarlah seimbang dengan jawatan yang kita inginkan.

Di bawah disenaraikan 5 kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh lepasan siswazah dan bakal siswazah. Kemahiran ini perlu diaplikasikan tidak kira jawatan yang dipohon.

1) KEMAHIRAN KOMUNIKASI

Secara amnya, komunikasi merupakan satu proses di mana pengahantar dan penerima mesej akan berkongi makna (maksud dan tujuan). Tanpa komunikasi yang berkesan sesuatu maklumat tidak dapat disampaikan secara telus dan tepat. Berdasarkan Kajian Gaji untuk Eksekutif yang dikeluarkan oleh MEF, 68% syarikat meletakkan kemahiran komunikasi sebagai kriteria pertama yang dilihat di dalam diri calon. Justeru, kita perlu mempertingkat kemahiran komuniksi sama ada dalam bahasa melayu, bahasa inggeris, dan bahasa ibunda ketika berinteraksi mahupun dalam penulisan. Keyakinan diri juga pelu dipamerkan ketika menjawab soalan daripada panel penemuduga. Jangan tergagap-gagap pula kerana perkara ini  menggambarkan ketidak yakinan jawapan anda. Yakinkan para majikan yang anda layak untuk bekerja di syarikat mereka melalui hujah-hujah yang bernas.
google image



2) KEMAHIRAN INTERPERSONAL
Interpersonal skills atau juga dikenali dengan kemahiran insaniah merupakan kaedah yang paling tepat dalam menyelamatkan serta meningkatkan kebolehpasaran anda dalam dunia pekerjaan. "inter" merupakan dalam. Jadi, interpersonal skills merupakan kemahiran dalaman yang kita miliki seperti komited, berwawasan, inovatif, mampu menyesuaikan diri dengan persekitaran pekerjaan dan lain-lain lagi. Interpersonal yang menawan membolehkan pekerja berfikiran secara lebih positif dalam menyelesaikan masalah.   

3) KEMAHIRAN TEKNOLOGI MAKLUMAT (ICT)

Adakah anda mahir menggunakan komputer, meyusuri laman sesawang, memproses data seperti Microsoft Word dan Office? Kalau jawapan anda YA, bermakna anda sudah menepati salah satu ciri yang dicari oleh para majikan. Hal ini kerana kemahiran ICT sangat diperlukan dalam menambah kecekapan para pekerja serta merupakan mekanisme dalam melancarkan sistem pentadbiran syarikat. 

4) KEMAHIRAN BERFIKIR

Kemahiran Berfikir secara Kritis dan Kreatif (KBKK) merupakan dua domain dalam berfikir. Hal ini dapat menilai tahap kecelikan seseorang individu dalam sesuatu perkara. Oleh itu, individu perlu mengetahui kejadian semasa yang berlaku di sekeliling kita kerana sesetengah penemuduga suka mengajukan soalan di luar kotak pemikiran kita. Kemahiran ini juga penting apabila kita sedang menyelesaikan sesuatu masalah mahupun ketika mengeluarkan idea-idea bernas dalam memajukan organisasi yang dinaungi. 

5) KEMAHIRAN USAHAWAN

Kemahiran ini tidaklah setanding dengan kemahiran-kemahiran lain yang disebut di atas. Namun, jikan kita lihat pada hari ini kebanyakan syarikat mahupun organisasi melakukan transaksi bisnes dalam setiap pelosok. Hal ini termasuklah menjual perkhidmatan, produk, barangan dan sebagainya. Majikan suka mencari para pekerja yang mempunyai inovasi yang tinggi sama ada short-term atau long- term.  Kemahiran ini bukan bermakna anda perlu berfikir seperti seorang entrepreneur. Mengetahui perkara asas sudah memadai untuk meyakinkan para majikan terhadap matlamat kita. 

Kemahiran-kemahiran yang dinyatakan di atas merupakan pandangan dan pendapat bernas yang boleh dikongsi agar kita mendapat sedikit input sebelum mengahadiri sesuatu interview. Secara umumnya terdapat banyak lagi kemahiran daripada itu. Tidak semua kemahiran perlu dikuasai. Tetapi adalah baiknya kita menunjukkan kepada para panel penemuduga bahawa kita mempunyai lebih banyak kelebihan berbanding calon yang lain. Jika sesetengah calon mempunyai 2 kemahiran, kita pula suadh ada 3. Kebarangkalian untuk mendapat pekerjaan akan menjadi lebih tinggi. Namun perlu diingat, KEMAHIRAN TERSEBUT hanya perlu bila kita memohon jawatan yang tinggi dan berkepentingan. 

Kesimpulannya, kemahiran mecerminkan keperibadian. KENAPA?  Hal ini kerana melalui keperibadian kita dapat melihat kesungguhan dalam mencari pekerjaan, kesanggupan menguasai kemahiran, kesediaan memperbaiki kelemahan serta keupayaan meningkaktkan prestasi ke arah lebih gemilang.  


Roslita A.Thalib





6 comments:

bb said...

kunjungan balas dari azwa :)

thank you for your visit dear!

Unknown said...

sya suda berapa kali interview tp until now belom dapat -__-

singgah balas kunjungan sini :)
follow~

roslita thalib said...

hai michelle :) selamat berkenalan.jangan berputus asa ya. mungkin ada kerja lain yang lagi sesuai dengan kamu.saya pun pernah menghadapi situasi sama. hehe.rasa macam frust aja kan. lepas ini boleh la kita bertukar cerita mengenai kerja pulak :D

Hanna said...

Yeahh! Hanna datang membalas kunjungan =))

tapi Hanna memang setuju dengan kurang soft skills la buatkan graduan kita kurang laku. huhu

sury said...

susah ke ?Wann penah interbiu sekali je...=P

Miss Za said...

nice info.. di UiTM ada kemahiran insaniah yg mana tujuan dia utk tingkatkan soft skills ni la..