Wednesday, 26 June 2013

Wordless Wednesday # 7

baru selesai menghabiskan novel di bawah pada pagi ini :) 

kalau ikut jam rasa macam tak sampai 12 jam dah khatamkan. tapi kalau ikut hari,,, urmmm satu hari setengah lah kot..

 sebabnya semalam baca separuh, pagi ini sambung lagi separuh.. hehe =')




novel ini best... nak buat review kot. nantilah dulu. masa tidak mengizinkan sekarang ini. huhu

ohhh,,, hari-hari boleh jadi WW kalau update blog pun ciput cenggini yang tak sampai satu perenggan 





Monday, 24 June 2013

Rentetan tragedi daripada sahabat pelajar yang kemalangan di Jordan

Sudah hampir seminggu blog ini bersarang daripada kunjungan tuannya (aku lettew)

Kalau dulu time ada masa sikit je mulalah saya refresh blog sendiri banyak-banyak kali. huhu. tak tahulah penyakit apa sebenarnya. syokk sendiri kot....

nasib baik jugalah kak mia liana ada anjurkan beberapa contest yang simple. sempat juga tepek di blog ini. kalau tidak, hurmm harap baca cerita minggu lepas sahajalah yer.

ok, mukadimah dah siap. berbalik kepada tajuk di atas.

niatnya tadi saya buka FB untuk cari beberapa maklumat (biasalah akhir bulan macam ni sibuk dengan assignmnet). tapi saya terpandangkan satu status daripada kak wardina saffiyah mengenai kemalangan yang menimpa pelajar Malaysia di Jordan.

sudah beberapa hari tidak membelek surat khabar. berita pun tidak ditonton. jadi saya memang tidak tahu menahu akan hal ini. tertarik dengan satu link blog yang dipostkan oleh sesorang dalam fb kak wardina. tangan saya pun laju untuk click.

Ya Allah, sungguh terkejut apabila kawan baik kepada mangsa yang kemalangan iaitu saudari humaira yang gugur kandungannya menceritakan kembali detik-detik duka ketika melawat mangsa kemalangan.

sedih dan hiba apabila dapat mengetahui secara langsung apa yang sebenarnya berlaku.

'Dia pulang ke pangkuan yang Esa dengan ucapan dua Kalimah yang Agung , dia insan istimewa di sisi Allah.

Bukankah kalimah itu mampu diucap dengan amalan? sudah tentu dia punyai hubungan istimewa dengan Sang Pencipta. 

Saat berita kematiannya diiringi dengan syahadah itu sampai di telinga, bercucuran air mata memuji Ilahi. Janji-janji Nabi terngiang-ngiang di telinga. Sungguh dia bukan insan biasa.

Tenanglah semua, dia bakal bahagia, disambut girang penduduk di sana, berakhir dia dengan kalimah yang mulia, dia sememangnya insan istimewa. Di sisi Allah yang Maha Perkasa. 

Ku doakan Syurga buatmu selamanya
-kailani zahari-

Innalillah. semoga keluarga diberikan kekuatan dan ketabahan.

jom baca kisah ini di sini part 1 http://aneeyamira.blogspot.com/2013/06/tragedi-kemalangan-pelajar-jordan-dan.html

part 2 http://aneeyamira.blogspot.com/2013/06/tragedi-kemalangan-pelajar-jordan-dan_23.html










Sunday, 23 June 2013

Segmen #3 Bloglist 12 Jam Mialiana.com


Pencarian bloglist bagi bulan Julai dan Ogos 2013 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 23 Jun 2013, iaitu tepat jam 11.00 pagi sehingga 11.00 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen #3 Bloglist 12 Jam Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

15 blog yang bertuah akan dipilih oleh Mia Liana sendiri dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...