Thursday, 13 December 2012

Rindu

Assalamualaikum.

Rindunya pada blog yang dah lama terbengkalai ni. rindu pada rakan blogger. rindu pada penulisan. rindu pada semuanya.... sangat-sangat. Ya, tajuk pada hari ini adalah tentang rindu. keke.

sebulan lebih meninggalkan dunia blog. hari ni perasaan macam membuak-buak nak update blog. tak boleh ditahan untuk sesaat lagi. haha. dapat laptop, ada internet, terus update. MISS U SOO MUCH MY DEAR BLOG. muaxx :p

bulan november hingga disember 2012 banyak meninggalkan kenangan manis bagi diriku. dapat tawaran kerja yang tak disangka-sangka. pergi kursus. jumpa kawan-kawan baru. travel from jb-seremban-kl for 2 weeks. berulang alik with my family dengan beg balik kampung yang besar (ingat kena pindah port dickson). tapi perancangan ALLAH S.WT. tiada siapa yang tahu kan. Alhamdulillah,  dapat ditukarkan ke johor bahru. syukur sangat2. tak payah pindah mana2. stay with my family.... yeaahhh :) terima kasih ayah dan mak yang sanggup bersusah payah selama sebulan ni. LOVE U <3

duduk bersama keluarga lebih indah daripada bersendirian. tapi tak kan la sampai ke tua nak duduk bawah ketiak mak. tak logik jugak kan. haha. entahla. sekarang ni masih tak boleh berpisah dengan mak dan ayah lagi walaupun umur dah 21 tahun. pergi kursus seminggu hari tu pun dok tepon mak aja. hee

hari ni terlalu banyak perkataan rindu yang akan ditulis. rindu seterusnya.... kawan-kawan kursus hari tu. walaupun baru kenal, tapi keakraban kami macam dah 10 tahun kenal. kami sangat rapat. nasib ada FACEBOOK yang menjadi peneman setia untuk berhubung. nak mengharap kredit tepon saja memang tak mencukupi la.. mau bankrup daku kalau dok call kawan yang sorang kat labuan, sorang kat penang, yang lain kat kl dan merata-rata tempat lagi dalam Malaysia ni lah... (bukti saya ada ramai kawan !) sila jangan jelez :p

kalau nak tulis kerinduan hari ni, memang berjela tak habis. banyak sangat. tapi cukup untuk hari ni rasanya.. nak baca nota untuk exam. cuak ni. sabtu dan ahad ni exam..tapi satu buku pun tak khatam lagi ni. adehhh..

# nak bw semua orang kalau bole. tapi tak sempat :( sob sob. kepada blogger yang saya belum follow tu, sorry sangat-sangat ye. insyaallah, lepas habis exam je saya akan terjah blog anda! hehe :)




Friday, 2 November 2012

Ichiban Takoyaki - sedap, tapi mahal

Assalamualaikum, selamat malam

takoyaki - google image

Hai... gambar di atas tulah takoyaki namanya. daku rasa makanan tu daripada Japan. tenguk nama (ichiban takoyaki) pun dah boleh agak kan. ala-ala nama orang jepun gitu. hehe. kalau nak kepastian yang lebih lanjut boleh tanya encik google ye. confirm beliau dapat membantu anda. ;)

Pernah makan? Bentuk dan cara masak dia sama macam kaya ball yang dijual dekat supermarket/hypermarket. tapi size dia lagi besar la. kalau kaya ball inti kaya, takoyaki ni pula ada macam-macam inti seafood. dulu cuma ada sotong. sekarang dah ada inti ketam dan udang.
but, korang jangan expect la diorang nak letak sotong or udang yang size L/XL tu dalam takoyaki. memang tak kan dapat punya. haha. inti tadi tu dia potong jadi dadu kecil. dan cuma ada satu dadu kecil untuk setiap ball. memang tak puas! grrr. kalau letak banyak-banyak mesti best kan. hihi.

Tadi sempat singgah ke KSL mall, JB. buying something there. dah lepas dapat apa yang dicari, then teringat dekat KSL ada stall takoyaki ni. apa lagi, terus terjah la. hehe. dah lama tak makan. last time makan bulan 9. masuk ni, baru 6 kali dapat makan. tapi... bila sampai stall tu, mulutku terus ternganga. bukan nganga sebab dapat makan benda tu. tidak sama sekali. tapi ternganga sebab tenguk harga dia. makin naik and mahal wo! huhu. baru 2 bulan lebih tak makan, harga dah naik ye. tak patut.. isyhhh isyhhh.

Di sini ingin daku ceritakan sejarah dan pengalaman makan takoyaki ni bersama dengan harga dia sekali.   hehe. (sila abaikan ayat ini jika nampak macam poyo sangat).

First time makan, end of 2011 : 4pcs - RM 5.10
Pertengahan tahun 2012          : 4pcs - RM 5.50
Bulan 9, 2012                        : 4pcs - RM 6.10
Hari ini, 1th november 2012    : 4pcs - RM 6.50

Haa, nampak tak perbezaan ketara harga dia. makin hari makin mahal sahaja. nasib baik la kau sedap takoyaki oii. kalau tak, memang tak kan daku nak beli kau tadi. muehehehe. dulu murah sebab baru-baru keluar kan. tak ramai orang kenal dan makan. sekarang dah makin orang menggilai makanan ni, sebab tu la makin mahal. huhu. 

Bagi daku agak mahal la sebab 4pcs je dah rm6.50. kalau pergi kedai biasa dapat makan nasi ayam special sepinggan & teh o ais secawan. lagi kenyang... hehe. kalau sesaja nak try apa salahnya. tapi kalau tiap-tiap hari nak makan benda ni, oh no.. mau menipis kewangan nanti. 

for those yang duduk area johor bahru & nak try makan takoyaki ni, uolls boleh pergi KSL city (sebelah MBO cinema), City Square (sebelah F.O.S) or Jusco Bukit Indah (ground floor). dekat Jusco Tebrau tak sure ada ke tak. sebab tak pernah nampak. kalau ada sila roger2 ok. muehehe. (dekat sikit nak pergi) 

daku bukan duta or promoter Ichiban Takoyaki ni. sila jangan salah faham ye :p lalalala...

#berusaha menyiapkan satu assigment malam ni. harap-harap boleh dan tak tertidur je nanti. gambatte!

Wednesday, 31 October 2012

Cari dia sampai dapat.

Hai, selamat pagi. 

Jam sekarang sudah menunjukkan angka 3.54 a.m. and i am still terjaga dan tak tidur dari tadi lagi. orang lain agaknya dah mimpi sampai ke bintang sambil buat peta dekat bantal masing-masing. wakaka.

apa yang daku buat malam-malam ni? tenguk korea, gayut dalam talipon or berangan? semua salah. benda tadi tu daku dah buat awal-awal. hehe. ummm,,, daku tengah main game ni.


siapa pernah main game ni sila angkat jari. muehehe.

oh yeaaa?? ada pulak korang kisah kan. hehe. sebenarnya daku bukan lah gila sangat nak main game ni sampai sanggup bersengkang mata. tak sanggup wehh. baik buat taik mata, lagi best kan. mana tau boleh mimpi kahwin dengan putera raja. alangkah indahnya duniaku ini. gagaga (berangan je lebih) hihihi. 

Actually i am trying to finish up my assigment yang dah terbengkalai hampir beberapa minggu. lagi 17 hari kena hantar. walawehh..please, help me. 3 assigmnet pula tu. kalau satu tak hapa lah juga kan. tapi my brain dah tak boleh nak digest lagi. idea dah kering kontang. tak tau nak taip apa. thats why la daku main game word search. kononnya la boleh cerna balik minda tu. tapi hampeh, makin pening ada la... 

susah betul nak cari. kalau korang semua perasan, ada satu perkataan yang sampai sekarang tak jumpa. mana tah dia sembunyi. nak main sembunyi ibu pula pagi-pagi ni ye. surrender lah "rind" weyhh.. dah tak sanggup nak cari lagi. daku dah angkat bendera putih pun tak nak keluar juga ea. ngada-ngada betul lah. kalau bagi choki-choki agaknya keluar tak? hahaha. (apa yang aku melalut pagi-pagi ni). jangan sampai kedai esok mereng sudah :p

nak sambung buat kerja. memang jadi mata panda lah lagi berapa jam ni. badan minta tidur (penat dan ngantuk), tapi mata tak boleh nak lelap. sebab baru lepas pekena nescafe pagi-pagi buta. arggghhhh

# ada sesiapa boleh tolong carikan "rind" ? kekeke.

Monday, 29 October 2012

Modal Buang Air Kecil - RM 9.00 !

Agak tragis dan geli2 juga tajuk entry kali ini. haha. tapi jangan salah faham pula ye. entry kali ini tak ada kena mengena dengan bayaran public toilet yang semakin mahal. sekali masuk kena 30 sen. grr....kalau banyak2 kali masuk, mau bankrupt daku! 

Mesti korang semua pelik kan. macam mana lah nak buang air pun kena pakai modal. biasanya kalau nak kencing pergi jelah tandas terus kan.. ni nak siap bermodal bagai.. haisshh. musykil? begini ceritanya... kekeke

Pada suatu hari di pagi rabu yang cerah, daku dan adik daku telah pergi ke Hospital Sultan Ismail, JB dengan menaiki motor kesayanganku. tak ada duit beli kereta, motor je yang ada. hehe. tapi bukan pergi merempit ea. kami tunggang dengan cara yang paling berhemah sekali. tujuan utama - buat medical checkup.

pon pon...

Sampai sana dalam 9.30 gitu... orang punya lah ramai. sampai parking pun tak ada dah. huhu nasib juga la kami naik motor, senang sikit menyelit. turun je motor terus besesak-sesak pargi kaunter pertanyaan. sebenarnya ni first time daku buat medical checkup. hihi. tu yang blur kejap :p

Daku : cik, tumpang tanya, nak buat medical checkup kat mana ye?
Petugas : nak buat medical checkup bukan kat hospital cik, tapi dekat klinik pesakit luar atas bukit.
Daku : Haa,, klinik atas bukit? kat mana tu...tak tahu la

Dengan muka blur, daku pun keluar la dari hospital cari klinik yang petugas tu cakap. selepas berpusing-pusing hampir 10 minit akhirnya jumpa juga tempat yang dimaksudkan. hek eleh, dekat je sebenarnya dengan hospital.. nampak sangat tak pernah jejak H.S.I. kuang kuang kuang.

Dah lepas register tu semua, daku pun bersiap sedia masuk ke bilik no.10 untuk diperiksa. macam biasa . mula2 check berat, tinggi, mata. then tiba-tiba nurse tu cakap, "dik, pergi tandas kat sebelah & buang air kecil dalam botol nie ok". daku pun terus ternganga "haaaa, dalam 2 botol nie? biar betul, saya tak boleh nak kecing ni nurse. huhu."


2 botol ok, bukan 1. huhu

Walaupun tak ada keinginan, tapi terpaska juga la. dah lepas beberapa minit, hasilnya tetap sama. tak boleh nak keluar juga. (erkkk jangan geli ye. hehe) akhirnya daku ke cafe untuk beli air mineral and sandwich dengan harapan lepas ni boleh ke tandas la.


            

air mineral : RM 1.50
sandwich  : RM 3.50
total          : RM 5.00


Tunggu punya tunggu, hampir setengah jam juga la lepas melesapkan segala makanan dan air ke dalam perut. tapi....still sama. huwaa cam nak nangis je ke kat situ. apa punya susah la nak buang air kecil ni. adik daku dah boring je tunggu lama2. tak ada pilihan lain, kena makan benda lain pulak lepas ni! macam azam 2013 la pula bunyi nya ye. muehehehe. ke cafe sekali lagi dan beli item di bawah


         

ice lemon tea : RM 2.00
buah tembikai : RM 2.00
 total              : RM 4.00

Lepas setengah jam lagi, barulah perasaan yang membuak-buak untuk ke tandas tu tiba dengan sendirinya. hehe. fuh,, berpeluh seyhh. satu jam kot duduk dekat situ. orang lain semua dah habis balik kot. nurse tu pun sampai tegur "lamanya nak tunggu awak hantar specimen ni kat saya balik" kaka.     nasib baik dapat nurse sporting..ingatkan boleh siap hari ni. tapi, tak boleh. huwaaaa! x-ray dekat klnik tu rosak, so kena pergi klinik pasir gudang lak. spesimen tu lagi 2 minggu baru boleh dapat. next appoinment dengan doktor was 7/11/2012. mana sempat, daku ada kat Negeri 9 masa tu. dengan perasaan hampa daku pun keluar dari situ and terus call ayah. 

At last, daku wat medical checkup dekat Hospital Penawar, pasir gudang. 2 jam dah siap semua. walaupun kena keluar duit sikit, tapi nak wat macam mana. salah sendiri, sapa suruh wat medical checkup lambat2 kalau nak guna cepat. (bukan pakai duit sendiri sebenarnya. ayah bagi, pun complain juga ke).  muehehe.

Moral of the strory : jangan jadi macam daku ye. kalau nak wat medical checkup tu, prepare awal-awal ok. borang, surat tawaran kerja/belajar jangan lupa bawa. haa,,, lagi satu, sebelum keluar minum air banyak-banyak. tak adalah jadi macam diriku ini. nak buang air kecil kena modal RM 9.00 dulu and tunggu 1 jaam. grrrr..


# terlepas nak tenguk cerita AKU TERIMA NIKAHNYA sebab busy ke hulur ke hilir buat medical  checkup.


Friday, 26 October 2012

Salam AidilAdha

Assalamualaikum :)




Bestnya tenguk orang balik kampung beraya dengan sanak-saudara. huhu, jelez taw. nasib baik la family dok sini juga. kalau tak memang confirm nangis. muehehe.. yang tak dapat cuti kerja tu jangan sedih-sedih ok. sebab saya pun kena kerja juga..sobsob.. kesian kan.

Salam Aidiladha. tetap senyum walaupun kena kerja :)





Saturday, 6 October 2012

SEGMEN E'RAZ FADLI : BLOGWALKING

Masih belum terlambat rasanya kalau join segmen dari saudara E'RAZ FADLI ni. tarikh tutup penyertaan pun sudah dilanjutkan sehingga 8 oktober 2012 jam 8 pagi.

Jom ramai-ramai sokong blog saudara E'RAZ di SINI. mana tau dapat kenal-kenal dengan blogger yang lain. hehe



Blogwalking sangat penting sebab dapat tambah kenalan baru kan :) 

Oktober gembira

Assalamualaikum

Minggu pertama bulan Oktober, tersangat lah sibuk dengan tugas kampus dan kerja-kerja yang lain. Nak buka blog pun tak sempat. kesian betul. kepada followers yang baru tu, sorry ye lambat jengah dan follow anda semua. insyaallah ada masa nanti saya akan blogwalking korang sampai lebam. hehe.

Alhamdulillah, sudah setuju terima pelantikan jawatan kerja yang baru :) harap semua berjalan dengan lancar nanti.bulan depan pergi kursus di port dickson. yehaaa...boleh cuti sekali ( angan-angan jela kan ) haha




Tak sabar rasanya nak rasa pengalaman pertama kerja kerajaan. senang ke susah ea. huhu. ada rasa takut. tapi teruja lebih la. hehe. tak sangka pula boleh dapat tawaran ni. rezeki saya kot. dan berkat doa daripada ayah dan mak yang tak pernah putus. semoga boleh terus tetap di sini. Amin



Friday, 28 September 2012

WAH SAYA TERPILIH DALAM SEGMEN MAK DARA SILA SAMPAIKAN UCAPAN SAYA


Assalamualaikum dan salam jumaat. Pejam celik, penghujung September sudah makin menghampiri. rasa macam cepat bebenor je kan. rasa macam baru beberapa hari je aktif dengan dunia blogging nie. hihi. dulu cuma ada 5 followers. sekarang? wow.... dah ada 172 followers. terima kasih saya ucapkan kepada blogger-blogger yang sudi follow dan singgah ke blog saya yang tak seberapa ni :)

1 setengah hari saya tak on  blog dan tetiba tadi ternampak komen Mak Dara di SINI menyatakan saya terpilih dalam segmen  MAK DARA SILA SAMPAIKAN UCAPAN SAYA. terkejut dan sungguh tak disangka. numbur saya terpilih di antara bebanyak numbur yang lain. 1st place pulak tu. hihi. dah macam menang gold medal je rasanya :) ada 2 orang peserta bertuah lain yang terpilih iaitu kak Mia Liana dan Isabel Diaz.


comel kan Mak Dara pegang white board tu... yea! saya punya nama and my blog address tu.. ehem, jangan jeles taw :p

jom tengok aksi kreatif Mak Dara sampaikan ucapan saya tu :)



















dah tenguk? nice kan.. suka cara Mak Dara sampaikan tu. sangat kreatif, cantik, tertarik, touching dan de boom! to Mak Dara thank you soo much :) really love it. ucapan saya akhirnya terlaksana juga.
nak tahu cerita lengkap jom terjah blog mak dara sekarang juga. hehe

http://www.bicaramakdara.com/2012/09/mak-dara-sampaikan-pesan-blogger.html


Wednesday, 26 September 2012

SEGMEN : BLOGWALKING SAMBIL FOLLOW 1 MALAYSIA


sekarang baru 25 september. rasanya sempat lagi saya join segmen ni sebab tarikh tutup adalah pada 29 september 2012. mesti anda semua perasan kan minggu ini sahaja sudah berapa segmen yang saya join. hehe. maklumlah, blogger baru. excited sekejap bila ada benda2 macam ni. muehehe. selain daripada tambah kenalan, boleh juga dapat info-info yang berguna daripada rakan blogger. 

follower saya:136
asal : johor bahru

rasa nak join juga? meh ramai-ramai klik banner di atas tu. senang ja :)


La,,, Lyssa Faizureen tersangat famous rupanya!

Assalamualaikum, selamat malam semua. Tak jawab dosa taw. hehe.

Seminggu yang lepas memang tersangat lah busy dan sumpah...nak update entry baru pun tak sempat. huhu. tangan, mata, kaki semua dah lebam angkara berblogwalking tak hingat dunia. sampai nak makan pun kena * erkk nanti dulu lah, aku kena follow semua orang ni * hehe, teruk kan. tapi,, memang meletopss betul segmen yang saudara zayn buat. follower datang bertubi2 tak kira jam! tak rugi i join. muehehe ;)

Ok, letak tepi pasal berblogwalking, berblogswimming or berblog pape sahaja lagi lah. ada cerita lagi penting  yang saya nak bagi tahu especially bagi blogger2 baru macam saya ni. hehe.

Sebenarnya, dari minggu lepas saya agak kagum dan pelik sekejap lah kan. siapa lah budak comel di bawah ni.




saya ingatkan the owner blog la. tapi lama kelamaan, kepelikkan saya ni makin berdouble-double lak. eh? sebab tak mungkin la dia ada banyak blog. pergi mana-mana blog je mesti ada gambar di atas. untuk menjimatkan masa yang di kala itu tengah sibuk berblogwalkng, saya pun letak tepi dan fikir *maybe kawan-kawan dia tengah promote blog dia kot. haha. memang saya lambat pick-up.

DAN tadi...masa telah menjawab segala-galanya. rupanya, budak comel itu ialah Lyssa Faizureen, the owner of http://www.lyssasecret.com

macam mana saya boleh sampai ke blog adik ni? (sebab umur dia muda setahun daripada saya so kena panggil adik la kan) hehe... nak dijadikan cerita, tadi saya bosan dan tak ada kerja. memandangkan saya ni blogger baru, so saya cari la tips2 nak naik kan follower beribu riban. hehe. tamak betul aku ni! eh, eh. tup2, url dia yang muncul. saya apa lagi. dengan gelojohnya bukak... and suddenly * eh, macam kenal dan pernah nampak je budak ni. tapi kat mana ek? setelah memproses segala data dalam kepala ni baru lah saya.... * laaa! budak comel ni rupanya :) senyum sampai ke telinga sekejap..

Wow! blog dia memang ohsem. ditambah dengan follower yang melebihi 50 000, siapa yang tak kagum kan. follower dia lagi banyak daripada Fatin LiyanaMaria ElenaIrene Nadia Marcello dan blogger2 famous lain yang seangkatan dengannya lah. ramai betul followers dia. jeles sekejap. haha. patut la kebanyakkan blogger letak banner adik lyssa ni dalam blog mereka. 

memang tidak hairan, lyssa boleh dapat follower yang berpuluh ribu dalam masa 2 tahun sahaja sebab banyak tips dan tutorial yang boleh kita dapat daripada blog dia. apa sahaja memang ada di situ. nak  tips berbloggingtutorial yang bermacam? boleh rujuk di blog lyssa. banyak info-info berguna yang boleh kita ambil dan pelajari. ayat yang diguna pakai pun sangat simple and senang kita nak faham. hehe. rasa macam tengah jadi promoter lak :p 

to adik Lyssa Faizureen yang sangat comel and cantik, syabas and tahniah saya ucapkan. teruskan perjuangan anda ye. terima kasih sebab buat banyak tutorial dan tips. banyak yang saya boleh pelajari dan perbaiki. semoga lepas ni lagi banyak entry yang akan anda update. yeaahh! :)


psttt...nak jadi macam adik ni juga boleh tak? hihihi ;)

MAK DARA SILA SAMPAIKAN UCAPAN SAYA

                       Bicara Mak Dara


sebenarnya saya baru jadi follower Mak Dara ni tadi.. eh, tiba-tiba ternampak ada segmen, sila sampaikan ucapan saya. menarik dan terus join.

ucapan yang ingin saya sampaikan ini dituju khas buat ayah tercinta En. A.thalib bin hamid :)

1. Ayah, 21 tahun ayah telah besarkan saya
2. Penuh kasih, cinta dan sayang.
3. Apabila melihat dirimu sakit tadi
4. Hati ini menjadi terlalu sebak dan sedih.
5. Ayah, cuma doa yang mampu kupanjatkan kepada yang ESA
6. Semoga ayah beroleh kekuatan dan kesihatan semula.

erkkk.. menangis sekejap. i love you so much ayah :)

psttt..jomlah join ramai. for more info, just click the banner ok. thank you mak dara for creating such a good segment :)

Friday, 21 September 2012

Jom Tingkatkan Followers Sampai Lebam

Assalamualaikum, selamat sejahtera, selamat petang, hai, hello. eh terlebih sudah :) 

tadi saya sempat singgah ke blog kak mialiana dan terjumpa segmen ni. ramai juga yang join. masa saya buka je dah 200 lebih taw. wow, sambutan sangat-sangat menggalakkan! 

terima kasih kepada tuan asal punya belog yang mereka segmen ini. sangat mudah, ringkas dan yang lebih penting boleh tambah ramai followers. hehe. lebih-lebih lagi blogger baru macam saya ni kan. followers baru 5 orang ja :D       jomlah ramai-ramai kita join.





bagaimana caranya? ikut sahaja seperti arahan di bawah :)

copy & paste dari tuan punya belog, saudara Zayn.                               
Buat satu entry " Jom tingkatkan followers sampai lebam " -letak banner kat entry
 Letak jumlah followers korang * yang sekarang * - terpulang nak printscreen ke hape ke .
 Letak link entry yang korang buat kat dalam kotak komen di bawah ni .
 Last , follow blog wa *malu* - semua peserta akan difollow back .







Thursday, 20 September 2012

mood yang sentiasa berubah

 Assalamualaikum

Hari ini mood hilang sekejap lepas bukak MyVLE OUM. lebih tepatnya mood tiba-tiba gone pada pukul 6.01 pm. hasisshh.      

                                                 
                                                     

sebabnya result dah keluar and sedikit mengecewakan. bukan jauh daripada expectation, tapi meleset terus. sipi-sipi pun tak kena. tula gatai sangat nak tahu keputusan kan. bila keputusan tak keluar, sibuk membebel macam mak nenek. ha, sekarang dah keluar. amik ko! bagussss sangat.... lah pulak :(                                                                      


situasi sebelum 6.01 and baru nak check result, senyum sampai ke telinga.

                                                                                      
                                                                                              
                                                                                 
                                                     
         bila keputusan dah terpampang depan mata, berubah terus. 


                                            


masa nak balik rumah dari tempat kerja tadi, hujan renyai-renyai turun membasahi bumi. macam kena dengan jiwaku yang tengah mendung di kala ini. suasana menjadi sejuk dan nyaman seketika.

mood kita memang selalu berubah-ubah kan. sekejap marah. nanti boleh ketawa suka hati. eh, tiba-tiba boleh nangis dan sedih dengan sendirinya. itulah lumrah kehidupan insan yang bergelar manusia.                                                                          

terima kasih encik google kerana bagi pinjam watak-watak di atas untuk menggambarkan keadaan diriku sekarang. jasa anda amat dihargai.





                                                              


Tuesday, 18 September 2012

Pisang goreng sambal kicap

Petang-petang macam ni memang best kalau dapat makan pisang goreng panas. fuhhh.. ditambah dengan sambal kicap lagi, memang marvellous. tapi ada kawan saya cakap, kat johor je orang makan pisang goreng dengan sambal kicap. betul ea? tak tau la pula. ingat kan semua negeri sama ja. hehe. almaklumlah tak pernah try makan pisang goreng kat negeri lain. ada orang cakap pelik. ada juga yang cakap unik. kalau saya, memang tak sah kalau makan tanpa sambal kicap. johor memang unik. and.... I like!

ihsan encik google

tak dapat makan pisang goreng sebab tengah bekerja. dapat tulis entry pasal ni pun jadi la. haha

Tuesday, 11 September 2012

Oh, my jadual

                                                              Assalamualaikum

Cepatnya masa berlalu. sedar tak sedar saya kini sudah berada dalam semester 3. tapi masih di tahun pertama. eh macam mana pulak tu ye? biasanya kalau dah masuk sem3 mesti la dah tahun 2. betul tak? hehe. adakah saya study di luar negara? jawapannya tidak sama sekali ok. saya cuma part time student sahaja dan sedang menuntut di  Open University Malaysia. sebab tulah jadual saya tak sama macam full time student yang lain.


kampus saya --> stulang laut, jb.

Bercerita mengenai jadual kan, saya punya jadual untuk semester 3 dah keluar tadi. punya lah excited sampai setiap hari saya bukak website oum, check sama ada jadual terbaru dah di update ke belum. kalau tak di update lagi alamat staff oum kena dengar la saya berleter dengan mereka. lalala. yelah mana tak nya, kelas tak lama lagi nak start, tapi jadual tak keluar-keluar lagi. haisshh.. saya punya la semangat nak study ni. ceh ceh.berkobar-kobar la sangat ye. hehe.

Tapi kan, semangat saya ni boleh pakai kejap je. lepas tu jadi hangat-hangat taik ayam. eh peribahasa ni sesuai ke dengan situasi sekarang? ah hentam jela. sorry cikgu sadai :) anak muridmu dah lama meninggalkan bangku sekolah. hehe. umm kenapa saya jadi macam ini? sebab bila tenguk jadual tu keluar tadi semangat yang tadi 100% jatuh merundum sehingga tinggal 10% sahaja. perbezaan yang sangat ketara tuu.

Oh! my jadual for sem 3 sangat-sangat lah berterabur dan tak sama masa sem 1 & 2 dulu. kalau dulu saya hanya perlu attend tutorial class 2 minggu sekali or 3 bulan dalam sekali, tapi for this sem no more already. i have to come every week. huargghh. tak nak... saya lebih rela kelas sehari penuh bermula  pukul 8 pagi hingga ke pukul 5 petang walaupun tersangat lah penat daripada kena datang cuma untuk satu slot=satu subjek=2 jam dalam seminggu then tiap-tiap minngu kena datang. huhu. dulu kelas ari ahad je. sekarang kelas ari sabtu dan ahad. oh my....sanggupkah saya? suka-suki je kan saya complain. kalau staff oum baca ada faedah juga. he he.  mana tahu mereka prihatin dan boleh ubah jadual. (in my dream jela kan) haha.

Walau bagaimanapun (ayat bajet skema :p), ini adalah pilihan saya. saya yang pilih untuk study part time dan kerja full time. bukan sesiapa yang paksa. kalau jadual bercanggah dengan kehendak hati saya sendiri sekali pun, saya tetap kena ikut dan patuhi juga, right? sebab saya berazam untuk habiskan pengajian saya less than 4 years. tak sanggup tunggu lama-lama. :) chayyok!


Nervous tunggu keputusan exam for sem 2. hope keputusan akan secemerlang sem 1 (:



Saturday, 8 September 2012

Beraninya budak "p" tu.

Sebelum pergi kerja tadi sempat la juga saya menolong mak sidai baju di ampaian luar rumah. Walaupun ketika itu jarum jam sudah menginjak ke angka 10.45 a.m, kira-kira 15 minit lagi sebelum jadual kerja bermula. nasib la rumah dekat je dengan tempat kerja. 10 minit dah sampai. tak payah la saya nak terkejar-kejar sangat kan. dan yang lebih untungnya, tempat kerja saya tak ada punch card. erkkk,, thank you bos. hehe. kalau lambat pun tak ada lah gaji kena tolak kan. gaji bersih setiap bulan! :) oh ye..

Ok, mukadimah pun dah panjang berjela-jela. tengok tajuk post pasal berani. tapi kenapkah saya tiba-tiba bercerita pasal kerja lak. konpius sungguh roslita ni. huhu. i will make it short. berbalik pasal sidai baju tadi kan, saya tiba-tiba terpegun jap. macam dunia berhenti berpusing. eh adakah aku sedang bermimpi? tapi tak. cubit pipi..huihh mak, memang sakit. sunggguh tidak menyangka kanak-kanak ribena yang baru darjah empat merangkap anak jiran belakang rumah saya dah tahu bawak motor. kalau lelaki tak adalah pelik sangat. ni perempuan ok! kagum sekejap. haha. berani gila. memang hebat lah kau dik. adik perempuan saya yang darjah lima tu, jangankan nak suruh bawak motor. basikal tah-tah tak lepas lagi. hehe. sorry adik ku sayang.

Tetapi, sayang beribu kali sayang. sedang saya leka menonton aksi dia, tiba-tiba dia boleh terjatuh dan terduduk dekat simpang rumah saya tu. nasib baik la excident kecil saja dan nasib juga motor tu tak hempap dia. kalau tak, alamat tidur hospital la malam ni. huhu. yang kelakarnya, dengan bangganya dia bangun dan angkat motor tu balik sambil gelak-gelak. motor tu dala berat. laratnya la hai. tak padan dengan umur. memang lawak la budak ni. boleh pulak dia tak nangis ea. badan dah kebal agaknya kan. orang yang tengok dia pulak yang risau. humphh dik, hati-hati yer lain kali.

Betul lah kata orang. budak-budak zaman sekarang dah tak sama macam dulu lagi. mereka dah terlebih expert dariapada kita. yelah, bermacam-macam teknologi datang menyinggah sampai perasaan ingin mencuba tu membuak-buak. kalau masa zaman saya dulu, ada juga yang belajar membawanya. tapi itu kalau dah masuk sekolah menengah la kan. saya pandai bawak motor pun masa tingkatan 2 atau 3. mula-mula cuak jugak la. yela mana tau nanti terbabas ke hapa ke kan.

Walau apa pun, keselamatan diri kena jaga yer adik-adik sekalian. kalau boleh pakai la helmet. jangan bawa laju sangat. slow and steady je. tak lari mana motor kamu tu. nanti tak adalah cedera sana sini. tak salah kalau nak mencuba sesuatu. tetapi ingatlah orang yang tersayang di rumah. cewaahhh. ayat macam nak kempen keselamatan jalan raya saja. hehe.

Friday, 7 September 2012

to my luvly friends...

Sahabat,
Ingatkah kau ketika kita bersama,
Bergelak ketawa bergurau mesra, 
Berkongsi cerita berbagi pendapat,
Bagaikan dunia hanya milik kita.

Bertahun-tahun kita berkongsi suka dan duka,
Tiada masalah mahupun sengketa,
Apa pun masalah kau pasti aku mendengarnya,
Begitu juga dengan kau yang tidak pernah meninggalkanku bersendirian.

Sahabat,
Sedarkah kau kita begitu terpisah jauh,
Bukan jarak yang memisahkan kita,
Facebook, twitter, skype, IM semua menjadi penghubungnya,
Namun jiwa dan raga kita bagaikan sudah tidak bersatu.

Kita sudah menganjak dewasa,
Kita sudah mempunyai kehidupan masing-masing,
Kau dengan kerja kau,
dan Aku sibuk dengan urusan aku sendiri,
Kita sudah tiada masa bersama,
Mungkin ini jadi penyebabnya,
Mungkin jua hal yang lain,
Tiada lagi istilah kembar siam berlainan mak dan ayah yang kita terima di sekolah,
Tiada lagi kata bagai belangkas yang digelar rakan-rakan,
Apa yang tinggal hanyalah kenangan.

Sahabat,
Aku rindukan kau,
Aku rindukan gelak tawa kita sewaktu alam persekolahan,
Aku rindukan teletah kita yang mencuit hati,
Aku rindukan pertemuan-pertemuan kita yang dulu,
Aku rindukan semuanya.

Namun aku sedar, 
Kita kini bukanlah seperti dahulu,
Yang bebas berjumpa tidak kira masa,
Yang bebas bercerita tidak kira tempat,
Dunia kita bagaikan terbatas dengan sempadan waktu dan masa,
Dan aku amat mengesalinya.

Sahabat,
Andainya aku pernah membuat khilaf,
Maafkanlah aku.

Mungkin aku tersalah kata,
Mungkin aku tersalah bicara,
Mungkin aku membuat kau berkecil hati,
Mungkin juga aku membuat kau marah dan merajuk.

Tetapi Sahabat,
Aku hanyalah insan biasa,
Aku hanyalah sahabatmu yang tidak sempurna,
Aku tidak sedar apa yang aku lakukan,
Maafkanlah aku.

Sahabat,
Kau adalah temanku, rakanku, kawanku,
Dunia dan akhirat,
Walau apa pun yang terjadi di kemudian hari,
Aku tetap menyayangimu,
Tiada apa yang mampu memisahkan kita,
Kecuali di saat kematian datang menjemput kita kembali kepada ALLAH S.W.T



yang merinduimu,

ROSLITA A.THALIB





Thursday, 16 August 2012

5 kemahiran perlu dikuasai ketika memohon kerja

Siswazah peringkat tinggi merupakan aset yang sangat beharga kerana mereka merupakan tonggak dalam memacu kejayaan dan kegemilangan negara. Setiap individu berlumba-lumba untuk mendapatkan segulung ijazah. Hal ini kerana semakin tinggi tahap pendidikan seseorang, maka semakin tinggi jugalah taraf hidupnya.

Namun perkara yang membimbangkan ketika ini ialah ramai siswazah sama ada lulusan dalam negara atau luar negara tidak mendapat pekerjaan sejurus  menamatkan pengajian. Walaupun sudah pelbagai temuduga jawatan yang mereka hadiri tetap sahaja penerimaan mereka ditolak. Walhal sijil-sijil yang dilampirkan sudah cukup membuktikan bahawa mereka mempunyai kredibiliti yang tinggi untuk bekerja. Hal ini sudah tentu memberikan tekanan kepada bakal siswazah pada masa hadapan. Mungkin juga anda pernah merasainya sendiri betapa susah dan payah mencari pekerjaan yang sesuai dengan kelulusan yang dimiliki.

Di manakah silapnya? Mungkin itu yang selalu terlintas di fikiran kita. Lama kelamaan kita juga yang stress untuk mencari kerja.
google image.
Kuncinya hanya satu iaitu "KEMAHIRAN". Adakah kita mempunyai 'kemahiran-kemahiran' yang dicari oleh  para majikan? kita mungkin beranggapan majikan terlalu memilih ketika merekrut pekerja baru. Namun inilah hakikat yang harus ditelan bahawa siswazah yang mempunyai kemahiran 'luar biasa' lebih diutamakan berbanding calon-calon yang lain.

Terdapat pelbagai kemahiran yang perlu dikuasai oleh para siswazah. Tetapi, ini semua bergantung kepada jawatan yang kita pohon. Sebagai contohnya jika kita memohon untuk jawatan tukang kayu, seharusnya kemahiran bertukang perku dikuasai dengan cemerlang. Jangan pula kemahiran bertukang itu dipraktikkan ketika anda memohon jawatan eksekutif pentadbiran. Sememangnya tidak relevan. Kemahiran yang kita perolehi biarlah seimbang dengan jawatan yang kita inginkan.

Di bawah disenaraikan 5 kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh lepasan siswazah dan bakal siswazah. Kemahiran ini perlu diaplikasikan tidak kira jawatan yang dipohon.

1) KEMAHIRAN KOMUNIKASI

Secara amnya, komunikasi merupakan satu proses di mana pengahantar dan penerima mesej akan berkongi makna (maksud dan tujuan). Tanpa komunikasi yang berkesan sesuatu maklumat tidak dapat disampaikan secara telus dan tepat. Berdasarkan Kajian Gaji untuk Eksekutif yang dikeluarkan oleh MEF, 68% syarikat meletakkan kemahiran komunikasi sebagai kriteria pertama yang dilihat di dalam diri calon. Justeru, kita perlu mempertingkat kemahiran komuniksi sama ada dalam bahasa melayu, bahasa inggeris, dan bahasa ibunda ketika berinteraksi mahupun dalam penulisan. Keyakinan diri juga pelu dipamerkan ketika menjawab soalan daripada panel penemuduga. Jangan tergagap-gagap pula kerana perkara ini  menggambarkan ketidak yakinan jawapan anda. Yakinkan para majikan yang anda layak untuk bekerja di syarikat mereka melalui hujah-hujah yang bernas.
google image



2) KEMAHIRAN INTERPERSONAL
Interpersonal skills atau juga dikenali dengan kemahiran insaniah merupakan kaedah yang paling tepat dalam menyelamatkan serta meningkatkan kebolehpasaran anda dalam dunia pekerjaan. "inter" merupakan dalam. Jadi, interpersonal skills merupakan kemahiran dalaman yang kita miliki seperti komited, berwawasan, inovatif, mampu menyesuaikan diri dengan persekitaran pekerjaan dan lain-lain lagi. Interpersonal yang menawan membolehkan pekerja berfikiran secara lebih positif dalam menyelesaikan masalah.   

3) KEMAHIRAN TEKNOLOGI MAKLUMAT (ICT)

Adakah anda mahir menggunakan komputer, meyusuri laman sesawang, memproses data seperti Microsoft Word dan Office? Kalau jawapan anda YA, bermakna anda sudah menepati salah satu ciri yang dicari oleh para majikan. Hal ini kerana kemahiran ICT sangat diperlukan dalam menambah kecekapan para pekerja serta merupakan mekanisme dalam melancarkan sistem pentadbiran syarikat. 

4) KEMAHIRAN BERFIKIR

Kemahiran Berfikir secara Kritis dan Kreatif (KBKK) merupakan dua domain dalam berfikir. Hal ini dapat menilai tahap kecelikan seseorang individu dalam sesuatu perkara. Oleh itu, individu perlu mengetahui kejadian semasa yang berlaku di sekeliling kita kerana sesetengah penemuduga suka mengajukan soalan di luar kotak pemikiran kita. Kemahiran ini juga penting apabila kita sedang menyelesaikan sesuatu masalah mahupun ketika mengeluarkan idea-idea bernas dalam memajukan organisasi yang dinaungi. 

5) KEMAHIRAN USAHAWAN

Kemahiran ini tidaklah setanding dengan kemahiran-kemahiran lain yang disebut di atas. Namun, jikan kita lihat pada hari ini kebanyakan syarikat mahupun organisasi melakukan transaksi bisnes dalam setiap pelosok. Hal ini termasuklah menjual perkhidmatan, produk, barangan dan sebagainya. Majikan suka mencari para pekerja yang mempunyai inovasi yang tinggi sama ada short-term atau long- term.  Kemahiran ini bukan bermakna anda perlu berfikir seperti seorang entrepreneur. Mengetahui perkara asas sudah memadai untuk meyakinkan para majikan terhadap matlamat kita. 

Kemahiran-kemahiran yang dinyatakan di atas merupakan pandangan dan pendapat bernas yang boleh dikongsi agar kita mendapat sedikit input sebelum mengahadiri sesuatu interview. Secara umumnya terdapat banyak lagi kemahiran daripada itu. Tidak semua kemahiran perlu dikuasai. Tetapi adalah baiknya kita menunjukkan kepada para panel penemuduga bahawa kita mempunyai lebih banyak kelebihan berbanding calon yang lain. Jika sesetengah calon mempunyai 2 kemahiran, kita pula suadh ada 3. Kebarangkalian untuk mendapat pekerjaan akan menjadi lebih tinggi. Namun perlu diingat, KEMAHIRAN TERSEBUT hanya perlu bila kita memohon jawatan yang tinggi dan berkepentingan. 

Kesimpulannya, kemahiran mecerminkan keperibadian. KENAPA?  Hal ini kerana melalui keperibadian kita dapat melihat kesungguhan dalam mencari pekerjaan, kesanggupan menguasai kemahiran, kesediaan memperbaiki kelemahan serta keupayaan meningkaktkan prestasi ke arah lebih gemilang.  


Roslita A.Thalib





Tuesday, 7 August 2012

Pengalaman Interview SPA: PEGAWAI IMIGRESEN GRED KP17

Assalamualaikum.

10 April 2012, tarikh yang bersejarah kerana buat pertama kalinya saya dapat panggilan daripada SPA untuk menghadiri interview Pegawai Imigresen Gred KP17. Dalam masa setahun lebih daripada permohonan yang saya buat, blink-blink saya dapat SMS mengatakan saya layak untuk ditemuduga. Masa tu haruslah kau senyum sampai ke telinga. Perasaan? Umm excited, terkejut, tak sangka, bangga and happy sangat ok. hee :D  Berpuluh ribu orang yang mohon dalam Malaysia ni, tapi yang dipanggil temuduga sangatlah sikit. Dan saya merupakan salah seorang daripada ribuan manusia yang bertuah itu. Syukur, Alhamdulillah..

Bagi sayapeluang hanya datang sekali. Mungkin lepas ni saya tak akan dapat kesempatan macam ni kan. Soal dapat ke tidak belakang cerita. Kalau kau tak datang confirmlah nama ko tak kan tersenarai kan.haha. Baik saya pergi je kan kan kan...

Mak ai, biar betul ni..banyaknya kriteria! kenapa? haa, itulah perasaan saya masa bukak surat SPA yang sampai ke rumah. Kau tak boleh rabun, (sikit-sikit pun tak diterima ok), tak boleh terlebih berat, tak cukup berat, kurang ketinggian pun tak boleh. semua ok. masalahnya sekarang berat badan saya ni je. kejap naik, kejap turun, haihhh...susahnya nak maintain. 

Orang yang datang untuk interview imigresen tak adalah ramai sangat kalau nak dibandingkan polis. Dalam 20 orang rasanya. tapi masa yang diambil memang sangat lama. biasalah kan. ujian kecergasan fizikal. serba-serbi kena perfect. lepas sorang, sorang masuk. tapi, yang ditolak sangat ramai. bila tanya kenapa. ada yang cakap rabun, tak cukup tinggi, terlebih BMI. saya orang yang ke-16 untuk ditemuduga. perasaan masa tu hanya ALLAH sahaja yang tahu. cuaknyaaa.. giliran saya pun tiba lepas tu. saya masuk dengan tenang, baca bismillah n selawat banyak-banyak. semuanya lulus. berat, rabun, tinggi, kawad semua lepas. tak ada masalah...

TAPI.... sayang. "adik, kau ni cacat la aku tengok. semua dah ok da. tapi ada satu je masalahnya". macam tu lah lebih kurang pegawai yang interview tu cakap. saya pelik la. setau saya,  mana ada cacat. sempurna je mak saya lahirkan ke dunia ni. kepelikan saya ni makin berdouble-double  dirasakan.

MAAF... anda tidak layak diterima dalam jawatan ini. hehe. cerita punyalah panjangkan. tapi saya tak dapat pun. bukan rezeki saya untuk diterima bekerja dalam jawatan tu. nak tau kat mana yang cacatnya? haa..diorang ukur tangan saya pakai pembaris uollss... tangan saya sangatlah tak straight ok. bengkok sikit je. tapi tak adalah cacat mana pun. saya buat muka kesian kat pegawai tu bagi saya lulus. kalau tak, saya tak boleh pergi stage seterusnya iaitu individu interview. dia cakap memang tak boleh. kena ikut procedure.  sebelum saya keluar tu  salah seorang pegawai  bagi nasihat. dia cakap jangan pilih jawatan yang beruniform lagi lepas ni. confirm saya tak dapat nanti sebab tangan saya tuu. hehe. saya pun ikut jela cakap dia orang dan renew balik semua jawatan dalam SPA.


ALHAMDULILLAH.. saya dipanggil sekali lagi untuk interview jawatan yang lain.14/8/2012. kalau kita tak berputus asa, INSYAALLAH akan ada kerja lain yang menanti kan.