Saya mendapat tiga interview daripada SPA dalam tahun yang sama (2012). Interview yang terakhir ialah Pembantu Pendaftaran Gred KP17. Pengalaman temuduga yang lain anda boleh baca di
SINI dan
SINI. Alhadulillah, tahun 2012 yang lalu rezeki saya murah melalui pelbagai temuduga dan tawaran pekerjaan.
Saya akan kongsikan sedikit panduan dan tips yang saya perolehi semasa di temuduga untuk membantu anda diluar sana. Ini merupakan pengalaman saya semata-mata. Jadi semua yang saya gariskan di sini tidak akan keluar bulat-bulat. Hal ini kerana soalan-soalan yang diberikan berbeza bagi setiap individu. Tambahan pula saya bukanlah salah seorang daripada panel penemuduga :)
Biasanya panel penemuduga terdiri daripada 2-3 orang. Bergantung kepada organisasi dan keperluan sesebuah jawatan. Masa saya di temuduga terdapat 2 orang panel (lelaki). Seorang daripada pihak SPA dan seorang lagi merupakan Pengarah JPN (Negeri mana saya dah tak ingat).
Berikut merupakan panduan temuduga Pembantu Pendaftaran Gred KP17:
1. Perkenalkan diri anda
Hal ini merupakan salah satu soalan wajib yang akan ditanya oleh panel bagi semua jawatan. Jika panel menggunakan bahasa inggeris ketika meminta anda memperkenalkan diri, maka anda WAJIB menggunakan bahasa inggeris juga. Sebelum menghadiri temeduga anda boleh membuat satu teks ringkas dalam kedua-dua bahasa agar anda tidak menggelabah dan tergaru-garu di hadapan panel. Antara butiran yang perlu anda ceritakan ialah nama penuh, umur, sedikit latar belakang keluarga, pendidikan, pengalaman kerja, sumbangan dan pencapaian dalam organisasi, masyarakat mahupun negara, sijil-sijil yang anda perolehi dan falsafah hidup anda. Lebih kurang dalam 3-5 minit.
2. Butiran mengenai jawatan yang dipohon
Soalan kedua WAJIB. Antara soalan yang akan ditanya ialah nama jawatan yang dipohon, gaji, tangga gaji, gaji minimum dan maksimum, pergerakan gaji tahunan dan elaun-elaun.
3. Kenapa ingin bekerja dalam sektor awam
Tidak semua calon akan ditanya soalan ini. Tapi bedasarkan pengalaman saya menghadiri 3 temuduga, soalan ini seperti pekara ketiga WAJIB yang ditanya.Hal ini kerana dalam ketiga-tiga jawatan yang saya hadiri, saya mendapat soalan ini. Jika anda ditanya mengenai ini, sediakan jawapan yang bernas, jitu, padat, mantap, dan terbaik. Yakinkan panel bahawa anda layak untuk menjawat jawatan ini.
4. Sedia maklum dengan tugas-tugas Pembantu Pendaftaran KP17
Antara tugasnya ialah memproses Kad Pengenalan, Sijil Kelahiran, Sijil Kematian, Sijil Kewarganegaraan, Anak Angkat, Perkahwinan dan Perceraian. Pastikan anda tahu secara detail perkhidmatan yang disediakan. Maklumat lanjut boleh layari
http://www.jpn.gov.my/
5. Mengetahui Latar Belakang JPN
Buat rujukan mengenai moto, slogan, visi, misi, fungsi asas bahagian, struktur organisasi, dan sejarah penubuhan.
6. Menteri JPN dan menteri-menteri yang lain
Menteri yang menerajui JPN adalah YAB Menteri Dalam Negeri kerana JPN merupakan salah sebuah jabatan di bawah Kementerian Dalam Negeri. Pastikan juga anda tahu 5 (sekurang-kurangnya) menteri-menteri lain di Malaysia dan peranannya. Walaupun tak ditanya, at least anda prepare something
7. Pekhidmatan terkini di JPN
Buat research dengan melayari portal JPN untuk mengetahui jenis-jenis perkhidmatan yang disediakan oleh JPN bagi memeudahkan orang ramai seperti MyKad, MyPR, MyKas, MyKid, MyEG, MyGov dan lain-lain lagi.
8. Isu-isu semasa dalam negara
Pastikan anda tahu tentang berita semasa yang berkaitan dengan JPN seperti pendatang tanpa izin, kad pengenalan palsu, dan sebagainya. Berikan pendapat anda dan apa sahaja langkah yang telah diambil oleh kerajaan dalam mengatasi masalah tersebut.
9. Soalan Bonus (Bahagian mana yang anda mahu ditempatkan)
Sekiranya berjaya dalam temuduga ini, bahagian mana anda ingin ditempatkan. Sedia maklum bahawa JPN ada 6 bahagian kesemuanya. Rujuk panduan NO 4. Kenapa dan mengapa. Nyatakan secara detail. Tambat hati panel dengan jawapan bernas anda.
10. Soalan Bonus (Kenapa anda yang patut dipilih)
Panel suka melihat keyakinan dan kesungguhan calon. Nah, salah satunya adalah dengan bertanya kenapa anda layak dan patut dipilih dalam jawatan ini. Hal ini kerana calon terdiri daripada semua peringkat dan golongan. Daripada umur 18 tahun sehinggalah 40-an. Daripada sijil SPM sehinggalah Ijazah. Di sini anda perlu mencertikan kelebihan yang terdapat dalam diri anda berbanding orang lain. Sebagai contohnya, sebelum ini anda pernah dikontrak menjawat jawatan yang sama (Pembantu Pendaftaran KP17). Tapi disebakan kontrak anda sudah tamat, maka anda terpaksa mencari pekerjaan yang lain. Di sini panel mengetahui bahawa calon sudah mempunyai pengalaman kerja jawatan yang sama. Kebarangkalian anda untuk dipilih adalah amat tinggi. Atau pun anda pernah ditemuduga jawatan yang sama tetapi tidak berjaya, ceritakan juga.
Itu sahaja yang dapat saya kongsikan. Mudah-mudahan panduan ini dapat memberikan sedikit idea dan gambaran kepada anda dalam membuat persediaan sebelum menghadiri proses temuduga. Syabas dan tahniah saya ucapkan kerana sebelah kaki anda sudah melangkah ke gerbang pekerjaan. Anda hanya perlu sebelah kaki lagi (proses temuduga) untuk melayakkan diri anda menjawat jawatan ini. Selamat menduduki temuduga dan semoga berjaya.
"Kejayaan tidak datang bergolek jika anda tidak berusaha"
Anda mungkin meminati: