Ada satu pepatah menyebut " kerana nila setitik rosak susu sebelanga"
saya merupakan pengguna setia pengangkutan awam. kalau di johor bahru anda hanya boleh naik bas tambang atau teksi sahajalah. erl, monorail, komuter memang hanya boleh mimpi. hampir setiap hari saya menggunakan pengangkutan awam terutamanya bas tambang.
kalau di Malaysia ni, jadual perjalanan bas memang tak kira masa. ikut suka hati pemandu bas. kadang-kadang saya menunggu hampir 30 minit baru bas tiba. agak leceh. tapi nak buat macam mana. tak ada pilihan. teksi pun bukan murah sekarang ni. tutup pintu sahaja cas RM3.00 dah pun dikenakan.
alangkah baiknya jika bas ada jadual tetap seperti di Jepun.
keselamatan penumpang merupakan keutamaan pemandu. tapi, saya tak rasa pemandu pada zaman sekarang mementingkan keselamatan penumpangnya. sebab apa?
pertama, bawa bas laju-laju macam nak pergi drift. walhal bas tu sarat dengan penumpang. bila pakcik bas brek mengejut, habis jatuh bergolek-golek semua orang. kedua, suka sumbat penumpang ramai-ramai dalam satu bas walaupun dah tak muat.. oh sangat geram bila kena berhimpit dengan lelaki. stress sekejap.
apa yang buat saya lagi geram ialah mengenai kejadian semalam. cerita betul. 100% terjadi betul-betul depan mata saya. ada seorang uncle cina ni baru naik bas. dia OKU. pakai tongkat ketiak (shoulder crutches) macam gambar kat bawah ni kanan and kiri
OKU means orang kurang upaya. adakah pakcik faham bahawasanya mereka harus diberikan perhatian yang lebih?? uncle tu baru nak jejak tangaa yang terakhir untuk turun engkau dah tekan minyak jalan. nasib baik uncle tu tak jatuh. sempat melompat and berdiri kukuh di atas tanah. jika seandainya uncle tu terjatuh and tergolek-golek atas tanah, siapa nak jawab??
menyirap sekejap tenguk. time tu rasa macam nak berceramah je dengan pakcik bas tentang etika, budaya kerja, budi bahasa, sikap tanggungjawab sebagai seorang pemandu bas awam. rasanya pakcik kena pergi sekolah balik belajar perkara ni semula.
Saya tidaklah menyalahkan atau menganggap semua pemandu pengangkutan awam tidak berhemah. mungkin hanya sebilangan kecil sahaja yang bersikap sedemikian. ada juga yang elok, baik dan patuh arahan keselamatan. tapi, hanya sebilangan kecil sahajalah...
yang lain? hanya pentingkan duit tanpa mementingkan keselamatan penumpang yang dibawa.
alangkah bagusnya jika pemandu pengangkutan awam di Malaysia ini berhemah dan bersopan santun.
sekadar untuk renungan bersama. maaf jika ada menyinggung mana-mana pihak. saya hanya menyuarakan pendapat di atas perkara yang benar terjadi kepada saya selama ini.
2 comments:
kalau dah besar pnjng ni mmng xpernah naik bas la lpas dah ada lesen ni. dulu msa form5 pernah jgk naik sekali je. tobat la lepas tu xnak naik.yng bawak bas orng india..ntah apa2 je dia bawak.dah nak eksident pun ada..ngeri..start tu la nekad taknak naik dah.takut.
@mimie: humm itualah pasai ramai yang xnak naik pengangkutan awam esp bas... huhu. seram sebab pemandu dia tak berhemah.
Post a Comment