Saturday, 23 March 2013

Umur 4 tahun dah ada girlfriend??

Assalamualaikum. sabtu sudah! weeeehaaaa

cuti sekolah bermula. tapi yang masih di alam persekolahan sahaja lah yang mampu menikmatinya.

yang bekerja pula apa cerita? memang tak ada cuti lah. isnin masuk kerja seperti biasa balik ok! hehe. jangan malas2 (ayat untuk diri sendiri). erkkk

sedang menggodeh laptop sebentar tadi. tiba-tiba muncul pula gambar lama ni. rasanya gambar 4 tahun lepas. memang sangat lama!

adik bongsu dalam keluarga - lelaki - manja - sekarang dah darjah 2 - umur 8 tahun

masa adik umur 4 tahun, kakak-kakak dia suka kacau. kecik-kecik dah ada gf wooo!

ini buktinya....


kawan perempuan pertama



gambar spontan! gatai juga adik aku nooo. huhu

ini cerita dulu. ketika zaman kanak-kanak ribena.. nampak comel dan sweet je. sekarang?

bila jumpa masing-masing dah malu. bercakap pun dah tak.... kekeke

kalau kita usik dia sikit cakap kecik2 dah pandai ada awek... memang betul marah dia. sampai nak bergusti dengan kakak dia sekali.

tapi bagus juga...start dari sekarang kena didik dan ajar tentang hukum hakam ni semua... kalau dah dewasa nanti tak adalah buat perkara yang tak sepatutnya kan. huhu. dahlah adik lelaki satu-satunya. pengarang jantung hati mak dan ayah.






No comments: