Thursday, 30 May 2013

Ceritaku yang hampir sama dengan kejadian Baginda Rasulullah...

Assalamualaikum dan selamat petang...

sila abaikan kasut buruk yang dah nak expired tu ye! tumpukan pada kucing comel ini sahaja. muehehe

nak dijadikan cerita semalam lepas balik dari kerja, saya singgah kedai dulu. duduk berbual dengan ayah sebelum tunggu adik datang ambil. bukalah kasut and duduk bersila atas kerusi panjang.

then tiba-tiba datang seekor anak kucing ni berlegar-legar kat kaki saya. tak sampai seminit dia dah bergolek-golek kat atas kasut buruk saya ni. sumpah comel!

saya hanya mampu senyum dan ketawa saja. sebab geli hati. kasut tu macam dah jadi tempat pembaringan yang selesa untuk "dia" pulak kan.


2 minit lepas itu.... tenguk "dia" dah tertidur dengan lenanya kat atas kasut saya



penatnya... orang lalu lalang pun dia tak perasan. 


tak sampai hati nak kejut "dia" bangun. at last saya tingal kasut dekat situ and balik pakai selipar adik. 

masa kejadian ini saya teringat tentang kisah junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W dan kucing yang tertidur di atas jubah baginda (betulkan saya kalau salah). Baginda memotong sedikit belahan lengan bajunya untuk tidak mengganggu tidur kucing tersebut.

menitis air mataku kerana dapat merasai nikmat sebegini. hanya sahaja benda yang tertukar dalam kisahku ialah sepasang kasut cabuk yang sudah tidak cantik bentuknya.... 

Subhanallah