Thursday, 16 August 2012

5 kemahiran perlu dikuasai ketika memohon kerja

Siswazah peringkat tinggi merupakan aset yang sangat beharga kerana mereka merupakan tonggak dalam memacu kejayaan dan kegemilangan negara. Setiap individu berlumba-lumba untuk mendapatkan segulung ijazah. Hal ini kerana semakin tinggi tahap pendidikan seseorang, maka semakin tinggi jugalah taraf hidupnya.

Namun perkara yang membimbangkan ketika ini ialah ramai siswazah sama ada lulusan dalam negara atau luar negara tidak mendapat pekerjaan sejurus  menamatkan pengajian. Walaupun sudah pelbagai temuduga jawatan yang mereka hadiri tetap sahaja penerimaan mereka ditolak. Walhal sijil-sijil yang dilampirkan sudah cukup membuktikan bahawa mereka mempunyai kredibiliti yang tinggi untuk bekerja. Hal ini sudah tentu memberikan tekanan kepada bakal siswazah pada masa hadapan. Mungkin juga anda pernah merasainya sendiri betapa susah dan payah mencari pekerjaan yang sesuai dengan kelulusan yang dimiliki.

Di manakah silapnya? Mungkin itu yang selalu terlintas di fikiran kita. Lama kelamaan kita juga yang stress untuk mencari kerja.
google image.
Kuncinya hanya satu iaitu "KEMAHIRAN". Adakah kita mempunyai 'kemahiran-kemahiran' yang dicari oleh  para majikan? kita mungkin beranggapan majikan terlalu memilih ketika merekrut pekerja baru. Namun inilah hakikat yang harus ditelan bahawa siswazah yang mempunyai kemahiran 'luar biasa' lebih diutamakan berbanding calon-calon yang lain.

Terdapat pelbagai kemahiran yang perlu dikuasai oleh para siswazah. Tetapi, ini semua bergantung kepada jawatan yang kita pohon. Sebagai contohnya jika kita memohon untuk jawatan tukang kayu, seharusnya kemahiran bertukang perku dikuasai dengan cemerlang. Jangan pula kemahiran bertukang itu dipraktikkan ketika anda memohon jawatan eksekutif pentadbiran. Sememangnya tidak relevan. Kemahiran yang kita perolehi biarlah seimbang dengan jawatan yang kita inginkan.

Di bawah disenaraikan 5 kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh lepasan siswazah dan bakal siswazah. Kemahiran ini perlu diaplikasikan tidak kira jawatan yang dipohon.

1) KEMAHIRAN KOMUNIKASI

Secara amnya, komunikasi merupakan satu proses di mana pengahantar dan penerima mesej akan berkongi makna (maksud dan tujuan). Tanpa komunikasi yang berkesan sesuatu maklumat tidak dapat disampaikan secara telus dan tepat. Berdasarkan Kajian Gaji untuk Eksekutif yang dikeluarkan oleh MEF, 68% syarikat meletakkan kemahiran komunikasi sebagai kriteria pertama yang dilihat di dalam diri calon. Justeru, kita perlu mempertingkat kemahiran komuniksi sama ada dalam bahasa melayu, bahasa inggeris, dan bahasa ibunda ketika berinteraksi mahupun dalam penulisan. Keyakinan diri juga pelu dipamerkan ketika menjawab soalan daripada panel penemuduga. Jangan tergagap-gagap pula kerana perkara ini  menggambarkan ketidak yakinan jawapan anda. Yakinkan para majikan yang anda layak untuk bekerja di syarikat mereka melalui hujah-hujah yang bernas.
google image



2) KEMAHIRAN INTERPERSONAL
Interpersonal skills atau juga dikenali dengan kemahiran insaniah merupakan kaedah yang paling tepat dalam menyelamatkan serta meningkatkan kebolehpasaran anda dalam dunia pekerjaan. "inter" merupakan dalam. Jadi, interpersonal skills merupakan kemahiran dalaman yang kita miliki seperti komited, berwawasan, inovatif, mampu menyesuaikan diri dengan persekitaran pekerjaan dan lain-lain lagi. Interpersonal yang menawan membolehkan pekerja berfikiran secara lebih positif dalam menyelesaikan masalah.   

3) KEMAHIRAN TEKNOLOGI MAKLUMAT (ICT)

Adakah anda mahir menggunakan komputer, meyusuri laman sesawang, memproses data seperti Microsoft Word dan Office? Kalau jawapan anda YA, bermakna anda sudah menepati salah satu ciri yang dicari oleh para majikan. Hal ini kerana kemahiran ICT sangat diperlukan dalam menambah kecekapan para pekerja serta merupakan mekanisme dalam melancarkan sistem pentadbiran syarikat. 

4) KEMAHIRAN BERFIKIR

Kemahiran Berfikir secara Kritis dan Kreatif (KBKK) merupakan dua domain dalam berfikir. Hal ini dapat menilai tahap kecelikan seseorang individu dalam sesuatu perkara. Oleh itu, individu perlu mengetahui kejadian semasa yang berlaku di sekeliling kita kerana sesetengah penemuduga suka mengajukan soalan di luar kotak pemikiran kita. Kemahiran ini juga penting apabila kita sedang menyelesaikan sesuatu masalah mahupun ketika mengeluarkan idea-idea bernas dalam memajukan organisasi yang dinaungi. 

5) KEMAHIRAN USAHAWAN

Kemahiran ini tidaklah setanding dengan kemahiran-kemahiran lain yang disebut di atas. Namun, jikan kita lihat pada hari ini kebanyakan syarikat mahupun organisasi melakukan transaksi bisnes dalam setiap pelosok. Hal ini termasuklah menjual perkhidmatan, produk, barangan dan sebagainya. Majikan suka mencari para pekerja yang mempunyai inovasi yang tinggi sama ada short-term atau long- term.  Kemahiran ini bukan bermakna anda perlu berfikir seperti seorang entrepreneur. Mengetahui perkara asas sudah memadai untuk meyakinkan para majikan terhadap matlamat kita. 

Kemahiran-kemahiran yang dinyatakan di atas merupakan pandangan dan pendapat bernas yang boleh dikongsi agar kita mendapat sedikit input sebelum mengahadiri sesuatu interview. Secara umumnya terdapat banyak lagi kemahiran daripada itu. Tidak semua kemahiran perlu dikuasai. Tetapi adalah baiknya kita menunjukkan kepada para panel penemuduga bahawa kita mempunyai lebih banyak kelebihan berbanding calon yang lain. Jika sesetengah calon mempunyai 2 kemahiran, kita pula suadh ada 3. Kebarangkalian untuk mendapat pekerjaan akan menjadi lebih tinggi. Namun perlu diingat, KEMAHIRAN TERSEBUT hanya perlu bila kita memohon jawatan yang tinggi dan berkepentingan. 

Kesimpulannya, kemahiran mecerminkan keperibadian. KENAPA?  Hal ini kerana melalui keperibadian kita dapat melihat kesungguhan dalam mencari pekerjaan, kesanggupan menguasai kemahiran, kesediaan memperbaiki kelemahan serta keupayaan meningkaktkan prestasi ke arah lebih gemilang.  


Roslita A.Thalib





Tuesday, 7 August 2012

Pengalaman Interview SPA: PEGAWAI IMIGRESEN GRED KP17

Assalamualaikum.

10 April 2012, tarikh yang bersejarah kerana buat pertama kalinya saya dapat panggilan daripada SPA untuk menghadiri interview Pegawai Imigresen Gred KP17. Dalam masa setahun lebih daripada permohonan yang saya buat, blink-blink saya dapat SMS mengatakan saya layak untuk ditemuduga. Masa tu haruslah kau senyum sampai ke telinga. Perasaan? Umm excited, terkejut, tak sangka, bangga and happy sangat ok. hee :D  Berpuluh ribu orang yang mohon dalam Malaysia ni, tapi yang dipanggil temuduga sangatlah sikit. Dan saya merupakan salah seorang daripada ribuan manusia yang bertuah itu. Syukur, Alhamdulillah..

Bagi sayapeluang hanya datang sekali. Mungkin lepas ni saya tak akan dapat kesempatan macam ni kan. Soal dapat ke tidak belakang cerita. Kalau kau tak datang confirmlah nama ko tak kan tersenarai kan.haha. Baik saya pergi je kan kan kan...

Mak ai, biar betul ni..banyaknya kriteria! kenapa? haa, itulah perasaan saya masa bukak surat SPA yang sampai ke rumah. Kau tak boleh rabun, (sikit-sikit pun tak diterima ok), tak boleh terlebih berat, tak cukup berat, kurang ketinggian pun tak boleh. semua ok. masalahnya sekarang berat badan saya ni je. kejap naik, kejap turun, haihhh...susahnya nak maintain. 

Orang yang datang untuk interview imigresen tak adalah ramai sangat kalau nak dibandingkan polis. Dalam 20 orang rasanya. tapi masa yang diambil memang sangat lama. biasalah kan. ujian kecergasan fizikal. serba-serbi kena perfect. lepas sorang, sorang masuk. tapi, yang ditolak sangat ramai. bila tanya kenapa. ada yang cakap rabun, tak cukup tinggi, terlebih BMI. saya orang yang ke-16 untuk ditemuduga. perasaan masa tu hanya ALLAH sahaja yang tahu. cuaknyaaa.. giliran saya pun tiba lepas tu. saya masuk dengan tenang, baca bismillah n selawat banyak-banyak. semuanya lulus. berat, rabun, tinggi, kawad semua lepas. tak ada masalah...

TAPI.... sayang. "adik, kau ni cacat la aku tengok. semua dah ok da. tapi ada satu je masalahnya". macam tu lah lebih kurang pegawai yang interview tu cakap. saya pelik la. setau saya,  mana ada cacat. sempurna je mak saya lahirkan ke dunia ni. kepelikan saya ni makin berdouble-double  dirasakan.

MAAF... anda tidak layak diterima dalam jawatan ini. hehe. cerita punyalah panjangkan. tapi saya tak dapat pun. bukan rezeki saya untuk diterima bekerja dalam jawatan tu. nak tau kat mana yang cacatnya? haa..diorang ukur tangan saya pakai pembaris uollss... tangan saya sangatlah tak straight ok. bengkok sikit je. tapi tak adalah cacat mana pun. saya buat muka kesian kat pegawai tu bagi saya lulus. kalau tak, saya tak boleh pergi stage seterusnya iaitu individu interview. dia cakap memang tak boleh. kena ikut procedure.  sebelum saya keluar tu  salah seorang pegawai  bagi nasihat. dia cakap jangan pilih jawatan yang beruniform lagi lepas ni. confirm saya tak dapat nanti sebab tangan saya tuu. hehe. saya pun ikut jela cakap dia orang dan renew balik semua jawatan dalam SPA.


ALHAMDULILLAH.. saya dipanggil sekali lagi untuk interview jawatan yang lain.14/8/2012. kalau kita tak berputus asa, INSYAALLAH akan ada kerja lain yang menanti kan.