Assalamualaikum dan selamat petang.
Ketika aku menulis entry ini, hatiku berasa sedih dan sebak. aku tidak kenal siapa mereka. aku tidak pernah bersua muka dengan mereka malahan bercakap dengan mereka. malahan aku langsung tidak tahu nama penuh mereka.
yang aku tahu mereka mempunyai teman sejati yang menangisi kepergian mereka. teman yang sentiasa mendoakan mereka. teman yang mengingati saat mereka tiada lagi di sisi. teman yang sama-sama merasai kehilangan mereka. teman yang sentiasa sedar bahawa mereka tidak lagi boleh bersama bergelak ketawa, bercanda mesra.
kerana mereka telah pergi menghadap Sang Pencipta buat selama-lamanya...
tiada yang kebetulan. setiap yang kita lalui sudah dirancang oleh Allah. dan hari ini aku melaluinya.
bulan januari....
hampir setiap hari aku mendengar khabar kematian daripada rakan sahabat yang lain sama ada di facebook mahupun blog. dan hari ini sekali lagi aku terpana saat membaca entry-entry daripada rakan blogger yang baru aku add menjadi follower. mereka menulis entry khas buat sahabat mereka yang baru sahaja pergi menghadap ILLAHI pada bulan ini.
20 januari hingga kini,
sudah lebih daripada 7 berita yang aku dengar ditambah lagi pada hari ini. aku add rakan ini, berita kehilangan ditulis. aku follow rakan yang ini pula, berita yang sama ditulis.
Ya Allah...
adakah ini suatu peringatan bagi diriku agar selalu taat kepada-MU dan menambahkan amal ibadatku kepada-MU.
mereka bertuah kerana di waktu muda yang belum punya banyak dosa sudah dipanggil menghadap-MU. aku tidak tahu bila saat kematianku akan tiba.
dan aku bersyukur Ya Allah kerana di waktu muda ini dan masih bernyawa pada hari ini KAU sentiasa mengingatkan aku daripada terus lalai dan hanyut dengan godaan dunia
tiada yang kekal melainkan hari akhirat. semoga roh mereka semua ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. amin
Al-Fatihah buat semua rakan yang telah pergi menghadap Allah S.W.T terlebih dahulu.

3 comments:
Al Fatihah.. semoga mereka ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman...
amin
ingat mati.., ingat sejadah.., :)
Post a Comment