Thursday, 24 April 2014

Panduan Menghadiri Temuduga

Apa itu Temuduga

Temuduga merupakan satu sesi penilaian yang dijalankan oleh panel penemuduga untuk memilih calon yang terbaik bagi tujuan lantikan ke sesuatu jawatan.

Aspek yang dilihat oleh Panel

Antara aspek yang perlu diberi penekanan adalah seperti berikut:


  • Sahsiah diri
  • Kelayakan
  • Pengetahuan am dan hal ehwal jabatan
  • Pengalaman kerja
  • Kebolehan memimpin
  • Bidang tugas jabatan
  • Kebolehan berkomunikasi dengan baik
  • Kesesuaian untuk menjawat sesuatu jawatan atau jawatan yang lebih tinggi

Sebelum Temuduga:

Persiapan Minda

  • Buat rujukan dan kajian melalui laman web dan bahan-bahan rujukan mengenai jawatan yang dipohon
  • Kemas kini pengetahuan mengenai Jabatan dan pengetahuan am semasa
  • Dapatkan khidmat nasihat dan panduan daripada keluarga, rakan dan mereka yang berpengalaman serta berpengetahuan
  • Berkeyakinan dan tidak gemuruh
  • Buat latihan temuduga (mock interview) bersama keluarga dan rakan jika perlu
  • Dapatkan maklumat awal mengenai lokasi dan tempat temuduga
  • Anggap temuduga adalah satu proses biasa dan perlu dilalui oleh semua individu
  • Berdoa untuk kejayaan

Persiapan Fizikal   



Kekemasan untuk lelaki:
  • Berambut pendek dan kemas 
  • Bertali leher dengan warna dan corak yang sesuai 
  • Baju berlengan panjang dan bewarna lembut. Contoh: Putih, biru muda, cream
  • Berseluar gelap dan memakai tali pinggang yang sesuai
  • Berkasut kulit seerta memakai stoking bewarna gelap
  • Memakai tanda nama
Kekemasan untuk wanita:                
  • Berpakaian sopan serta tidak menjolok mata
  • Menggunakan make-up yang sesuai serta tidak berlebihan
  • Berkasut tutup penuh (court shoes)
  • Memakai tanda nama

Persiapan Dokumen

Pastikan dokumen-dokumen berikut dibawa, disusun dengan kemas dan teratur sebaik-baiknya di dalam folder lut sinar (transparent).


  • Surat panggilan temuduga
  • Kad pengenalan
  • Sijil-sijil kelayakan akademik (SPM dan ke atas)
  • Siji;-sijil kemahiran
  • Sijil-Sijil kursus
  • Sijil atau surat penghargaan
  • Dokumen sokongan lain jika ada

Pada Hari Temuduga

  • Datang awal seeloknya sejam sebelum temuduga
  • Dapatkan nombor giliran temuduga
  • Duduk dengan tenang dan matikan telefon bimbit

Semasa Temuduga:
  • Beri salam kepada ahli panel temuduga
  • Guna panggilan yang betul kepada ahli panel. Contoh Dato', Datin, Tuan, Puan
  • Serahkan dokumen kepada panel temuduga dengan sopan dan tertib
  • Duduk selepas diarahkan
  • Dengar dengan teliti setiap soalan yang diajukan 
  • Ucap terima kasih kepada panel apabila selesai


18 comments:

Iola said...

good tips !

roslita thalib said...

lola: thank you :)

Time Traveller said...

Thanks for this lovely good info :D

http://timetravelafif.blogspot.com/2014/06/royal-belum-part4-chalet-sg-tiang.html

Unknown said...

Assalamualaikum semua.. jemput ke blog sy :)
nak tukar bloglist? sape setuju sila kesini
http://akusijebat.blogspot.com/2014/06/jom-tukar-bloglist.html

follow sini

marhaeink said...

n lepas interview kita tido.. haha. Tu y saya selalu buat.. :P

roslita thalib said...

khamsi abdullah: hehe tau tak apa :P saya pun macam tu.

am said...

Assalam cik roslita. Sy ada dpt panggilan utk i/v pembantu penguasa kastam W17. Sy dpt panggilan khas. Apa beza panggilan khas dan panggilan biasa? Sy sihat dan bukan seorang oku. Harap dapat bantu. Tq

roslita thalib said...

am: Waalaikumussalam. tahniah sebab dipanggil temuduga :) saya tak pasti beza panggilan khas dan panggilan biasa. kalau nak dapat maklumat lanjut, boleh telefon pihak SPA sendiri. Mereka akan lebih banyak membantu. :D

roslita thalib said...

am: boleh rujuk panduan ni
http://www.spa.gov.my/Portal/Bahagian/Pengambilan_Khas

semoga membantu :)

Unknown said...

Thank you for info

hawa said...

Alhamdulillah... good tips :D
nervous plak esok nak g intvw.. hehehe.. last was in 2006..
wish me luck ")

If nak kan tips kesihatan.. fell free to visit my blog ---> www.duniaraha.com

Lukman Mansur said...

Gabung yuk di Jejaring Sosial yang bisa menjadikan kita sebagai manusia produktif. Karena kita bisa:
1. Membuat artikel & blog sendiri dengan mudah. Semuanya bisa terkumpul rapi dalam profil kita dan bisa mudah dibaca semua.
2. Membuat toko Online kita sendiri karena ada Iklan baris yang bisa kita manfaatkan buat toko Online kita sendiri.
3. Membuat acara" penting untuk dibagikan ke semua anggota
4. Mengunggah lagu bagi kita yang ingin share lagu favorit kita, atau ingin menampilkan lagu kita sendiri.
4. Mengunggah gambar dalam 1 folder, bisa untuk jualan kita, bisa untuk mengumpulkan foto kita, dll.
5. Bisa mengumpulkan video kesukaan kita untuk dibagikan kepada orang lain.
6. Update status dan profil juga tampilannya bagus.

Yuk gabung sekarang juga di www.kumpool.com
Kumpulkan komunitas Anda dalam Kumpool

mummy said...

tq..tips yang sangat berguna tuk akak..huhu

man said...

Info yang bermanfaat kepada pencari kerja..

Siti Natrah said...

Teringat zaman temuduga dulu2...masuk ja dalam bilik temuduga..dah ketar..tak boleh buka mulut dah gabra..alamtnya gagallah...

roslita thalib said...

siti natrah: haha, saya pun macam tu kak. nampak je muka panel, terus ketar lutut. nak bagi salam pun dah tak terkeluar. padahal panel tu biasa je, tak adalah garang mana pun.

Unknown said...

Apa perlu sy jwb jika ditanya pekerjaan sekarang? Sy masih student berada di semester 5..sy kena ngaku or jwb sebaliknya

Unknown said...

Salam kak ros.. td sy bru je lps iv spa.. tp sy scra x sngja n sdar yg sy gelar kn panel temu duga tu 'akak' ...������