Tuesday, 15 January 2013

Giveaway! (Contest End On My birthday! Haha)

Pink semangnya simbolik dengan kaum hawa. kalau yang betul-betul fanatic lagi la teruk. daripada baju, handbang, purse, tudung, pencil case, semua kaler pink. erkk, ini bukan rekaan. tapi kenyataan daripada rakan aku sendiri. hehe.

Aku wanita dan aku seorang perempuan. tapi PINK colour? ohh no. memang sangat tidak sesuai dengan aku oks. 

sebabnya kulit aku tak berapa nak cerah. bila pakai baju pink nampak macam pelik je aku tenguk. haha. nak kata tak suka PINK, tak juga. fanatic sangat pun tak juga. urmm biasa-biasa jela dalam 40% macam tu je.

tapi my mom, oh yeah! memang peminat setia pink u know. pernah suatu ketika dahulu kain langsir, cadar, dan sarung kusyen kat rumah semua warna ni. arghh. time hari raya pula tu. mak cakap tema untuk tahun tu adalah PINK. urmm iya mak. kami ok ja :) 

Aku tak pernah ada beg, purse, handbag kaler PINK. kalau baju raya adalah dalam sehelai dua. itu pun sebab mak yang tolong belikan. but, last year my lovely mak hadiahkan handbag dan purse kaler PINK. 

apa perasaan anda kalau di tempat aku yang tak berapa nak gemar kaler ni?

mesti rasa macam serba salah je kan nak pakai. kalau simpan je takut mak kecil hati. kalau nak pakai,, alamak pulak. betul tak? tapi kan... yang peliknya. aku langsung terjatuh cinta dengan design and colour beg tu. serius wehh. ya, dulu aku pernah kutuk pink. tak suka segala bagai and bla bla bla. entah la, sejak dapat tu terus pakai ke mana-mana sahaja. hari-hari aku guna. sampai semua benda aku sumbat dalam tu dan akhirnya...

beg tu lunyai di tangan tuannya yang ganas. tali dia putus masa pergi kursus 2 bulan lepas. sob sob sob. sadis betul. 

Last week, buka blog kak syud. (aku memang rajin terjah blog dia pun as a silent reader). 

Then, tetiba nampak kak syud post pasal giveaway ni. bag pulak tu. Polo Benedetti brand lagi! yang bestnya kaler PINK. yahoo, tengah berazam untuk kumpul bag kaler pink banyak-banyak. haha. siapa yang tak nak kan. wee~~

cantik uolss. tak percaya tenguk image kat bawah ni.

http://syud.blogspot.com/2013/01/giveaway-contest-end-on-my-birthday-haha.html




Yang paling bestnya, ada 3 compartment. boleh la aku sumbat macam-macam lepas ni :P 

Kak syud, nak nak bag ni sesangat * macam kak syud kakak aku je kan suka suki minta. hihi. jangan mare ye. sebabnya kan 

1) dah tak ada bag nak bawa pi jalan-jalan ni. sob sob :( 

2) bag sangat cute, colour pun cantik, banyak compartment lagi :)

3) contest end bulan 2, so ada chan nak menang. weehee.

4) erkk saya stay johor juga. so jimat pos laju. muehehe

ok! karangan dah siap :) agak-agak boleh menang tak erkk. kita tunggu dan lihat 10 FEBRUARI 2013 nanti. chao chin chao

1 comment:

nae nematoda said...

org cakap pink ni , lembut and manja...hahaha
bukan penggemar tegar pink , n x la benci giler , just kalau dh ada dpan mata , rembat je la ;)