Thursday, 21 March 2013

Jangan bersedih kalau tak dapat banyak 'A'

Assalamualaikum.

Dah tengahari. cepatnya masa berlalu. tup2 result SPM dah terpampang depan mata kan :)

apa yang adik-adik rasa sekarang ni? excited, happy, sedih, kecewa, marah, geram, tak puas hati?

bagi yang dapat 10A+ atau pun yang dapat banyak A mesti la happy kan. penat lelah selama ni berbuah kejayaan yang cemerlang. tahniah saya ucapkan :)

tapi... macam mana pula perasaan adik-adik yang dapat sikit A atau pun tak ada A langsung. mesti rasa sedih dan kecewa kerana keputusan tak semegah yang diharapkan. betul tak? ada sesetengahnya dah berusaha sebaik mungkin, tapi result masih tak memihak pada nya.

saya pernah rasa semua ini, semenjak UPSR, PMR dan STPM.

sedih? memang ye. sebab teringin nak dapat straight A. tapi kesedihan tu tak dibawa sampai berhari-hari  

life must go on!

jangan disebabkan keputusan yang tak berapa cemerlang kita terus lupa apa yang berada di depan...

kehidupan kita tak kan berubah jika bukan kita yang merubahnya


adik-adik perlu bangkit dari realiti ini kerana kehidupan tak selalu indah. banyak liku-liku yang perlu ditempuh. berfikir dengan matang dan buat lah keputusan yang bijaksana agar masa depan tak disia-siakan begitu sahaja

"A" sahaja tidak mampu menjamin kehidupan yang cerah.  dan orang yang tak ada "A" tidak semestinya tidak boleh berjaya.

semua ini bergantung kepada niat kita sendiri. 

jika kita mahu berjaya, kita harus bangkit dari kepompong kesedihan ini


kalau kita berusaha dengan tekun dan selalu mengharap redha daripada ALLAH, insyaallah kejayaan akan menjadi milik kita suatu hari nanti. perjalanan masih jauh. SPM hanya kenangan. masih ada banyak masa untuk memperbaiki diri. mana tahu di alam universiti/kolej/pekerjaan adik-adik akan lebih berjaya?

usaha tangga kejayaan


kalau masih bersedih, ajaklah ibu/ayah/adik/kakak/kawan-kawan untuk pergi berjalan-jalan supaya hati kita tenang. keluarga dan rakan sejati merupakan senjata dalam memberi kekuatan kepada kita.

walau apa pun keputusan yang kita dapat, bergembiralah :) tanamkan azam yang kuat dalam diri untuk berubah pada masa depan. insyaallah, amin :)

jangan pernah berputus asa ye :) gambatte!

p/s : kak ros pun tak dapat semua A masa SPM. Alhamdulillah, 5A sahaja tapi dah cukup menggembirakan :)




4 comments:

Ayue Rejaluddin said...

Betul tu.....
Ada jugak A nye tu...
AJ??? Hehhhhhehe..
Taklah cemerlang tapi ado la...

Cikrosecute said...

betul tue...banyak masa lagi peluang...

roslita thalib said...

hehe kan.. bersyukur dengan apa yang kita dapat :)

roslita thalib said...

yup :) semuanya muda2 belaka. masih banyak masa untuk memperbaiki diri