Apa itu Temuduga
Temuduga merupakan satu sesi penilaian yang dijalankan oleh panel penemuduga untuk memilih calon yang terbaik bagi tujuan lantikan ke sesuatu jawatan.
Aspek yang dilihat oleh Panel
Antara aspek yang perlu diberi penekanan adalah seperti berikut:
Temuduga merupakan satu sesi penilaian yang dijalankan oleh panel penemuduga untuk memilih calon yang terbaik bagi tujuan lantikan ke sesuatu jawatan.
Aspek yang dilihat oleh Panel
Antara aspek yang perlu diberi penekanan adalah seperti berikut:
- Sahsiah diri
- Kelayakan
- Pengetahuan am dan hal ehwal jabatan
- Pengalaman kerja
- Kebolehan memimpin
- Bidang tugas jabatan
- Kebolehan berkomunikasi dengan baik
- Kesesuaian untuk menjawat sesuatu jawatan atau jawatan yang lebih tinggi
Sebelum Temuduga:
Persiapan Minda
- Buat rujukan dan kajian melalui laman web dan bahan-bahan rujukan mengenai jawatan yang dipohon
- Kemas kini pengetahuan mengenai Jabatan dan pengetahuan am semasa
- Dapatkan khidmat nasihat dan panduan daripada keluarga, rakan dan mereka yang berpengalaman serta berpengetahuan
- Berkeyakinan dan tidak gemuruh
- Buat latihan temuduga (mock interview) bersama keluarga dan rakan jika perlu
- Dapatkan maklumat awal mengenai lokasi dan tempat temuduga
- Anggap temuduga adalah satu proses biasa dan perlu dilalui oleh semua individu
- Berdoa untuk kejayaan
Persiapan Fizikal
Kekemasan untuk lelaki:
- Berambut pendek dan kemas
- Bertali leher dengan warna dan corak yang sesuai
- Baju berlengan panjang dan bewarna lembut. Contoh: Putih, biru muda, cream
- Berseluar gelap dan memakai tali pinggang yang sesuai
- Berkasut kulit seerta memakai stoking bewarna gelap
- Memakai tanda nama
Kekemasan untuk wanita:
- Berpakaian sopan serta tidak menjolok mata
- Menggunakan make-up yang sesuai serta tidak berlebihan
- Berkasut tutup penuh (court shoes)
- Memakai tanda nama
Persiapan Dokumen
Pastikan dokumen-dokumen berikut dibawa, disusun dengan kemas dan teratur sebaik-baiknya di dalam folder lut sinar (transparent).
Pastikan dokumen-dokumen berikut dibawa, disusun dengan kemas dan teratur sebaik-baiknya di dalam folder lut sinar (transparent).
- Surat panggilan temuduga
- Kad pengenalan
- Sijil-sijil kelayakan akademik (SPM dan ke atas)
- Siji;-sijil kemahiran
- Sijil-Sijil kursus
- Sijil atau surat penghargaan
- Dokumen sokongan lain jika ada
Pada Hari Temuduga
- Datang awal seeloknya sejam sebelum temuduga
- Dapatkan nombor giliran temuduga
- Duduk dengan tenang dan matikan telefon bimbit
Semasa Temuduga:
- Beri salam kepada ahli panel temuduga
- Guna panggilan yang betul kepada ahli panel. Contoh Dato', Datin, Tuan, Puan
- Serahkan dokumen kepada panel temuduga dengan sopan dan tertib
- Duduk selepas diarahkan
- Dengar dengan teliti setiap soalan yang diajukan
- Ucap terima kasih kepada panel apabila selesai