Aku Jealous...
Ketika aku di First Step Kindegarten,
Ibu bapa yang lain sibuk buat majlis hari jadi untuk anak mereka,
Bukan main meriah dengan kek yang pelbagai bentuk dan perisa,
Tapi aku hanya mampu tenguk majlis orang sahaja,
Tak sampai hati nak suarakan dekat ayah,
Takut ayah sedih.
Aku Jealous...
Masa aku kecil dulu,
Aku cuma dapat rasa naik motorsikal dengan ayah,
Ke mana-mana dengan motorsikal tu,
Ayah tak ada kereta,
Jadi aku hanya mampu pandang kereta orang.
Aku Jealous...
Ketika aku di Sekolah rendah,
Ayah berjaya beli sebuah kereta,
Kami adik beradik gembira bukan main,
Bukan kereta proton mahupun perodua,
Cuma kereta lama zaman 80 an,
Klasik sangat,
Kawan-kawan yang lain kebanyakkan naik kereta model baru,
Mereka suka gelakkan aku,
Mereka suka bandingkan kereta ayah aku dengan ayah dia,
Tapi aku buat tak tahu sahaja.
Aku Jealous...
Ketika budak-budak lain seronok bermain dekat padang,
Aku pula seronok bermain dengan bawang putih, bawang merah, cili padi, cili merah,
Masa tu ayah ada kedai runcit,
Kami anak beranak yang jaga,
Bila aku curi-curi main,
Mak mula keluarkan suara sopranonya,
Bergegar rumah jiran,
Cepat-cepat aku lari balik,
Memang betul kenangan.
Aku Jealous...
Bila cikgu adakan lawatan,
Aku selalu tak pergi,
Kalau dalam JB ok lagi,
Tapi ini luar JB,
Jadi aku hanya mampu tenguk rakan-rakan lain pergi,
Bukan ayah tak bagi pergi,
Tapi aku takut bebankan ayah,
Akhirnya lawatan terakhir di Melaka aku berjaya pergi,
Ayah cakap tahun terakhir di sekolah rendah,
Pergilah,
Aku happy sangat.
Aku Jealous...