Friday, 8 February 2013

Dean List - Syukur

Alhamdulillah... Syukur kepada-Mu Ya Allah

niat tadi buka portal OUM hanya untuk menerjah masuk ke forum online. almaklumlah assigment bertimbun sekarang ni. apa pun tarak start lagi ni! buka forum boleh juga dapat idea-idea bernas dari tutor dan rakan yang lain. banyak manfaat. i like OUM. hehe :)

tapi ada benda yang tak disangka pula terpapar.

*tahniah anda tersenarai di dalam Senarai Dekan! Klik untuk cetak Sijil Dekan

lebih kurang macam tu la ayat dia. aku pun klik. then keluar la satu surat yang menyatakan aku dapat Dean List untuk semester september 2013. bahagia dan teruja. tapi aku kena print sendiri la surat tu. OUM tak menawarkan perkhidmatan sijil terus kepada pelajarnya macam u yang lain. 

baru 3 semester di OUM  dan ini merupakan kali pertama aku dapat DL. sem2 yang lepas result ok tapi tak dapat DL.

FYI, DL di OUM adalah 3.70! sangat tinggi. ingatkan dulu 3.50 da DL macam U yang lain. tapi rupanya tak sama since kami di sini hanya ambil part time study je. tapi bukan senang juga nak achieve 3.70 tu. banyak dugaan. kami kerja sambil belajar. dan ada setengah tu dah bekeluarga. komitmen sangat tinggi.

mesti korang fikir perlu ke aku gebang kat satu dunia pasal DL ni. macam lah orang lain tak pernah dapat. betul tak?

sebenarnya, tujuan utama aku menulis entry ini adalah untuk menyuntik semangat dan azam kepada rakan-rakan lain yang masih belajar untuk terus mempergiatkan usaha mencapai cita-cita.

aku merupakan seorang pekerja yang bekerja 6 hari seminggu.... seorang pelajar yang datang ke kelas 2 kali seminggu dan seorang anak,  kakak sulung yang perlu membantu keluarga menguruskan hal-hal rumah.

ye, memang penat untuk melakukan semua itu dalam satu masa yang sama. kadang sampai tak cukup rehat. aku bukan mengeluh sampai nak publish dekat semua orang di sini. bukan nak pamer kehebatanku. tidak sama sekali

tapi jika aku boleh buat,,, anda yang study full time juga boleh buat kan :)

semester september yang lepas merupakan hari kesibukan sedunia yang pernah aku rasa. masa aku di tengah-tengah pembelajaran untuk semester itu, satu surat sampai mengatakan aku perlu bekursus selama 6 hari di PD. pada masa itu aku hanya fikir,,, macam mana nak siapkan assigment yang berlambak. due date nak dekat dah!

akhirnya aku bawak laptop dan buku ke bilik penginapan tempat aku bekursus untuk menyiapkan kerja yang tertunggak.

bila orang tidur, aku sibuk menaip berhelai-helai muka surat.

tapi tak siap juga. aku risau sangat. balik kursus pun tak sempat duduk di rumah dan terus bertolak untuk melapor diri di kementerian.

sekali lagi, laptop menjadi keutamaanku. ayah drive. aku di belakang pulun taip assigment. bila battery laptop tinggal sikit, aku suruh ayah berhenti dekat MCD berdekatan. cas penuh-penuh, taip kerja sampai siap.

orang lain sibuk makan, aku tak peduli. aku taip juga. orang semua tenguk. aku wat tak kisah ja.

aku hantar assigment last minute dengan idea tah apa-apa yang aku reka disitu. aku tawakal. berdoa dapat cemerlang walaupun last minute punya kerja.

Alhamdulillah, Allah makbulkan. 

sekali lagi diduga. lagi beberapa minggu nak exam... aku sibuk buat nota ringkas sebanyak mungkin. walaupun masa hanya mengizinkan aku untuk baca dan hafal modul tu je. aku buat juga.

masuk dewan periksa berbekal usaha tak tidur malam berhari-hari... baca nota di mana-mana sahaja. dalam kereta, stesen bas, dekat kafe. tengah makan pun baca juga. aku berserah. tawakal. 

memang tak jangka akan dapat markah yang tinggi sebab banyak benda yang berlaku pada bulan tu.

tapi Allah maha kaya. dah ditentukan segalanya. aku bersyukur.

usaha aku tak sia-sia walaupun macam-macam perkara menghalang. kalau kita ada niat, dan usaha dengan gigih, Insyaallah semuanya akan berjalan lancar. 

selagi kita tak berputus asa, masalah yang besar akan menjadi kecil. dan masalah yang banyak itu akan menjadi terlalu sedikit yang pernah kita rasakan. tetap tersenyum dan lakukan semuanya dengan ikhlas. 

niat yang baik,,, ganjarannya pun baik. 

Selamat Berjuang !





19 comments:

Sya said...

tahniah dapat dean list. Allah takkan meghampakan hamba-Nya yang berusaha. All the best! semoga dapat dean list lagi yaa ;)

roslita thalib said...

terima kasih miss xyz. insya allah :)

AIN sheda said...

tahniah !!

NURUL FILZAH said...

tahniah kak..

roslita thalib said...

ty cik ily :)

roslita thalib said...

ty adik :)

Princess Feyqa said...

tahniah! bestnye dpt dean list! fyqa harap fyqa dpt lah dean list sem depan AMIN hik3

roslita thalib said...

amin,, semoga hajat yang dicita-citakan tercapai. belajar rajin2 ok :) insyaallah mesti boleh dapat result gempak. gambatte!

Unknown said...

tahniah n good luck =)

roslita thalib said...

terima kasih hasnah :) good luck to u too

Anonymous said...

tahniah dik... Tq ke blog KA & done follou u juga ye 435.

Danial said...

congrats! :)

roslita thalib said...

terima kasih ka :)

roslita thalib said...

hehe,, thanx!

Teacher Hidayu said...

Macam mana nak cek utk tau dean list? Takde keluar pun kat home ke mana 😅

yanmaneee said...

off white hoodie
air max 270
lebron shoes
lebron james shoes
supreme clothing
yeezy shoes
russell westbrook shoes
supreme new york
balenciaga shoes
kyrie 6

jasonbob said...

curry 7
supreme outlet
yeezy 350
kyrie 6
moncler
golden goose outlet
yeezy boost 350 v2
yeezy
curry 7 shoes
kyrie irving shoes

adi ahmad said...

Check dekat transcript

Anonymous said...

steph curry shoes
kd shoes
air jordan
yeezy boost 350
off white t shirt