Tuesday 22 January 2013

Apabila Broadband sampai limit

Sesiapa yang guna berokband sama macam saya sila angkat jari! weehe ~


erkk perkataan berokband macam agak melampau jer kan. hehe.

Sebenarnya tengah malam semalam aku tak ada kerja. bergolek sakan atas katil, and suddenly i feel like... i want to do my assigment! oh yeah. tak pernah-pernah aku buat assigment dengan begitu cepat sekali pada 3 semester yang lain. kakaka

Semangat memang tengah membara time tu. bukak laptop cepat-cepat then terus pasang broadband.

But,,, sayang seribu kali sayang. bila aku tengah syok cari bahan itu dan ini dekat internet, suddenly this message appear right away.



Nampak tak? bagi yang tak nampak tu, dia tulis kat situ yang bahawasanya penggunaan berokband aku dah sampai tahap limit yang dibenarkan setiap bulan iaitu 5GB/mnth. huhu

arghhh...frust kejap. mana taknya, baru excited nak cari bahan untuk buat kerja tapi broadband dah habis limit pula. bukan tak boleh guna langsung, boleh je. tapi ko kena tunggu sampai esok paginya lah baru dia habis download. baik aku terus tidur je kan. huhu

Bukan nak cakap semua broadband dalam malaysia ni tak bagus. eh,, tidak sama sekali. banyak manfaat sebenarnya.

1. broadband boleh dibawa ke mana-mana sahaja sebab mudah alih
2. ringan dan jimat ruang. masuk dalam pocket seluar pun boleh
3. jimat elektrik sebab memang tak payah guna pun. hehe
4. boleh jadi sebagai pendrive time kecemasan

selama ni aku memang puas hati je guna "DIA" melainkan satu masalah di atas. iaitu.... 

limit yang sangat tak mencukupi!

5GB/mth.  memang kejap jela habis kalau aku yang pakai. xoxo. boleh je kalau nak upgrade lebih sikit. tapi duit nak bayar tiap-tiap bulan pun kena upgrade juga lah kan. ayooo. itu macam pulak ka

kadang-kadang kita bukannya perasan pun berapa banyak dah kita guna untuk satu hari tu. 10MB, 500MB, 1 GB?  kalau aku memang tak kuasa lah nak cek 24 jam.

tapi bila kita perlukan di saat-saat genting macam ni lah pula jadinya. kerja semua terbengkalai sebabnya access internet jadi lambat. huhu. sabar jelah kan.



9 comments:

hotmasakini said...

igtkan tips hack...hahaha..apa2 pon entri sgt menarik,jujur,ikhlas dari hatimu,kreatif...lucu pon ada..yg paling penting entri ni = je ngan saya,bg 5+++ GB pon xpernah cukup..hahahha

Chot said...

biasa guna 3g pakai mobile pun sekejapan je habis..haha.apetah lg kalo guna pc....cuma senang nk bawak jalan la..hehe

ma ❥ said...

brbnd celcom ok? nak kai brbnd tp tk tahu nak amek yang mana ok

roslita thalib said...

hai2 ;) buat masa ni broadband celcom ok je. dah dekat 5 tahun pakai. dulu line dia prob sikit. tapi sekarang tak ada masalah. laju jugak. cuma kalau limit setiap bulan da habis tu memang akan jadi lambat sangat la. macam siput. hihi

Nisah Idham said...

duhai berukband..
akak punye limit 8gb, tu pun selalu over limit..
nak nunggu loading nye.. aduhai dik.,. akak tetido kat tepi hehhee

Unknown said...

saya guna streamyx aje...ekekke...;)

bicara mak dara said...

mak dara pernah pakai kejap lepas tu bertukar pada UNIFI mmg terbaekkk

roslita thalib said...

kat rumah saya tak dapat line unifi. sob sob :(

roslita thalib said...

haha.. sama2. selalu juga macam tu. lagi2 kalau tengah cari benda penting. geram je.. grrr