Assalamualaikum dan salam jumaat!
hoyeaah esok cuti. tu bagi budak-budak sekolah.
argghh stress nya..... itu bagi diriku sebab esok kerja shift malam. huhu. dua situasi berbeza dengan ekspresi yang berlainan.
hurmm tapi saya bukan nak update pasal cuti-cuti malaysia ni. tapi tentang movie. siapa suka tenguk wayang.?angkat tangan. siapa suka makan popcorn? angkat jari. siapa suka habiskan duit?? erkkk tak yah angkat apa-apa.... hehe
Perasan tak saya ada update entry coming soon movie yang harus ditonton pada bulan ini? tak baca lagi. aipp. baca cepat di
SINI :P
memang banyak cerita best. tapi melampau lah kalau nak tenguk semua kan. macam lah wayang tu mak ayah saya yang punya. haha. mau menipis dompetku ini nanti.
niat di hati nak tenguk after earth. baca feedback orang cakap tak berapa nak best. nak tenguk epic, orang cakap biasa-biasa je sebab dah boleh expect apa yang bakal terjadi.
nak tenguk man of steel, tapi sayangnya belum keluar. huhu. kitorang pergi hari rabu. man of steel keluar esoknya. minggu depan kena pergi wayang lagi la jawabnya. wakaka. memang misi menghabiskan duit betul untuk bulan ini. huhu
hamboii,, banyak betul perkataan 'nak tenguk' dalam entry kali ni. sabor jelah ye. akhirnya kami pilih untuk tonton cerita PEE MAK (thailand)
UISSHHH serius memang sedap gila cerita dia. erkkk bukan sedap yang boleh makan tu.. tak.. ni sedap sebab semua perencah dia cukup. yelah, ada unsur lawak, seram, romantik, sedih, kasih sayang, persahabatan, kejujuran. umm memang banyak lagi lah. semua nilai-nilai murni ada diterapkan dalam cerita ni
memang sangat tak rugi tenguk uollsss!
yang paling tak tahan, unsur lawak dia. memang pecah panggung orang dok gelak 24 jam. seram dia pun menjadi dan kita tak dapat sangka apa yang bakal terjadi ke depannya.
daripada 5 bintang, saya bagi 4 bintang.
eeh, cakap tadi best. kenapa bagi 4 bintang je??
urmm sebabkan endingnya lah. mana boleh hantu hidup sama-sama dengan manusia. sangat tak logik okehh.
siapa yang hantu? siapa yang manusia?
itu anda kena lihat sendiri lah.... hehe. kalau tulis nanti makin panjang lah entry ni.
pstttt... memang sangat sangat bestt... serius, pergilah tenguk dan komen sendiri.